
Kesejukan disebabkan oleh kehilangan panas/haba. Kepanasan jugak boleh diukur sehingga ke infiniti tetapi tahap sejuk kekal pada satu nilai yang sama. Absolute zero (Nilai Kosong Mutlak) (-460F) ialah kehilangan total haba panas, dan pada ketika ini semua benda menjadi lengai, yakni tak boleh bertindak balas pada suhu tersebut.
Dinyatakan bahawa Albert Einstein pernah berkata;
"Kejahatan tidak wujud, atau paling tidak, ia tidak tehasil dengan sendiri. Kejahatan muncul kerana ketiadaan Tuhan dalam diri manusia. Ia seperti kegelapan dan kesejukan, satu perbandingan yang menerangkan 'kehilangan' Tuhan dari diri manusia.
Tuhan tidak mencipta kejahatan. Ia terhasil bila manusia tak merasakan wujudnya Tuhan dan kasih sayang Tuhan. Ia seperti kesejukan yang wujud bila tiadanya panas, dan kegelapan bila tiada cahaya."
Kata-kata ini lahirnya dari seorang saintis terkemuka dunia, Albert Einstein (walaupon tak dapat dipastikan benarkah kata-kata ini dikeluarkan oleh Einstein).
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Ankabut : Ayat 45)
"Agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh." - Albert Einstein.
""Adakah sama orang-orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (berilmu)?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Surah Az-Zumar : Ayat 9)
Bookmark this post: |




Ya betol..makin bnyk kita blajar, makin bnyk kt x tahu..sbb tu ada org kata, blajarlah samapi ke negeri china..(ntah ape kaitan negeri china ngan blaja pon i tatau)
ReplyDeletekehkehekhe
ehehhehe.. rerama sedang membuat kelaka pulekss..
ReplyDeleteakak pon tatau nape dikaitkan ngan china sebenarnya.. wuahhahah :D