rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Monday, 11 January 2010

Abang D.. Kenapa Kau Pergi Tinggalkanku???

AMARAN: Post kali ni mengandungi kandungan tahap jiwang yang melampau, melebihi 10 skala Ritcher. Sila “Report Abuse” jika anda merasakan ia melanggar hak asasi masyarakat Malaysia. :)


Puisi Khas Untuk Abang D

Abang D
Tidakkah engkau tahu aku begitu menyayangimu?
Tidakkah engkau sedar kau segalanya bagi diriku?
Tanpamu aku begitu resah.
Kosong.
Sifar.

Abang D
Hanya dengan adanya dirimu aku akan bahagia
Hanya dengan hadirnya kamu dapatku rasa nikmat hidup
Hanya denganmu aku dapat jalani kehidupan sehari-hari.

Namun kini engkau pergi…

Abang D
Kenapa engkau begitu cepat pergi dariku?
Mengapa hanya sebentar kau menjadi milikku?
Dalam keterpaksaan aku ‘serahkan’ dikau kepada orang lain
Tidakkah kau tahu aku merana sendiri?

Abang D
Siapa lagi akan belanja aku KFC jika kau tiada?
Bagaimana hendakku makan Pizza bila kau pergi dariku?
Takkan dapatlah aku minum milo ais dan air tebu bila kau tiada menemani.

Abang D
Hilang sudah angan-angan ku untuk tidur bersamamu
Gelap sudah mimpiku bila kau tiada menerangi
Sedih benar hati ini!

Abang D
Benarlah kata pepatah
Jangan terlalu menyayangi
Kelak merana diri..

Sesungguhnya,
Kita tiada jodoh
Untuk terus bersama..

Oh.. Abang D!

yus cakap : D is for DUIT! Hari ni lesap RM994.40 bila tadi pegi bayar insurans keta. Takde maknanya bonus hujung tahun kali ni.. habis cenggitu saje! Ni ansuran keta tak gi bayo lagi nih.. Uhuuhuhuhu.. sungguh sedih hati ini!!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

2 comments:

  1. salam....
    ada hengget semua jadi..yang susah tak der hengget...
    buat penulis....puisi ni cukup dalam maknanya..

    ReplyDelete
  2. tu la dia pak long.. bukanla nak agungkan duit kan? bak kata orang:

    duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit!

    uhuk~~

    ReplyDelete