rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Tuesday, 5 January 2010

Ada Udang Sebalik Mee


Sekarang kecoh dengan isu penggunaan nama Allah bagi penganut katolik dalam akhbar mingguan The Herald. Mereka nak guna nama Allah atas sebab (kata mereka) Allah bukanlah hak eksklusif untuk umat Islam semata-mata.

**Sebelum saya menulis lebih panjang, saya ingin tegaskan di sini bahawa apa yang ditulis ialah pandangan saya sendiri dibantu oleh rujukan-rujukan eksternal yang saya dapatkan dari pelbagai sumber. Jadi, no offense pada yang beragama katolik.**

Menurut mereka, nama Allah telah digunakan berkurun-kurun dahulu sebelum diperkenalkan dengan nama Yahweh, bagi pengikut ajaran Yahudi. Malah, banyak sejarah purba kala menunjukkan nama Allah digunakan dalam kitab-kitab bangsa Ibrani, Aram dan Arab. Allah juga bermaksud 'tuhan' jika diterjemahkan dari bahasa Ibrani. Jadi, bagi pengikut katolik yang mahu menggunakan kalimah Allah ini menggantikan perkataan tuhan menegaskan tidak salah bagi mereka untuk meneruskan penggunaan nama Allah dalam akhbar tersebut.

Tak salah pernyataan dan sejarah-sejarah yang mereka lampirkan tu sebenarnya. Memang benar nama Allah digunakan sebelum kemahsyuran Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. Malah dalam Al-Quran ada disebutkan;

"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!" " (Surah Az-Zukhruf : Ayat 87 - 88)

Pada pendapat saya, ini menunjukkan tahap kejahilan masyarakat zaman dahulu, yang mengetahui akan adanya Allah, yakni Tuhan semesta alam, tetapi masih tidak menyembah dan mengesakanNya. 'Ignorance is bliss'. Mungkin itu yang difikirkan mereka.

Secara logiknya, mestilah nama Allah dah wujud pada zaman dahulu, zaman sebelum turunnya Musa, zaman sebelum hadirnya Isa (yakni Jesus bagi penganut Kristian) dan zaman sebelum kelahiran Muhammad s.a.w, kerana manusia pertama yang turun ke bumi, yakni Adam a.s juga merupakan hamba Allah yang mengesakan Allah.

Jelaslah menunjukkan sememangnya nama Allah ini sudah digunakan bagi masyarakat dahulu kala, yang belum (atau ingkar untuk) mengenal Islam.

WALAU BAGAIMANAPUN, pada pengamatan peribadi saya, (saya tak berani bercakap soal hukum sebab saya sendiri tak arif sangat bab hukum) saya berpendapat golongan-golongan katolik dan bukan Islam ini sebenarnya sedang berusaha memasukkan jarum kucar-kacir dalam umat Islam zaman ini. Sememangnya ada udang di sebalik mee!
Kenapa saya cakap macam tu?

Baiklah, cuba fikirkan, apa motif golongan ini mahu menterjemahkan perkataan tuhan kepada nama Allah, sedangkan mereka tahu nama Allah sudah sebati dengan umat Islam? Ini kerana mereka tahu keadaan umat Islam sekarang yang amat tenat. Yang tak mengaji pasal agama sendiri. So diorang berniat mencetuskan huru-hara dalam umat Islam.

Mereka berjaya sebenarnya. Perasan tak, semua demonstrasi yang berlaku, yang masuk dalam berita utama jam 8 malam tu, benar-benar menunjukkan keadaan kucar-kacir dan huru-hara umat Islam. Ada yang setuju larangan penggunaan nama Allah, ada yang cakap takpe guna nama Allah, malah ada yang tak kisah pon.

"Aku peduli hape. Aku pon tak faham ape kejadahnye semua ni." (contoh la. Jangan marah ye!)

Golongan katolik ini tahu umat Islam semakin lemah, jadi mereka berusaha menyebarkan doktrin-doktrin untuk mengelirukan umat Islam. Dan mereka nak tengok umat Islam berpecah belah.

Saya, secara peribadi, mengharapkan agar penggunaan nama Allah tersebut tidak diteruskan. Sebab saya bimbang, dengan keadaan umat Islam sekarang ni, mereka mudah keliru. Iman kita sekarang dah tak kuat macam iman para sahabat zaman Rasulullah. Walaupon, kafir Quraisy jugak menggunakan nama Allah, tetapi, para sahabat bukan macam kita yang senang keliru.

Jangan sampai ada yang keliru bila mengucapkan;

La ilaha illallah.. Tiada Tuhan selain Allah

mengucap di mulut, tapi hati tertanya-tanya.

"Eh.. Allah dalam kristian pon ada. Allah mana satu nih?"

Nauzubillah.

Nampak tak kemudaratan yang boleh dibawak dengan isu nih? Setengah orang rasa isu ni isu kecik. Small matter la. Saja nak kecoh-kecoh.

Tapi, implikasinya untuk umat Islam yang semakin lemah pegangan agamanya ni sangat besar. Mencangkupi soal akidah dan iman! Janganla kita buat main-main. Kita kena ingat, syaitan tu sentiasa ada nak menghasut, sikit jer kita terpesong, habislah kita!


"Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Surah Az-Zukhruf : Ayat 36 - 37)


Nauzubillahi min zalik.

------------------------------------
yus cakap : Harap-harap rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung isu ni akan mendapat penyelesaian yang paling terbaik. InsyaAllah.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

4 comments:

  1. salam sje drop komen psl isu smsa

    pandangan sy,
    sy pun bantah sekeras2nya penggunaan nama Allah untuk musyrik ni. ni berkisar tentang akidah seluruh orang islam malaysia sendiri.
    macam yang kita lihat sndiri, budak remaja di malaysia ni ramai yang dah murtad, ramai yg dah terbabas akidah mereka. kalu dibenarkan juga penggunaan nama Allah tu, x mustahil nanti perlembagaan no 1 negara, Kepercayaan kepada tuhan, dah tak wujud lagi. Kenapa? sebabnya orang zaman tu dah tak percaya dengan tuhan lagi, semua tuhan sama. Silap2 untuk sesatkan lagi orang islam, hindu dengan budha sekali guna untuk dijadikan salah satu nama dewa.

    Walopun musryik ni tegas kata Indon dengan Arab boleh, cuma apa yang sy tahu indonesia mubaligh kristian mereka bebas untuk berdakwah. ni menunjukkan Islam bukan agama rasmi mereka. Arab pula mereka mempunyai bil. ulama terbesar, dan sudah pasti gologn tu ada alasan sendiri knapa diorang benarkan memandangkan kristian sendiri asal dari sana.

    cuma akhirnya, kenyataan orang islam yang menyokong tu cuma faktor politik yang sedang berjudi pengaruh. kalau sokong dapat jaga hati robert dapat tarik jonny pangkah nnti. gtu la..
    kalau digunakan surah Quran untuk menyokong penggunaan, adkh orang kritian di malaysia ni mengunakn perkataan "Allah" hanya untuk menujukkan kebesaran dan "Tuhan" hanya untuk menujukkan sifat2 fizikal?
    hmm kena bersyarat la pulak~ keputusan yg menntukan hayat Islam dalam hati orang islam

    ReplyDelete
  2. salam..

    prob ni mmg besar.. sbb mnimbulkan sensitiviti agama..

    kenapa nak ubah? hmmm mmg ade muslihat ni

    ReplyDelete
  3. Hmm...sy juga menentang sekeras22nya penggunaan nm ALLAH utk agama lain ni..Stuju sngt dgn pndpt kak yus n azmi nih..dengan keadaan umat islam sekarang ni terutama di mesia ni..
    ish22...

    ReplyDelete
  4. amir : memang benar kalimah Allah boleh digunakan sewenang2nya di Indonesia dan negara Mesir pd waktu nih. Dan sekarang golongan musyrik nih nak meluaskan pengaruhnya kat malaysia pulak. Kenapa agaknya? Pernah tak kita terfikir kenapa?

    OK, cuba tengok persamaan antara ketiga2 negara ni.. indonesia, mesir dan malaysia. persamaannya ialah ketiga2 negara ini mempunyai populasi masyarakat islam tertinggi. kenapa mesti golongan katolik ni nak timbulkan isu ni kat negara yang mempunyai masyarakat islam yg paling tinggi? macam ada something wrong somewhere, isn't it? :)

    thanks nina and rerama.. sila2 kongsi pendapat ek.. banyak suara banyak isi nya.. insyaAllah.. :)

    ReplyDelete