rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Thursday, 14 January 2010

Kita Yang Terleka

Mesti semua pon tau tentang gempa bumi terbesar pernah berlaku di dunia selepas 200 tahun, baru-baru ni berlaku di Haiti, hari Selasa 12 Januari 2010 lepas. Lupakan kejap pasal isu nama Allah, atau kegemilangan AJL 24 ataupun final Idola Kecil 2. Ehehehe..

Sebelum saya teruskan, elok rasanya saya start dengan fakta tentang Haiti, negara yang saya tak pernah tau kewujudannya sebelum ni! Sungguh teruk Geografi saya! Eheheheh..

Fakta-fakta ni saya dapatkan dari laman web CNN.



Negara Haiti adalah satu pertiga bahagian barat dari Kepulauan Hispaniola di Caribbean. Hispaniola ialah antara Cuba dan Puerto Rico, dan dua pertiga bahagian timur ialah Republik Dominican. Kebanyakan kawasan Haiti ialah kawasan pergunungan dan tanah tinggi (dari mana ia mendapat namanya).

Ibu negara Haiti ialah Port-au-Prince.

Haiti adalah negara termiskin di Hemisfera Barat. 80% rakyatnya tinggal dalam kemelaratan, menurut CIA World Factbook.

Haiti mempunyai kepadatan penduduk sangat tinggi tetapi sangat kurang membangun di kalangan negara-negara Hemisfera Barat.


Secara ringkasnya:

Populasi penduduk : 9,035,536

Ibu Negara : Port-au-Prince

Kumpulan Etnik : 95% orang kulit hitam

Agama : Roman Catholic -- 80 percent

Bahasa : French (rasmi)

Pemimpin : Perdana Menteri Jean-Max Bellerive, Presiden Rene Preval


(Sumber : CNN.com, World Book Online)

-------------------------------------------

Baru je menjejak kaki ke tahun baru 2010, sinar kebahagiaan yang diharapkan oleh penduduk Haiti nampaknya tidak termakbul, buat masa sekarang. Kanak-kanak yang dulunya bermain dengan riang di halaman rumah kini menangis kelesuan dan berteriak di sana-sini mencari-cari ibu dan bapa mereka yang mungkin tertimbus di sebalik runtuhan-runtuhan banggunan akibat gempa bumi sebesar 7.0 pada Skala Ritcher!

Satu kerosakan yang sangat dahsyat!!

Banggunan runtuh, manusia tertimbus, talian telefon tak berfungsi, hospital dan gereja yang paling popular di Haiti jugak runtuh, mereka seolah-olah terperangkap dalam negara mereka sendiri! Dikhuatiri beribu-ribu nyawa lagi masih tertimbus, mungkin mati. Dan lebih kurang 3 million nyawa sudah meninggal, walaupon angka ini belum confirm.



Semua orang kat sana tak dapat tidur, semua pon kepenatan yang sangat sebab memikirkan entah-entah wujud gempa bumi susulan selepas ini.

Mungkin mereka tertanya-tanya atau mula mempersoalkan kenapa semua ni jadi pada diorang? Dah la negara miskin, duit takde nak beli barang perubatan, makanan dan sebagainya.. Hurmm..

Dan mereka juga mula berfikir tentang kiamat! Tentang pengakhiran dunia ni!

Seorang sukarelawan di Haiti, Carel Pedre menceritakan, katanya dia dengar ramai penduduk Haiti mula berdoa dan meminta semua orang pon turut berdoa.

"I heard a lot of people praying, saying that Jesus is coming, saying that we need to pray, we need to save our lives by believing in God," Pedre said.

(Saya dengar ramai orang berdoa, mengatakan Jesus akan datang, berkata kita perlu berdoa, dan kita perlu selamatkan nyawa kita dengan percaya akan (kewujudan) Tuhan.)


Tak dapat dibayangkan macam mana kan keadaan dorang? Cuba bayangkan kalau kita di tempat mereka berada sekarang. Boleh kah kita nak tidur dengan tenang? Bolehkah kita nak 'sambung' persengketaan kita tentang isu nama Allah? Bolehkah kita nak bersorak suka gembira kalau 'anak-anak' kita menang Idola Kecil?

Cuba bayangkan kalau kejadian tu jadi di negara kita yang tercinta? Di Malaysia nih? Sedangkan kejadian Bukit Antarabangsa lalu pon dah kecoh, ini pulak gempa bumi sekuat 7.0 Skala ritcher! Nauzubillah!

Gentar betol rasanya!


Dalam Al-Quran Surah Al-A'raf, Ayat 187, disebutkan;

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.""


Dalam Surah Al-Waqiah Ayat 4 hingga 6, dikisahkan perihal kiamat tu;

"Apabila Bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang berterbangan."

Subhanallah. Allahu Akbar!


Kejadian-kejadian gempa ni, Rasulullah s.a.w dah bagitau, merupakan tanda-tanda berlakunya kiamat. Tapi, ada kita kisah???

Kita masih lagi leka dengan hiburan yang tak berkesudahan, masih lagi berseronok suka, masih lagi bergelak ketawa, tapi kita lupa yang kita sebenarnya sedang menuju 'ending' segala lakonan kita atas dunia ni. Pentas dunia pon dah nak labuhkan tirai.

Tapi, kita masih jugak leka.


Bila jadi gempa ni, kita tumpang simpati jer. Macam kali ni, kat negara bukan Islam, so mungkin ada antara kita yang taknak ambik kisah pun. Padahal, tanda-tanda nih semua Allah bagi untuk kita ingat kesudahan kisah kita di dunia ni. Ada ke kita nak ambil peringatan?


"Dan orang-orang yang sabar karena mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)." (Surah Al-Ra'd : Ayat 22)


----------------------------------------

yus cakap : Pesanan ini untuk diri sendiri. Masih banyak main-main lagi nih! Astaghfirullah al azimm..

Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment