rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Thursday, 14 January 2010

Saya Jadi Kambing!

Saya pergi keja hari ni dengan tinggalkan keadaan kat rumah sewa saya macam tongkang pecah! Dengan baju berselerak, dengan selimut tak sempat lipat, dengan tilam tak berkemas, kain baju semalam tak lipat lagi – memang betul-betul tongkang pecah! Laptop pon tak sempat shut down, just put on sleep mode jer. Ah.. lantak! saya dah tak sempat tadi.

Mula-mula jam bunyik kol 6.30 am.. -saya yang set tu, bukan orang lain, ehehehe- Tapi bila tengok keadaan kat luar -melalui tingkap rumah- masih gelap, so saya golek-golek cam ayam golek lagi. Terlelap jap.

“Takpela.. tidur ayam jap..” fikir saya dengan sangat yakin.

Tetibe tidur-tidur ayam tu berubah jadi tidur yang sangat lena! Tidur-tidur ular kekenyangan dah kot tahap nyer! Sedar-sedar jam 10 minit lagi kol 8!!

Gila weh!

Kelam kabut saya bangun –subuh jangan tanya la.. memang kena qada jer la nanti! Ish.. teruk btol saya!- terus pegi basuh dan cuci muka, gosok gigi jer.. Mandi?? Eheheeh.. tak sempat!

** Saya pegi keje tak mandi hari nih!! Oh tidak! Senyap-senyap ek? Jangan bagitau manusia lain yeee! :D **

Eleh.. bukan saya sorang je dalam Malaysia ni yang pegi keje tak mandi kann?? Wuahahahha! :D

Sape yang saya nak salahkan?


Setan?
Mungkin secara tak sedar setan telah berjaya menghasut saya untuk tido-tido ayam tuh! Hoh!


Jam saya?
Sebab dia tak betol-betol kejut saya! Kenapa dia tak bunyik lagi kuat-kuat bila saya push ‘Stop’ button? Wuaaa!


Saya sendiri?
Sebab tido lewat semalam, ralik sangat layan internet, entah apa saya wat pon tak tau, sampai kol 3 pagi! Adeh!


Ehehhe.. memang salah saya! Sape soh layan tenet sampai lewat pagi? Alih-alih saya sendiri la tanggung akibatnya!


Hurmm.. keadaan nih wat kan saya terfikir..


Kenapa bila something tak elok jadi, kita tend to nak cari salah atau punca berlakunya keadaan tak elok tu? Even worse, kita cari salah orang lain. Bukan salah diri sendiri. Kadang-kadang tu, walau jelas giler kita yang salah, tapi still nak menuding jari kat orang lain.

Ish.. manusia.. manusia!

Sebenarnya, bila kita fikir balik, segala kesilapan yang berlaku adalah dari kekhilafan diri sendiri. Toksah la nak cari salah orang lain, hatta setan sekalipon. Ye laa.. sape soh kita benarkan dia hasut kita? Kan? Ehehehe..


"Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah : Ayat 168)


Lagi satu perangai saya yang memang cam hampes nak mampos is ‘procrastination’. Bertangguh-tangguh.

“Ala.. kejap lagi la..”

“Sat lagi la saya buat..”

“Tidur kejap lagi laa..” <-- Ini biasa bagi saya! Wuaaaa! Sangat teruk! Sebab ni la jadi kejadian tongkang pecah kat rumah pagi tadi nih.. ahakz!


------------------------

yus cakap : Adoii.. tahun baru tapi perangai still perangai lama! Bila nak ubah nii.. wuhahahaha :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment