rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Thursday, 7 January 2010

Perselisihan Pendapat

Saya ada dengar satu rancangan di Mutiara FM yang menjemput pendakwah dan penulis buku terkenal, Dr Danial Zainal Abidin. Isunya ialah mengenai perbezaan pendapat.

Kata beliau, perbezaan pendapat tak salah. Tak mengapa jika orang tak setuju dengan pendapat dan pandangan kita. Yang penting ialah cara kita menghadapi dan menangani orang-orang yang berbeza pendapat dengan kita, hendaklah dengan cara yang berhikmah dan makruf.

Rasulullah s.a.w bersabda;

“Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat.” (HR. Baihaqi dalam Risalah Asy’ariyyah)

Saya setuju sangat kata-kata Dr ini. Zaman Rasulullah pon berlaku perselisihan pendapat, zaman Khulafa Ar-Rasyidin pon ada beza pendapat, begitu jugak zaman para tabiin sehingga lah sekarang. Kalo tak, tak wujudla empat mazhab besar yang ada sekarang ni kan? Tapi imam-imam ni tak de pon nak saling merendah-rendahkan pandangan dan pendapat masing-masing bila tak kena dengan pendapat sendiri.

Malah Khalifah Umar Abdul Aziz ada menyatakan;

"Aku suka bila ada perbezaan pendapat. Semestinya akan bosan dunia jika semua orang memandang sesuatu perkara dengan satu pandangan saja."


Baiklah, yang saya nak tekankan kat sini is biar berbeza pendapat, tapi jangan merendah-rendahkan, atau mencerca atau menghina pendapat orang lain. Malu la sikit. Sape kita nak dok rendah-rendahkan pandangan orang lain bila Imam Malik (Mazhab Maliki) pon tak pernah rendahkan pendapat anak muridnya Imam Syafie (Mazhab Syafie)?

Alkisahnya, saya mengalami apa yang dikatakan perbezaan pendapat dengan ex-coursemate masa kat uni dulu kat FB. It’s absolutely OK for me if other people having different view on certain topic. Tak salah. Saya pon bukan la sensitif atau diktator sangat sampai orang lain tak boleh berbeza pendapat dengan saya. Yang meng’emosi’kan saya semalam ialah bila pandangan saya disalah erti atau kurang difahami dengan jelas oleh pihak tersebut,lalu saya dibidas dan (semacam) direndah-rendahkan seolah-olah saya ni BODOH sangat! Grrrr!




Rasa geram tu menebal dalam hati sebab memang dah nature saya tak suka berdebat. Walaupon saya ada isi dalam kepale hotak nih, tapi saya lebih suka diam. Nak redakan perasaan sendiri mungkin. Dah tu, last-last sekali saya just logout FB macam tu jer. Maka, kalahla saya dalam ‘perdebatan’ tak rasmi tu. Huh!


--------------------------------

yus cakap : Saja jer nak luahkan perasaan kat sini. Nasib baik sekarang emosi dah stabil.. ehehehhehe :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment