rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Monday, 4 January 2010

Lillahi Taala

Buat sesuatu semata-mata kerana Allah. :)

Lama saya tak menulis. Almaklum, cuti hujung minggu, dan terlalu sibuk jaga 'baby'. Ehehehe.. Takde la. Jaga mak ler. Hujung minggu ni pulak cuti 3 hari, pastu saya dengan selamba ya ya je sambung cuti hari ni, Isnin, sebab takde sapa nak jaga mak bila adik saya Linda pegi uni nya untuk taklimat mengajar nya tu. Terpaksa la saya cuti 'segera'. Dah la saya tak inform kat supervisor nak cuti, dah tu bila dia call, saya tak jawab lak tu. Ish, teruk betol saya kan?

Bukan sengaja taknak jawab call tu, tapi takde masa la saya nak berkepit ngan henfon je. Bila check henset masa nak balik SP tadi, tengok2 ada miscall dari supervisor saya tu. Huahuahua. Bior le. Nak call balik dah malam, cam tak appropriate lak. :)

Nak check henset pon tak menyempat, ini pulak nak layan internet tulis blog kan? Hehehe..

OK. Disebabkan saya taknak merepek panjang2 lagi, post kali ni saya nak kaitkan dengan satu kisah zaman Rasulullah dulu. Mesti anda semua pon dah tau cerita nih.

Diriwayatkan pada suatu ketika, semasa dalam medan peperangan, Saidina Ali karimallahu wajhah telah menawan seorang musuh Allah, yakni seorang kafir. Pada waktu tu, pedang dah 'tersedia' kat leher kafir tu, dan kafir tu dah memang tak berupaya melawan. Memang dah cantek jer kalau Ali hayun pedang dia, dan akan bersepai la kepala Kafir tersebut. Tapi, sebelum Ali bertindak macam tu, kafir tersebut sempat meludah wajah Ali.

Apa Ali buat? Terus penggal kepala kafir laknatullah tu?

Jawapannya tak. Pelik kan? Sepatutnya dah ada peluang tu, grab la kan? Nak-nak pulak dia leh ludah lagi wajah Ali. Ish. Kalau kita la, alamat bercerai la nyawa dan badan kafir tu.

Tapi, sebab diludah tu la, Ali lepaskan kafir tersebut. Kata Ali;

"Sebentar tadi aku marah akan engkau kerana engkau kafir, dan aku berperang kerana Allah. Selepas engkau meludah aku, aku batalkan niat membunuh mu kerana aku bimbang ia terjadi kerana aku marah padamu, bukan lagi kerana Allah."

Hurm.. nampak tak? Betapa kuatnya iman Muslim zaman Rasulullah. Mereka dididik oleh Rasulullah untuk sentiasa melakukan apa juga, kerana Allah Taala. Lillahi taala.

Kita zaman sekarang nih, maaf cakapla, derma seribu dua pon dah tulis atas kepingan cek paling besar, tayang depan kamera, klik klik flash kamera, masuk tv. Bukan nak cakap, buat camtu tak bagus atau saya cuba nak perlekehkan insan-insan yang berhati murni tu, tapi saya rasa, better la kita simpan kebaikan yang kita buat supaya dijauhkan dari rasa riak.

Contoh dalam kes derma nih, pepatah lama ada cakap, tangan kanan memberi, sorokkan dari tangan kiri. Dulu masa kekanak, lembap la jugak saya nak fahamkan pepatah ni. Sekarang fahamla sikit. Ehehehe.. :)

Macam kelmarin, sorang tukang urut datang mengurut mak saya. Saya dengar la dia berborak dengan nenek saya yang lebih kurang maksud dia is kitorang adik beradik sanggup jaga mak yang sakit tu sebab nanti kitorang nak anak-anak lak jaga kitorang kalau sakit nanti.

Saya kurang bersetuju dengan pernyataan tu. (Hal suami pon tak fikir lagi, ini pulak hal anak-anak). Saya dapat rasakan kitorang adik beradik bukan jaga mak sebab nak balasan dari anak kitorang nanti, tapi kitorang jaga mak sebab kitorang sayang mak. Sebab mak jaga anak-anak dia sebaik mungkin. Takkan la anak-anak dia ni takleh jaga dia bila dia sakit kan?

Tusebab saya cuba hapuskan kata-kata tukang urut tu dari fikiran. Saya taknak saya (dan adik-adik jugak) buat sesuatu, atau dalam kes ni, jaga mak sebab nak balasan kemudian hari. Saya nak, kalau boleh, biar kitorang jaga mak nih kerana Allah Taala. Lillahi taala. :)


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Lukman : Ayat 14)


----------------------------------

yus cakap : Susah nak tanamkan rasa lillahi taala ni dalam hati bila banyak 'sumber-sumber' dari luar yang sedikit sebanyak cuba pesongkan hati untuk lakukan sesuatu kerana sebab lain, bukan kerana Allah.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

3 comments:

  1. memang kite digalakkan wat baik kat parent kite.. tapi skrg ramai ank2 x dpt nak wat baik kat parent.
    bak kata pepatah mak s0wng ley jage anak 10, tapi ank 10 nak jage mak sowng pown payah...
    mintak2 kite bkn golongan yang macam nih. hargailah peng0rbanan parent kite. hiks!

    ReplyDelete
  2. hurm...betol gak tuh.
    tapi ade ustaz kat paper metro tuh cakap,untuk berzakat harus jer hukum dia kalau siarkan kat newspaper sebab nak menggalakkan orang bayar zakat gak. :)

    ReplyDelete
  3. kagum dengan kisah Saidina Ali, kuatnya iman para sahabat..

    yang penting sebagai anak.. kita jangan sesekali lupa tanggungjawab kita.. =)

    ReplyDelete