rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Thursday, 21 January 2010

Apa Yang Kita Tak Tahu Tentang Teh Hijau

Kita sedia maklum akan khasiat teh hijau (atau dalam bahasa omputihnya Green Tea) untuk kesihatan badan. Kandungan anti-oksidan dan perencat radikal bebas dalamteh hijau berupaya menjadikan teh hijau sebagai pilihan utama pengamal kesihatan. Banyak kajian dilakukan yang menerangkan kelebihan teh hijau termasuklah pencegah kanser dan diet untuk mengurangkan berat badan.

Tapi, teh hijau bukan sekadar sihat dan berkhasiat; malah ia juga boleh digunakan di rumah sebagai rawatan DIY untuk kesihatan dan kecantikan.

Nah.. Ini dia 7 Rahsia Kelebihan Teh Hijau. :)


1. Menghilangkan lingkaran gelap pada mata

Rendam cotton pad dalam teh hijau dan letakkan pada mata untuk kesegaran semulajadi yang dapat me're-fresh' balik mata kita!


2. Menghaluskan kulit

Terlalu lama 'berjemur' di bawah sinaran matahari? Hurm.. tak elok tu! Jangan risau, cuba masukkan teh hijau dalam botol spray tu, pastu spray kan pada bahagian badan dan kulit yang terjadinya sunburned. Kesegaran teh hijau dapat membantu menyegar dan melembutkan kulit.

Teh hijau juga mengandungi chemicals yang anti-bakteria, so bolehla digunakan sebagai antiseptik untuk kulit yang alahan atau blemish skin.


3. Bagus untuk gigi

Kandungan florida dalam teh hijau dapat menyihatkan gigi dan gusi. Nak hilangkan bau mulut? Kumur dengan teh hijau jer! :D


4. Legakan sakit tekak

Kesan anti-viral (anti-virus) pada teh hijau membuatkan ia penyembuh terbaik untuk jangkitan demam dan selsema. Dengan berkumur teh hijau gak dapat melegakan sakit tekak.


5. Baik untuk tulang

Secara semulajadi, teh hijau tinggi kandungan mineralnya, membantu menguatkan tulang yang mana penting untuk mengekalkan posisi dan postur tubuh badan.


6. Sebagai penyegar bilik (room deodorizer)

Daun teh hijau digunakan secara tradisional untuk menyerap bau yang kurang sedap dari dalam bilik. Letak daun teh hijau ni dalam mangkuk ke, apa-apa je la, ikut suka hati, and biarkan dalam bilik dan ia akan menghilangkan bau-bau 'masyam' dalam bilik tu. Elok gak kalo nak letak dalam fridge.


7. Bagus untuk kaki

Rendam kaki dalam air teh hijau untuk mengelakkan infeksi (jangkitan) kuman.


Slamat mencuba yee! :D


-----------------------------------------

yus cakap : Selalu makanan-makanan kesihatan ni saya tak berapa gemar (makan atau minum).. termasuklah teh hijau nih! Ehehehhehe :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

3 comments:

  1. yang aku tau teh hijau leh wat kurus..
    tp yang aku salu minum yg tin tu..mane ad khasiat ye dok...
    nak teh hijau asli xmampu la kot..
    ke ada yg murah?

    ReplyDelete
  2. Weee...Sy suka mnum teh hijau ni...Tapi dah m brenti minum..Time blajo lu mmng habitkan mnum teh ni..haha..Skang ni malas...hohohoho

    ReplyDelete
  3. saya memang suke minum green tea. kawan yg promot dulu. mula2 start yang brand Pokka tu sekarang beli yang teh uncang pulak=p

    p/s: patut la rasa makin muda. ececeh

    ReplyDelete