rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Wednesday, 13 January 2010

Seseorang Dan Anda

Saya tak tau dari mana datangnya mende2 alah nih.. sape la yang meng’create’ semua nih. Tapi somehow ia memberi motivasi kepada diri sendiri. Ia buatkan anda (sesiapa yang takde jumpa soul mate nya lagi or anda yang fikir anda takde sapa-sapa) -dan saya- rasa lebih dihargai.
Sebenarnya anda adalah segalanya bagi seseorang! Enjoy!



Seseorang sangat bangga dengan anda mak saya kot.. eheheh
Seseorang sedang mengingati / berfikir tentang anda woo.. sapekah?
Seseorang rindukan anda uhuk uhuk uhuk
Seseorang ingin berbual dengan anda tipon la saya!
Seseorang ingin bersama anda
Seseorang berharap anda tidak ditimpa masalah tengkiu..
Seseorang bersyukur dengan sokongan yang anda beri
Seseorang nak pegang tangan anda nah! *sambil hulur tangan*
Seseorang nak anda gembira wow.. thanks!
Seseorang nak anda cari dia heh.. impossible la sy nak cari!
Seseorang nak celebrate kejayaan anda kejayaan??
Seseorang nak kasi anda hadiah best nih!
Seseorang fikir anda ialah hadiah untuk dirinya huiyoo.. sapekah yang baik hati fikir gini?
Seseorang berharap anda tak terlalu sejuk atau terlalu panas sedang-sedang saja.. :)
Seseorang nak memeluk anda erk??!
Seseorang sayangkan anda mak saya la.. ehehehe
Seseorang nak gembirakan anda dengan satu hadiah kecil hadiah besar pon takpe!
Seseorang kagum dengan semangat anda
Seseorang sedang ingatkan anda dan tersenyum
Seseorang nak jadi bahu untuk anda sandarkan kesedihan sandarkan pada kenangan?
Seseorang nak keluar dengan anda dan have a lot of fun!
Seseorang fikir anda adalah dunianya
Seseorang nak protect anda hurm.. my hero kah?
Seseorang sanggup wat segalanya untuk anda
Seseorang hendak dimaafkan mana ade laa..
Seseorang sangat bersyukur jika anda maafkannya takde orang wat salah ngan saya laa..
Seseorang nak ketawa dengan anda tentang kenangan masa lepas hehehe
Seseorang mengingati anda dan wish anda ada dengannya
Seseorang bersyukur kepada Tuhan dengan adanya anda
Seseorang nak tau tentang kasih sayang anda yang tak terbatas
Seseorang sangat menghargai nasihat anda
Seseorang nak beritahu anda betapa sayangnya mereka pada anda bagitau je laa.. ehehhe
Seseorang nak tengok movie lama dengan anda
Seseorang nak kongsi impian mereka bersama anda
Seseorang ingin mendampingi anda eherm.. silakan..
Seseorang ingin anda dampingi mereka woo.. tidak mungkin lah!
Seseorang mengagumi semangat anda semangat perjuangan harmoni?
Seseorang berharap mereka akan berhentikan masa untuk bersama anda impossible!
Seseorang bersyukur pada Tuhan atas kasih sayang dan persahabatan mereka dengan anda
Seseorang tak sabar nak jumpa anda uhuk.. sape kah? Hurmmmm~
Seseorang berharap yang tiada perkara yang berubah antara anda dan dirinya
Seseorang menyayangi anda seadanya anda bagusnya.. ehehhe
Seseorang suka dengan cara anda melayani mereka
Seseorang ingin bersama anda
Seseorang berharap dapat mengharungi hari tua dengan anda
Seseorang seronok kerana anda kawannya
Seseorang ingin berkawan dengan anda silakan.. tak perlu isi Form J.. :D
Seseorang berfikir tentang anda sepanjang malam takde maknanya!
Seseorang dengar satu lagu dan teringatkan anda lagu negaraku kah?
Seseorang nak anda tahu yang mereka ada di sisi anda bila anda perlukan
Seseorang hidup kerana anda tipu laa!
Seseorang sangat berduka sebab putus hubungan dengan anda
Seseorang wishing yang anda sedar kewujudan mereka
Seseorang ingin mengenali anda dengan lebih rapat silakan!
Seseorang percaya anda adalah soul mate nya ehem.. *blushing*
Seseorang ingin berada dekat dengan anda datang la sini~
Seseorang rindukan kehadiran dan nasihat anda
Seseorang menghargai kehadiran dan nasihat anda
Seseorang percaya dengan anda
Seseorang ingin anda berikan mereka kata-kata ini
Seseorang perlukan sokongan anda
Seseorang ingin anda percaya kepada mereka
Seseorang perlukan anda untuk benarkan mereka menjadi rakan anda
Seseorang akan menangis bila mereka baca ni takkan la!

Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

2 comments: