rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Sunday, 31 January 2010

Kuih Masalodeh Memang Sedap

Alkisahnyer, pagi tadi, seperti biasa, di hari Ahad yang hening, saya akan hantar Haizul, adik bongsu saya ke sekolah. Hari biasa dia pegi sekolah nek beskal jer. Dan seperti hari-hari Ahad yang lepas-lepas, saya akan beli sarapan, kuih-kuih ker, bihun goreng ker.. kat mak saya.

Ada satu kedai Cik Melah ni yang saya selalu singgah. Sebab kuih masalodeh kat situ boleh tahan sedap.. :)

*Wah.. lazat lazat~ *


Lepas turunkan Haizul kat sekolah dia (yang dulunya sekolah saya jugak), saya terus pecut Jebat saya ke kedai Cik Melah. Alangkah gembiranya hati tengok wujud kuih masalodeh kat situ.


* Inilah Jebat - kekasih pertama saya :) *


Pilih punya pilih, ada la dalam nam bijik kuih yang saya amek. Saya keluarkan not RM5 dari poket dan hulur pada kawan Cik Melah yang tolong jaga kedai dia.

"6 bijik kuih ni mak cik, singgit lapan kan?" kata saya dengan yakin.

Makcik tu angguk sambil amek not kaler hijau dari tangan saya and cari duit change nya.

Sambil tu dalam kepala saya wat jugak la simple matematik untuk lebihan duit tu. Masa makcik tu hulur duit balance, saya check.

"Eh makcik, bukan lebih RM4.20 ke?" dengan selamba badak saya berkata-kata, dengan nada agak tak puas hati tengok balance RM3.20 jer.

"Mana ada la. Kalau lebih RM4.20, kuih tu harga lapan posen jer.." kata makcik tu dengan senyum kambing.



Erkk???!!!

Punya la malu tahap gaban saya kat situ!! Gaban pon tak pernah rasa malu camni!


ADESSS!! Macam mana la saya boleh tersilap kira. Kunun-kunun jer saya nak betolkan makcik tu, sekali saya yang silap.. Ciss! Saya terfikir yang saya kasi RM6 kat makcik tu. Ish.. malu sungguh!


Sesungguhnya saya takkan ke kedai Cik Melah lagi.. walaupon kuih masalodeh dia sedap. Gara-gara kuih masalodeh, saya malu tahap nak terlondeh kain dah tadi!! :(


----------------------------

yus cakap : Matematik Moden SPM saya A1 tau! Bikin malu saja.. Tu la akibatnya pegi kedai dalam keadaan mamai.. Hoh!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Friday, 29 January 2010

Kenapa Awak Sayang Saya?

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka ;

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.



Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu..


----------------------------------

yus cakap : Untungnya si isteri dapat husband gitu.. Hurmmm.. *mode berangan jap*

:)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 28 January 2010

Sisi Gelap Kacang Soya

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrient penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Atas permintaan encik Avid Gunner saya pon wat la research sikit-sikit pasal soya nih.

Tak sangka pulak saya, yang soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Adooii.. saya ni boleh dikatakan peminat soya gak, walaupon tak fanatik. :)

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang).

2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita! Errkk?!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

(4 : link hemaggluttin ni lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupon sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.



Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!


Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Hurm.. So lepas nih, kurang-kurangkanlah minum soya ye. Sikit-sikit tak bahaya kot ek?


---------------------------

yus cakap : Selalu kalo gi pasar malam, soya ngan tau fu fa, tak penah miss.. Kena la tukar menu ni.. Adess~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 27 January 2010

Kisah Anugerah Juara Lagu Ke-24 dan Isu Masonic (Freemason)

Post kali ni agak lari dari prinsip saya. Sebab kali ni saya akan sentuh pasal industri seni (erkk??!) tanah air. Dan bezanya kali nih, saya cilok kaw-kaw punya dari laman web ohartis (atas rasa tanggung jawab sesama Muslim), so sape yang nak baca komen-komen dari umat-umat yang mengaku Islam, tapi berfikiran 'terbuka' dan 'tak kolot', boleh la pergi ke web tersebut.

Saya tak nak komen lebih lanjut, isu ni melibatkan isu Dajjal. Satu perkara yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w 1400 tahun dulu, supaya kita hati-hati dengan fitnahnya. Dan ini lah dia salah satu fitnah Dajjal!! Cuba baca komen kat web ohartis nih sendiri untuk lebih jelas umat Islam pada masa sekarang.. Adtaghfirullah.. (lebih kontroversi komen dorang dari artikel nih.. ehehheh)


------------------------------------

Seperti biasa, selepas sebarang pertandingan yang ber’prestij seperti Anugerah Juara Lagu sejak di adakan 24 tahun yang lalu, pasti akan ada sahaja cerita yang kita dengar. Macam kata pepatah lah rumah dah siap tapi pahat still berbunyi. Tapi untuk AJL ke-24 ni agak berlainan sikit bunyi pahat yang kita dengar.

TV3 dan ramai wartawan menyatakan pendapat mereka yang AJL ke-24 ini adalah AJL yang paling baik pernah berlangsung. Itu memang we all pun tak tahu nak nafikan di mana sebab memang hebat AJL pada malam 10 Januari 2010 hari tu. Tapi lepas beberapa hari, timbul isu hantu pula di AJL. Biarpun dikatakan ada bukti yang itu bukanlah stunt’man, tapi warga-warga TV3 tampak sibuk untuk menjelaskan perkara itu di mana lembaga tersebut dikatakan adalah stunt’man Faizal Tahir. Apapun kita tinggalkan isu hantu dan cuba renung-renungkan perkara berikut.

Hal ini telah tersebar dibeberapa web berkaitan keagamaan beberapa hari lalu. Dari website mereka yang prihatin dengan unsur Masonic dan Freemasonary yang mampu merosakkan akidah serta menghitamkan hati. Kami rasa pelik juga kerana penerbit AJL-24 ni rasanya orang melayu Islam. Tapi tidak peka dengan perkara-perkara sensitif seperti ini. Selalunya dalam isu-isu macam ni, kami di Oh! Artis lebih gemar berfikiran positif dalam sesuatu hal yang melibatkan agama. Tapi kali ini agak melampau kerana bukan satu, tetapi banyak sangat perkara yang boleh kita pertikaikan. Kebetulan? Orang yang berfikiran waras, pasti akan menganggap ianya tidak mungkin sama sekali.

Apapun korang baca artikel yang kami petik dari sebuah blog yang diberi-nama, Jejak Tinggalan Rasul. Kami kurang arif dengan perkara-perkara yang melibatkan “simbol” ini. Jadi kami keluarkan artikel yang ditulis oleh Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib yang mempunyai kelulusan B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations, Al al-Bayt University, Jordan. Guys, hiburan-hiburan juga tapi kalau melibatkan soal akidah, janganlah dipandang ringan.

Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.


1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;






Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?




Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?





Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.




Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.


youtube (The Arrivals. ap 13)

Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.





Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.






* ketika persembahan Jeffry din


Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?



Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.




Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.

Jadi jika benar semua ini telah dirancang secara teliti, pasti mereka sudah mampu bergelak ketawa. Kenapa ketawa? Apa tak nya sebab semua orang cakap ini adalah AJL yang terbaik pernah dilangsungkan. Kesian bukan? Tahniah kepada mereka yang berjaya membongkar perkara ini.


---------------------------------

yus cakap : Saya tak berkesempatan tengok AJL 24 secara live. Tapi bila saya tengok balik kat youtube pas saya baca ni.. meremang serr bulu roma!!

Err.. Kebetulan kah?? Lu pikir lah sendiri! :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

5 Cara Meningkatkan Kebijaksanaan Minda

Kali ni saya nak kongsi cara untuk tingkatkan kebijaksanaan minda kita. Cara simple jer. Saya memang selalu bagi cara yang simple-simple kan? Bukan apa, kalau ada cara mudah, wat per nak susah-susah? (Nama blog pon rileks kan? Kena mudah-mudah jee..) Ehehhehe.. :)

OK, minda kita seperti jugak otot badan. Kena diasah selalu. Bukan asah dengan parang kontot ek. Tapi, diasah dengan cara menggunakannya untuk berfikir.

Malah, dalam Al-Quran pon banyak ayat dan dalil yang menyuruh manusia berfikir. Sebab dengan berfikir baru la kita dapat menajamkan minda.

"Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Surah Ar-Ra'd : Ayat 19)


Dalam Surah Al-Hasyr, Ayat 2 pula Allah menceritakan;

"Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya."


"Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran." (Surah Yusuf : Ayat 111)


Dan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang seumpamanya. So, banyakkanlah gunakan akal, untuk berfikir.. :D



Jom kita tengok 5 Cara Meningkatkan Kebijaksanaan Minda. :)



1. Kurangkan menonton TV


Menonton TV tak memberi impak kepada kapasiti minda anda, malah ia juga tak memberi kebenaran minda untuk recharge. Ia seperti membuang tenaga dari otot badan tanpa satu senaman yang sihat.

Bila tengok TV lama-lama, mata akan sakit, dan letih kerana ia fokus kepada cahaya dari 'kotak' TV tu terlalu lama.

Lagi bagus, kalau nak rehatkan minda ialah dengan baca buku ataupun dengar muzik. Lebih baik dari tercongok depan TV (dan tengok Melodi or Galaksi.. heh!)



2. Senaman


Selepas bersenam, anda sebenarnya meningkatkan tahap produktiviti sel-sel otak sekaligus meningkatkan kebijaksanaan minda. Bersenam dapat menenagkan fikiran dan menyalurkan satu saluran gelombang tenaga yang sihat. So, anda akan rasa lebih fokus (dan lebih bijak! Ehehehhe..)



3. Baca buku yang mencabar


Ramai tak yang suka baca novel jiwangzz karatzz, yang straight forward punya cerita? OK la tu, at least takde buang masa kan? Tapi, yang tak bestnya, membaca buku seperti ni kurang merangsang minda untuk berfikir secara aktif. Dalam bahasa omputihnya, aren't mentally stimulating.

Try baca something yang lebih mencabar. Sebagai contoh buku-buku purba kala, buku-buku sejarah melayu ker, ataupun buku-buku yang menerangkan konsep-konsep tertentu. Ini akan buat kita lebih fokus pada pembacaan, dan mungkin akan mengulang-ulang satu perenggan yang sama, hanya untuk memahaminya.

Baca buku camni gak dapat mencabar minda untuk belajar perkara-perkara yang realitinya wujud, dan mengajar kita untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.



4. Tidur awal, Bangun awal


Untuk makluman anda, kita sebenarnya akan lebih segar dan bertenaga bila kita tidur awal dan kurang dari 8 jam. (Hellloo.. 8 jam untuk kanak-kanak tau!!)

Kalau anda tidur lewat, anda hanya akan menumpulkan fokus anda terhadap sesuatu perkara. Ini boleh mengurangkan keupayaan minda untuk berfikir. Bangun awal pulak dapat menyegarkan minda, buat anda lebih positif, fokus dan bertenaga.

Kalau cam mengantuk sangat in the middle of the day, cuba tidur sekejap dalam 10-20 minit. Short nap, kata omputih. Jangan lama-lama pulak yee! :)



5. Ambil masa untuk mengenang masa lepas (reflect)


Bila kita terlalu sibuk dengan urusan seharian, kita kadang-kadang tak sempat nak bagi masa private pada diri sendiri. Ini boleh mengganggu kesihatan minda dan mengurangkan tahap kebijaksanaan anda. So, ambil masa untuk rehatkan minda, some time alone, dan refresh balik fikiran.

Dengan ni kita dapat mengatur balik mana satu priority kita, mana yang patut dibuat, mana yang patut tak dibuat, and that sort of things. Jadi, anda akan lebih aware mana yang penting, dan mana yang tak penting.

Bukan la saya nak sarankan untuk anda stay kat umah tak wat pape and ingat kisah-kisah 'indah' masa anda dengan ex-girlfren or ex-boyfren anda dulu. Tapi, maksud saya, anda perlu ambil masa untuk diri sendiri. Contohnya jalan-jalan kat tepi tasik ker, dekat taman ker. Anything yang dapat merelaks kan minda.


Ingat.. Bila minda kita rileks, baru kita dapat mencungkil kebijaksanaan fikiran kita! :)

Mudah kan? Tak payah beli apa-apa pon untuk meningkatkan kebijaksanaan minda kita. Hanya dengan tahu menguruskan kesihatan minda, kita sebenarnya dah meningkatkan kebijaksanaan kita!


--------------------------

yus cakap : Teringat lagu Tan Sri S M Salim, tajuk pe ntah yang ada sebut; "ada otak, pakai.. ada bijak, pandai.." Ehehhehe.. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 26 January 2010

Sedih

“On behalf of ---- Sdn Bhd, JobStreet.com would like to inform you that the processing period for this position has just ended. Unless ---- Sdn Bhd has contacted you, it would be advisable to consider your application not shortlisted.” (no Mr Jobstreet, that --- company hasn’t contact me!)

Itu adalah antara kandungan email yang saya terima dari Jobstreet. Ditolak (lagi!). Aduhai. Sedihnya hati saya. :(

Takpe la. Takde rezeki lagi. Lain kali saya cuba lagi. Ini je la saya mampu cakap untuk tenangkan hati sendiri. Dan untuk motivate diri sendiri.

Saya betol-betol perlukan keje baru, yang lebih dekat dengan rumah. Saya dah bagitau sebelum ni, yang saya memang nak kan angin perubahan. OK sebenarnya keje sini (tempat keje skarang), cuma ye lah, orang muda nih selalu nak change and thrill and challenges.. (Pergh.. mengaku diri sendiri muda.. tak tahan! :D)

“Cemana job yang hang apply kat UiTM hari tu? Ada apa-apa?”

Soalan dari Linda, adik saya pulak tetiba bermain kat kepala. Hurm.. Yang tu pon takde apa-apa jawapan (lagi). Entah la.

Secara tiba-tiba mood sedey mintak izin nak hadir dalam hati. Saya pon benarkan je la. Rasa nak menung jap..

:
:
:
:


OK.. This is not the end of the world! Saya hanya perlu banyakkan usaha. Banyakkan lagi apply.

Apa-apa jugak yang Allah rancang untuk saya (untuk hamba-hambaNya, generally) adalah yang paling terbaik! Mesti ada hikmah di sebalik apa jugak yang terjadi. Jangan merungut. Jangan bersedih.

:
:
:
:

Teringat pulak mak kat kampung. Dari boleh jalan sikit-sikit, skarang dah tak boleh gerak kaki kanan tu. Kaki kiri pulak dah makin tak dapat nak menampung gravity dari kaki kanan yang lemah. Sudahnya, dok je atas kerusi roda.

Saya sebenarnya dah rindu sangat nak balik rumah kitorang. Sekarang ni stay kat umah nenek. Mengabeskan beras umah nenek. (Erk??!)

Nak wat camne. Kalo balik rumah, takde sape nak nengokkan mak masa Linda dan Haizul, adik bongsu saya pergi sekolah. Almaklum, Linda dah jadi cikgu praktikal, bz ngan ngajar, meeting, latihan hari sukan, blablabla. Haizal pulak dah balik ke matrik nya kat Arau. Memang takde sapa nak nengok mak. Nak harapkan Si Anak Oren? Dia pon mesti asek tido je, tak leh jaga mak. :(

Rindu betol nak balik rumah. Rindu betol kat Si Anak Oren! Apa la yang dia makan bila kitorang semua takde kat rumah?

Ni la punca saya TERmenangis (sampai kantoi ditegur oleh Linda.. Ish.. malu!). Saya nak mak baik seperti sedia kala. Saya nak balik rumah. Saya nak jumpa Si Anak Oren. Saya tak gemar stay rumah nenek lama-lama. Menyusahkan nenek saje.

Saya cuma berdoa Allah berikan penyelesaian terhadap segala kesulitan ini. Sebab saya pasti, setelah kesulitan, ada kemudahan. Itu janji Allah. Siapa lagi saya nak berharap kalau bukan pada Yang Maha Berkuasa mengabulkan harapan dan doa?

:)


“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)-
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).”

(Surah Al-Insyirah : Ayat 1-8)


---------------

yus cakap : Linda tak tahu sampai sekarang kenapa saya menangis tiba-tiba hari tu.. Hopefully dia tak baca post saya nih!! Eheheh.. :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 25 January 2010

Selagi Ada Rindu

Sukanya hati saya malam nih. Encik Celcom langsung tak wat hal! Dia terover baik pulak malam nih. Takde disconnect secara tiba-tiba. Tak mematikan diri masa saya pusing-pusing baca blog.. Wah.. Makin sayang saya ngan encik Celcom malam nihh!! :D

Well, ada la sikit-sikit dia TERmati kejap, tapi kejap je. Still boleh dimaafkan. Ehehhehe.. :)

Ehem.. Ingat lagi tak post saya sebelum ni tentang orang Teluk Intan tu? Yang kalau boleh, kalau saya follow kata hati nak msg dia sangat-sangat tu? *memalu lak*

Semalam dia msg saya, setelah lebih kurang.. jap.. 14.11.09 sampai 24.1.10... tiga bulan hampir.. dia menyepikan diri, akhirnya dia memunculkan diri. Hurmm.. terubat rasa rindu.. Erk.. Rindu kah???!!

Rupa-rupanya dia dah kena transfer pegi KK, Sabah.. Patotla diam seribu lapan ratus bahasa. Dah keluar dari Semenanjung.. Tapi, katanya tak terus stay sana, mungkin dalam 2, 3, 4, 5 bulan je kot.. (cam tu le gaya dia tulis msg.. main jer banyak.. ciss!)

Eh.. saya bukan nak tulis pasal dia sebenarnya untuk post kali ni. *memalu lagik* Saya just nak kongsi satu lagu yang first time saya dengar dua tiga bulan lepas, terus saya minat sampai sekarang. Simple tapi sedap di dengar. Dan of course la, ada maksud tersirat di sebaliknya.. uhuk uhuk *batuk manja jap* :D

Mungkin tak femes sangat kot kat radio swasta. Sebab saya dengar lagu nih kat Radio Kedah ngan Mutiara FM jer..

Tajuk lagu nih : Selagi Ada Rindu
Penyanyi : Pak Long (bekas gitaris kumpulan Olan dan pencipta lagu Cinta Pantai Merdeka)

Enjoy la yee.. :D





selagi ada bulan mentari
selagi ada berkasihani
selagi ada bulan dan bintang
selagi berkasih sayang
selagi ada ombak dan laut
selagi hatiku terpaut
selagi ada turunnya hujan
selagi ada rahmat Tuhan
selagi ada langit dan bumi
selagi cintaku bersemi

selagi ada waktu
selagi ada rindu
biar beribu batu
ingin aku bertemu

oh kasih.. damailah (damailah)
engkau di sana
ku berdoa (berdoa)
pada Tuhan
agar kau bahagia

selagi ada waktu
selagi ada rindu
biar beribu batu
ingin aku bertemu

selagi ada langit dan bumi
selagi cintaku bersemi..

selagi ada waktu
selagi ada rindu
biar beribu batu
ingin aku bertemu

oh kasih.. damailah (damailah)
engkau di sana
ku berdoa (berdoa)
pada Tuhan
agar kau bahagia

selagi ada waktu
selagi ada rindu
biar beribu batu
ingin aku bertemu

ingin aku bertemu..


---------------------------------

yus cakap : Kadang-kadang kita tak perlukan kata-kata yang berpuitis dan berjela-jela untuk mengekspresskan isi hati dan perasaan.. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

9 Cara Membakar Lemak Dengan Mudah

Fuhh.. baru balik dari jalan-jalan ke blog orang nih.. Wah.. Macam-macam cerita panas saya baca.. Dari kisah AdukaTaruna, sampai ke gusip artis pasal Fahrin la, pasal Remy Ishak la, memang sakan betol saya! Ehehehe..

Tapi, mintak maaf semua, saya tak berminat nak tulis pasal gosip artis ye (buat masa sekarang.. ehehehhe). Kali ni saya nak kongsi benda yang lebih bermanfaat. InsyaAllah, tak rugi baca.. (wuaaa.. sempat lagi nak pomot! Erk! :D )

Ni dia 9 cara mudah untuk meningkatkan metabolisme badan dan sekaligus membakar lemak berlebihan. Cuba la amalkan untuk hasil yang optimum. :)


1. Minum air


Minum air dengan cukup dapat mengelakkan dehidrasi, yang mana dehidrasi ini mengurangkan kadar metabolisme badan. Orang yang mengalami dehidrasi selalu keliru dengan dahaga, mereka menyangka bahawa mereka lapar sehingga menyebabkan mereka makan makanan yang berkalori tinggi untuk hilangkan lapar.





2. Makan snek


Makan snek (ringan) antara hidangan makan utama dapat membuatkan perut rasa penuh, so anda takkan makan terlalu banyak pada waktu makan.

Tapi pastikan snek yang anda makan tu snek yang sihat la. Contoh campeanut butter ker, yogurt ker. Gitu la.. :)




3. Elak stress


Stress boleh menyebabkan kehilangan tenaga otot dan memperlahankan metabolisme. Cuba lakukan yoga untuk melegakan tekanan.

Bagi kita orang Islam, rasanya lebih afdal kalo kita solat.

Melegakan tekanan + senaman otot dan badan + memberi ketenangan extra berganda = SOLAT

Ehehhehe.. :)



4. Beriadah


Kajian menunjukkan Vitamin D berupaya mengurangkan berat badan dan merupakan cara terbaik untuk mendapatkan vitamin D ini ialah dengan mendapat cahaya matahari secukupnya.

Keluarlah beriadah, dan kalau berjemur tengah panas tu, jangan lupa sunscreen gak ek.. Nanti leh kena kanser kulit pulak.. :)

Tapi, bagi saya, personally, saya sangat, sangat suka beriadah ke waterfall! Air terjun best! Ehehhee.. (patutla lemak tak terbakar, dok tempat sejuk.. uhuk!)



5. Makan banyak Vitamin C


Kajian menunjukkan vitamin C dapat membantu membakar lemak. sekurang-kurangnya 75 miligram untuk satu hidangan. Satu setengah biji anggur mengandungi kira-kira 44 miligram kandungan vitamin C.

Kebanyakan buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C mengandungi fiber yang membantu membakar lemak berlebihan.





6. Bergerak


Kalaupon anda tak ke gim, tapi anda still boleh membakar lemak melalui aktiviti rutin seharian anda. Paling mudah, guna tangga. Jangan malas, asek guna elevator / lif manjang! Ish!

Menaiki tangga boleh membakar lemak dua kali ganda berbanding aktiviti lain. Kalo macam kat ofis, and anda stuck kat meja and kerusi pejabat, bangun dan gerakkan kaki anda! :)





7. Bina badan / angkat berat


Ehem.. antara aktiviti yang dapat bakar banyak lemak ialah ini laa.. Angkat berat.. heh!

Erk.. saya tak mampu buat nih!! :D








8. Ketawa


Haa.. Yang ni saya mampu buat.. Ehehhehe..

Senyum. Ketawa. Bergurau. :D

Dengan ketawa, kita meningkatkan kadar metabolisme dan membakar 10 kalori.. Haaa.. gelak sekarang!! :D






9. Minum teh hijau


Macam saya dah post sebelum nih, ni sekadar tambahan.

Kajian menunjukkan meminum teh hijau selepas bersenam akan meningkatkan tahap oksidasi/pengoksidaan lemak, membaiki kesensitifan insulin dan kadar glukosa dalam badan seseorang.




-----------------------------------

yus cakap : Usaha tangga kejayaan. Selalu naik tangga kalau nak kurus. Erk.. apa kaitan??
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 21 January 2010

Apa Yang Kita Tak Tahu Tentang Teh Hijau

Kita sedia maklum akan khasiat teh hijau (atau dalam bahasa omputihnya Green Tea) untuk kesihatan badan. Kandungan anti-oksidan dan perencat radikal bebas dalamteh hijau berupaya menjadikan teh hijau sebagai pilihan utama pengamal kesihatan. Banyak kajian dilakukan yang menerangkan kelebihan teh hijau termasuklah pencegah kanser dan diet untuk mengurangkan berat badan.

Tapi, teh hijau bukan sekadar sihat dan berkhasiat; malah ia juga boleh digunakan di rumah sebagai rawatan DIY untuk kesihatan dan kecantikan.

Nah.. Ini dia 7 Rahsia Kelebihan Teh Hijau. :)


1. Menghilangkan lingkaran gelap pada mata

Rendam cotton pad dalam teh hijau dan letakkan pada mata untuk kesegaran semulajadi yang dapat me're-fresh' balik mata kita!


2. Menghaluskan kulit

Terlalu lama 'berjemur' di bawah sinaran matahari? Hurm.. tak elok tu! Jangan risau, cuba masukkan teh hijau dalam botol spray tu, pastu spray kan pada bahagian badan dan kulit yang terjadinya sunburned. Kesegaran teh hijau dapat membantu menyegar dan melembutkan kulit.

Teh hijau juga mengandungi chemicals yang anti-bakteria, so bolehla digunakan sebagai antiseptik untuk kulit yang alahan atau blemish skin.


3. Bagus untuk gigi

Kandungan florida dalam teh hijau dapat menyihatkan gigi dan gusi. Nak hilangkan bau mulut? Kumur dengan teh hijau jer! :D


4. Legakan sakit tekak

Kesan anti-viral (anti-virus) pada teh hijau membuatkan ia penyembuh terbaik untuk jangkitan demam dan selsema. Dengan berkumur teh hijau gak dapat melegakan sakit tekak.


5. Baik untuk tulang

Secara semulajadi, teh hijau tinggi kandungan mineralnya, membantu menguatkan tulang yang mana penting untuk mengekalkan posisi dan postur tubuh badan.


6. Sebagai penyegar bilik (room deodorizer)

Daun teh hijau digunakan secara tradisional untuk menyerap bau yang kurang sedap dari dalam bilik. Letak daun teh hijau ni dalam mangkuk ke, apa-apa je la, ikut suka hati, and biarkan dalam bilik dan ia akan menghilangkan bau-bau 'masyam' dalam bilik tu. Elok gak kalo nak letak dalam fridge.


7. Bagus untuk kaki

Rendam kaki dalam air teh hijau untuk mengelakkan infeksi (jangkitan) kuman.


Slamat mencuba yee! :D


-----------------------------------------

yus cakap : Selalu makanan-makanan kesihatan ni saya tak berapa gemar (makan atau minum).. termasuklah teh hijau nih! Ehehehhehe :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Ketawa Penawar Duka

Shampu, Deodorant Dan Perfume Baba

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.


“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”


----------------------------------------

Ibu Mertuaku

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, & secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh & terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Sempat-sempatnya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat.

Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.


-------------------------------------


Saya Tak Mau Mati!


Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata, "Saya tak mau mati lagi, doktor".

Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata, "Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!"

Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya.

Pesakit itu berkata, "Tengok doktor, semua tempat saya pegang rasa sakit"

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah."


-------------------------------

yus cakap : *gelak gulin gulin* :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Kisah Pagi Ini

Sebelum saya pegi keja ni, sempat lagi saya bukak YouTube and cari video-video yang boleh memotivasikan diri sendiri.. Almaklumla, nak start hari mesti dengan ceria, dan bermotivasi, so nanti takde la masam cuka je kat tempat keja.. Ehehheheh.

Tapi, tengah godek-godek video kat YouTube, tergodek la pulak video yang jauh sikit lari dari apa yang saya nak cari sebenarnya. Biasa la tu.. Uhukz~ *batuk manja sket*

Well, kat sini saya sertakan satu video dari band kegemaran saya, Linkin Park. Lagunya is In The End. Saya memang minat lagu ni sebab arrangement music dia, the power of Mike Shinoda's rap, dan suara Chester yang sweet, pergh!! Memang waalllaa! Ehehehhe.. :)

Enjoy yee! :D





--------------------------

yus cakap : Ni la antara lagu yang paling saya suka dengar kat lab (selain dari lagu Nickleback), masa dok sensorang. Rasa best nak wat keja.. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 20 January 2010

Nilai Cintamu

Ehem. Cam terkejut tak bila saya update blog hari nih? Ehehehe.. Dah lama sangat bertapa, tanpa ada apa-apa kat blog saya nih. Actually, bukan takde apa-apa nak tulis, tapi seperti yang saya cakap dalam previous post, saya sakit.. Sori ek lupa nak bagitau yang saya dapat penyakit M sebenarnya.. MALAS! Uhuk! :D

Ni nak gossip nih.. Saya terbaca satu artikel dari The Star tadi, akhbar bertarikh Wednesday, January 13th, 2010. Ye.. Saya tau, dah outdated, tapi.. pedulik hape saya! (Sori.. rebel sket nii! Bukan selalu.. eheheheh)

Cerita tentang hadiah Datuk K kepada Datuk Siti. Wah wah wah.. Sangat terbeliak bijik mata saya melihat angka hadiah Louis Vuitton hand bag limited edition yang Datuk K bagi kat Datuk Siti tuh. RM40,000 tu beb!!! Hand bag jeee!

Ni kot beg tangan limited edition yang harga RM40,000 tu.. RM tau, bukan Rp!


Ya ampunn!! Banyak nau duit sampai dah takde idea nak wat per kah?

“The price was a fraction of the RM800,000 Mercedes Benz he gave her in 2008 and the Richard Mille wristwatch with a RM200,000 price tag last year.”

ERKK!! Tercekik anak tekak saya bila baca tu!

Mercedes Benz = RM800,000 : tak heran la dah namanya keta.. mesti mahal kan? Takkan nak bagi Naza jer kot.. Ape class Siti Nurhaliza nak dapat hadiah Naza kan? Wuahahahha :D




~ Gambar hanya hiasan.. saya agak je 'rupa' hadiah-hadiah ni ~


Yang jam tangan ngan hand bag tu tak tahan tu! Jam sahaja RM200,000??? Handbag LV sampai RM40,000!

Ish ish ish.. Itukah nilai kasih sayang seorang Datuk K kepada Datuk Siti Nurhaliza??

“I am very happy with this birthday gift because I had always wanted the limited edition handbag. But it’s more important that my husband show me his love,” (Datuk Siti)

Pergh! Macam tu ye cara nak tunjukkan kasih sayang? Beli hadiah yang harganya riban-riban.. Cikai punya adiah tak nak! Nak yang limited edition jer.. Wuaaa.. :D

Kalau macam tu, orang-orang yang tak bernasib baik dari segi kewangan tak merasa la namanya CINTA tu? Tak tau la nama KASIH SAYANG tu? Tak reti la apa sebenarnya KEBAHAGIAAN tu? Hurrrmmmm..

Bagi saya, kebahagiaan bukan diukur dengan wang ringgit. Mengambil contoh kebahagiaan rumah tangga Ali dan Siti Fatimah yang tak dilimpahi wang ringgit dan harta benda sebaliknya kasih sayang, saling memahami dan anak-anak yang soleh merupakan penyeri kehidupan keluarga ahli syurga nih. Ini, bagi saya, merupakan erti kebahagiaan yang sejati.

Orang zaman sekarang, duit dah terlalu banyak, sampai sanggup belanja yang bukan-bukan hanya untuk tunjukkan kasih sayang. Saya rasa orang sekarang sebenarnya dah tak reti nak zahirkan kasih sayang dengan cara yang sepatutnya. Rasulullah s.a.w dah pesan suruh umatnya bersederhana. Dalam apa jugak aspek kehidupan, bersederhana lah.

Tapi yang kita nampak zaman millennium ni dah lain dah jadinya. Makan mesti mau restoran yang paling mahal. Pakaian semua fesyen latest, berjenama dan yang paling mahal. Kenderaan pon mesti paling mahal gak. Dengan satu alasan paling LAME, yang mahal tu kualiti terjamin. Hoh!

** Saya tak tujukan pada Datuk Siti ngan Datuk K ye. Saya cakap generally. Lagipon bukan tugas saya nak ‘selak’ cerita rumah tangga Datuk Siti ngan Datuk K nih. Ehehehhehe **

Saya rasa better stop dulu sampai sini. Bila dah mula tulis, nak ngumpat je la saya nih. Tak baik tak baik! Tapi sebelum tu, saya tinggalkan anda dengan satu pesanan dari junjungan kita yang mulia Nabi Muhammad s.a.w;

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata bahawasanya Rasulullah saw. bersabda:

"Tiga perkara yang akan mengiringi mayat, yang dua akan kembali dan yang satu akan menetap. Ia akan diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amal perbuatannya. Keluarga dan hartanya akan kembali dan tinggallah amal perbuatannya."


-----------------------------------

yus cakap : Perasan tak.. nilai hadiah untuk besday ke 31 Datuk Siti kita ni dah makin kurang yee?? Ehehhehe.. :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 18 January 2010

Sakit

Saya sakit nih.. Sedihnyaaaa!


Ye, saya sakit.. Sebab tu saya 'cuti panjang' dari menge'post' (ape punya word daaa!) anything kat blog tersayang saya nih.

Penyakit saya nih memang teruk. Sampaikan kalau terjadi kat seorang hamba Allah tu, dia boleh terlentang je atas katil. Tak wat pape.

Ada gak yang bila ditimpa penyakit nih, akan terus tido jer, so tak dapat pegi keje, dah tu keje pon terbengkalai, kene marah ngan bos, silap-silap kene buang keje. Ibarat kata sudah jatuh ditimpa tangga, terpijak pulak ta*k ayam! Ish ish ish.. Memang malang sapa yang dapat penyakit nih!

Saya dapat penyakit nih akibat terlalu sibuk hujung minggu lalu. Jaga mak, almaklum hujung minggu je turn saya jaga mak. Dah tu hari Ahad kelmarin, rumah atok saya wat sikit kenduri arwah. Sori ye tak sempat nak jemput kenkawan semua, tak sempat. Lagipon, kan saya cakap, saya sakit. Sebab tu tak sempat nak jemput.. :(

Berbalik pada sakit saya tadi, disebabkan penyakit ni, saya tak tau nak gi keje ke tak esok. Memang la penyakit ni tak berjangkit, tapi risau gak kot-kot saya tertidur dalam lab nanti. Tak pasal-pasal kantoi ngan Steve, mampos saya kena marah.

Tapi penyakit macam ni tak boleh dilayan sangat. makin dilayan, naik lemak le dia. So saya cuba lawan, tusebab saya tulis gak post nih. Sebagai permulaan ke arah hidup yang lebih sihat, dari penyakit yang saya hadapi sekarang nih. :)

OK la. Cukup la setakat ni. Penyakit saya tak de la sembuh sepenuhnya lagi, so sampai sini je saya dapat update blog. At least, anda tahu le saya masih hidup. :)


----------------------------

yus cakap : Hopefully cepat la saya sembuh dari penyakit nih. :-/

Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 14 January 2010

Kita Yang Terleka

Mesti semua pon tau tentang gempa bumi terbesar pernah berlaku di dunia selepas 200 tahun, baru-baru ni berlaku di Haiti, hari Selasa 12 Januari 2010 lepas. Lupakan kejap pasal isu nama Allah, atau kegemilangan AJL 24 ataupun final Idola Kecil 2. Ehehehe..

Sebelum saya teruskan, elok rasanya saya start dengan fakta tentang Haiti, negara yang saya tak pernah tau kewujudannya sebelum ni! Sungguh teruk Geografi saya! Eheheheh..

Fakta-fakta ni saya dapatkan dari laman web CNN.



Negara Haiti adalah satu pertiga bahagian barat dari Kepulauan Hispaniola di Caribbean. Hispaniola ialah antara Cuba dan Puerto Rico, dan dua pertiga bahagian timur ialah Republik Dominican. Kebanyakan kawasan Haiti ialah kawasan pergunungan dan tanah tinggi (dari mana ia mendapat namanya).

Ibu negara Haiti ialah Port-au-Prince.

Haiti adalah negara termiskin di Hemisfera Barat. 80% rakyatnya tinggal dalam kemelaratan, menurut CIA World Factbook.

Haiti mempunyai kepadatan penduduk sangat tinggi tetapi sangat kurang membangun di kalangan negara-negara Hemisfera Barat.


Secara ringkasnya:

Populasi penduduk : 9,035,536

Ibu Negara : Port-au-Prince

Kumpulan Etnik : 95% orang kulit hitam

Agama : Roman Catholic -- 80 percent

Bahasa : French (rasmi)

Pemimpin : Perdana Menteri Jean-Max Bellerive, Presiden Rene Preval


(Sumber : CNN.com, World Book Online)

-------------------------------------------

Baru je menjejak kaki ke tahun baru 2010, sinar kebahagiaan yang diharapkan oleh penduduk Haiti nampaknya tidak termakbul, buat masa sekarang. Kanak-kanak yang dulunya bermain dengan riang di halaman rumah kini menangis kelesuan dan berteriak di sana-sini mencari-cari ibu dan bapa mereka yang mungkin tertimbus di sebalik runtuhan-runtuhan banggunan akibat gempa bumi sebesar 7.0 pada Skala Ritcher!

Satu kerosakan yang sangat dahsyat!!

Banggunan runtuh, manusia tertimbus, talian telefon tak berfungsi, hospital dan gereja yang paling popular di Haiti jugak runtuh, mereka seolah-olah terperangkap dalam negara mereka sendiri! Dikhuatiri beribu-ribu nyawa lagi masih tertimbus, mungkin mati. Dan lebih kurang 3 million nyawa sudah meninggal, walaupon angka ini belum confirm.



Semua orang kat sana tak dapat tidur, semua pon kepenatan yang sangat sebab memikirkan entah-entah wujud gempa bumi susulan selepas ini.

Mungkin mereka tertanya-tanya atau mula mempersoalkan kenapa semua ni jadi pada diorang? Dah la negara miskin, duit takde nak beli barang perubatan, makanan dan sebagainya.. Hurmm..

Dan mereka juga mula berfikir tentang kiamat! Tentang pengakhiran dunia ni!

Seorang sukarelawan di Haiti, Carel Pedre menceritakan, katanya dia dengar ramai penduduk Haiti mula berdoa dan meminta semua orang pon turut berdoa.

"I heard a lot of people praying, saying that Jesus is coming, saying that we need to pray, we need to save our lives by believing in God," Pedre said.

(Saya dengar ramai orang berdoa, mengatakan Jesus akan datang, berkata kita perlu berdoa, dan kita perlu selamatkan nyawa kita dengan percaya akan (kewujudan) Tuhan.)


Tak dapat dibayangkan macam mana kan keadaan dorang? Cuba bayangkan kalau kita di tempat mereka berada sekarang. Boleh kah kita nak tidur dengan tenang? Bolehkah kita nak 'sambung' persengketaan kita tentang isu nama Allah? Bolehkah kita nak bersorak suka gembira kalau 'anak-anak' kita menang Idola Kecil?

Cuba bayangkan kalau kejadian tu jadi di negara kita yang tercinta? Di Malaysia nih? Sedangkan kejadian Bukit Antarabangsa lalu pon dah kecoh, ini pulak gempa bumi sekuat 7.0 Skala ritcher! Nauzubillah!

Gentar betol rasanya!


Dalam Al-Quran Surah Al-A'raf, Ayat 187, disebutkan;

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.""


Dalam Surah Al-Waqiah Ayat 4 hingga 6, dikisahkan perihal kiamat tu;

"Apabila Bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang berterbangan."

Subhanallah. Allahu Akbar!


Kejadian-kejadian gempa ni, Rasulullah s.a.w dah bagitau, merupakan tanda-tanda berlakunya kiamat. Tapi, ada kita kisah???

Kita masih lagi leka dengan hiburan yang tak berkesudahan, masih lagi berseronok suka, masih lagi bergelak ketawa, tapi kita lupa yang kita sebenarnya sedang menuju 'ending' segala lakonan kita atas dunia ni. Pentas dunia pon dah nak labuhkan tirai.

Tapi, kita masih jugak leka.


Bila jadi gempa ni, kita tumpang simpati jer. Macam kali ni, kat negara bukan Islam, so mungkin ada antara kita yang taknak ambik kisah pun. Padahal, tanda-tanda nih semua Allah bagi untuk kita ingat kesudahan kisah kita di dunia ni. Ada ke kita nak ambil peringatan?


"Dan orang-orang yang sabar karena mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)." (Surah Al-Ra'd : Ayat 22)


----------------------------------------

yus cakap : Pesanan ini untuk diri sendiri. Masih banyak main-main lagi nih! Astaghfirullah al azimm..

Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook