rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Thursday, 30 December 2010

Malaysia Champion!

Alhamdulillah! Akhirnya, penantian 14 tahun Malaysia nak menggenggam Piala Suzuki AFF 2010 berakhir dengan kejayaan malam tadi. Ternyata, doa seluruh rakyat Malaysia dan usaha anak-anak muda Harimau Malaya memang berhasil. Syukur kepada Allah atas kejayaan ni.

 * Malaysia Bolehh!!! *

Saya rasa sangat lah bangga dan seronok atas kejayaan ni. Mau tak seronok beb. Ini kejayaan termanis skuad bola sepak negara yang selama ni di'anjing'kan oleh team serantau Asia. Alhamdulillah. Dengan kejayaan ni diharap akan semakin bersemangat anak-anak muda skuad negara. Kita memang hebat! Walaupon menang dengan aggregat 4-2 tapi personally, saya rasa ni lah antara saat-saat terindah buat skuad bola sepak negara untuk mengembalikan saat kegemilangan bola sepak suatu masa dulu.

* Rio Ferdinand pon ucapkan tahniah pada skuad negara atas kejayaan menewaskan Indonesia dalam laman Twitter nya. Bangga ser! *

"Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team." 

Saat ini lah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Saat yang dinanti oleh semua penyokong bola sepak negara. Saat kebangkitan, orang cakap. Saat bola sepak negara kita dipandang oleh negara lain. Kalau tak negara barat, dipandang di Asia dulu pon memang bagus dah.

Begitu bangga dan seronok nya saat ini sampai Najib pon kasi public holiday esok, yakni Jumaat 31 Disember 2010. Detik-detik manis yang berjaya dilakar oleh skuad bola sepak negara sebelum menuju tahun baru 2011. Semoga tahun baru ni membawa seribu lagi kemanisan buat semua.

 * Wira-wira kita dirai ketika tiba di KLIA *

Bila baca balik kisah pemain-pemain kita dan penyokong pasukan Malaysia di Indonesia yang di anak tiri kan, saya rasa amat terkilan. Sanggup diorang bagi team kita berlatih kat kawasan kolam renang je? Dah tu, Rajagobal gak bagitau yang pemain kita sebenarnya takde pon dapat berlatih dengan betul-betul sebelum perlawanan. Just wat senaman pemanas badan je. Aduhaii.. Nampak sangat diorang ni takut dengan bayang-bayang sendiri. Dah tu dengan bangga lak mengaku yang diorang berusaha sedaya upaya cuma nasib gagal menyebelahi diorang.Pengecut btol! (Sumber)


* Pemain yang paling penat (saya rasa) sepanjang 90 minit di Stadium Bung Karno, Indonesia - Khairul Fahmi goalkeeper hebat Malaysia! *

Memang hebat perlawanan semalam. Saya tengok kat rumah je, tapi memang terasa debarannya. Sedih sangat bila tengok kat stadium begitu banyak baju merah. Tak nampak langsung baju kuning! Sedih betul!

Tapi saya tabik dan salute dengan semangat juang pasukan Malaysia. Memang saya salute sangat-sangat. Di depan 95,000 penyokong baju merah, dan tak kelihatan langsung baju kuning, pasukan Harimau Malaya hebat dan berjaya menggetarkan team Indon. Memang diakui kita jarang menyerang, tapi sekali kita menyerang memang leh terkencing si Markus. Hebat!

Dan tak dinafikan jugak, Indon banyak jugak menyerang. Tapi, saya rasa kita patut say thanks a zillion kat Khairul Fahmi yang sangat, sangat cemerlang malam tadi! Saya rasa tak terkira bola dan cubaan yang berjaya di halang oleh Khairul Fahmi. Awesome!

* "Yeah! Aku lah terhebat! So what??!" Hehehe *

Saya respek pemain kita sebab berjaya menggetarkan hati team Indon dengan ketenangan dan ke'rileks'an mereka. Apa tak nya, saya bila tengok Khairul Fahmi yang jalankan tugas dia, rasa sangat kagum ser! Cara dia tangkap bola, cara dia tepis bola, nampak macam dia rileks sangat. Memang psyco mamat ni! Macam dia wat latihan harian je. Rileks sangat! Tapi mantap ser. Sikit jam lagi, saya rasa dia leh jadi cam Edwin Van der Saar la. Heheheh..

Seperti biasa, bila dah kalah, mesti banyak je cerita-ceriti yang keluar dari media Indon. Macam masa diorang kalah kat Bukit Jalil tu, diorang cakap ada sorang cina yang upah dukun. Memang completely stupid! Diorang tak tau ke kat Malaysia ni macam mana. Kita bukan macam diorang kan? Nak upah-upah dukun lak. Orang cina lak tu. Memang merepek! Kenapa tak cakap Rajagobal je yang upah dukun? Gila betul! (Sumber)

Malas la nak cerita pasal Indon yang fanatik sangat sampai tak boleh terima kenyataan yang diorang dah tunduk di kaki 11 pemain Malaysia. Nak jugak cover malu. Laser la, dukun la. Huh! Annoying! Kalau macam ni la mentaliti diorang, buat malu jer negara Asia. Sir Alex Ferguson pon gelak guling-guling je kalau baca dakwaan diorang ni.

* Fanatik yang Takde Maknenye! Hikhikhik~ *

Biarlah diorang hanyut dengan kefanatikan diorang. Yang pastinya, Malaysia Champion!! YEEEEHAAAAAWWWW! :D

p/s : Maaf, entri agak emo dan ada nada-nada kebanggaan. Kalau tersalah bahasa atau terkasar, mintak mahap yeee! :)

Sumber-sumber berita lain yang menarik untuk dikongsi :

Dari Malaysia :

Berakhir Kemarau 14 Tahun

PM, TPM Puji Skuad Negara

Sumber Gambar


Dari Indonesia :

Kapten Minta Maaf

Siapa Bilang Indonesia Kalah

Indonesia Menang Tapi Tak Juara

Spirit Senayan Layak Jadi Teladan


------------------------------------------------------------

yus cakap : Ternyata doa kepada Allah itu lebih berkuasa dari jampi atau kucing ramalan Indon. Hikhikhik~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 29 December 2010

6 Makanan Melawan Kanser

Waktu sedang makan tengah hari di tempat kerja tadi, seorang kawan saya bercerita tentang saudaranya yang dihinggapi kanser payudara. Dah mencapai tahap serius sebab kedua-dua payudaranya dah pon dibuang (istilah ni betul ke ek? Sori kalau kasar sangat.) melalui satu pembedahan minggu lepas dan selepas ni terpaksa menjalani kemoterapi mengikut masa yang ditetapkan pihak hospital. Kebetulan kawan saya ni pon ade sejarah keluarga yang menghidapi kanser payudara. Kakaknya ada yang meninggal dunia akibat kanser payudara.

Jadi saya terfikir. Kenapa begitu banyak kes kanser sekarang ni? Bukan sejenis je penyakit kanser ni. Ada kanser payudara, kanser prostat, kanser serviks, kanser mulut, kanser apa-apa lagi lah. Agaknya, setiap organ dalam badan kita berkemungkinan mempunyai kanser masing-masing. Isk~

Mengikut penyelidikan pengkaji-pengkaji kanser, cara termudah untuk menghindarkan diri dari dihinggapi kanser ialah dengan memeriksa peti ais anda. Kata yang mudah ialah menjaga pemakanan anda. So, kali ni saya nak kongsi enam jenis makanan yang berupaya melawan kanser.

Menurut Richard Beliveau, PhD, pengerusi bagi kawalan dan perubatan kanser di University of Qu├ębec di Montreal, Kanada dan penulis buku Foods to Fight Cancer, "Semua kajian tentang kanser dan nutrisi mengakui ada baiknya mengkonsumsi makanan berdasarkan tumbuh-tumbuhan disebabkan kandungan fitonutrien dan pelbagai kandungan baik yang lain."

Antara 6 tumbuhan tersebut ialah :

1) Brokoli

Adalah tumbuhan di dalam famili Cruciferous. Semua tumbuhan dalam famili ini mengandungi agen anti-kanser tetapi hanya brokoli mengandungi sulforaphane, yakni sebatian yang dapat meransang enzim perlindungan tubuh dan membuang bahan kimia penyebab kanser dalam badan.

Membantu mencegah : Kanser payudara, hati, jantung, prostat, kulit, perut dan membran kulit.


2) Buah-buahan beri

Semua tumbuhan beri mengandungi fitonutrien anti-kanser. Black raspberies salah satunya mengandungi kandungan phytochemical yang tinggi iaitu anthocyanins, yang memperlahankan pertumbuhan sel kanser dan membantu perkembangan saluran darah, menurut Gary D Stoner, PhD, profesor perubatan dalaman di The Ohio State, University of Medicine.

Membantu mencegah : Kanser kolon, esofagal, mulut dan kulit.


3) Tomato

Merupakan sumber lycopene, iaitu sejenis karatenoid yang memberi warna merah pada tomato. Sebatian ini baik kerana lycopene berupaya menghentikan pertumbuhan sel kanser endometrial dalam kajian Richard Belivieau Nutrition and Cancer. Kanser endometrial ini telah mengakibatkan kematian hampir 8000 nyawa setahun.

Membantu mencegah : Kanser endometrial, jantung, prostat dan perut.


4) Kacang walnut

Kandungan phytosterols (sejenis molekul kolestrol dalam tumbuhan) menunjukkan sifat menghalang dan memperlahankan reseptor estrogen dalam pertumbuhan sel kanser payudara, menurut Elaine Hardman yang merupakan profesor madya di Marshall University School of Medicine di Huntington, West Virginia.

Membantu mencegah : Kanser payudara dan prostat.


5) Bawang putih

Kandungan phytochemical dalam bawang putih dikaji dapat menambahkan pertumbuhan nitrosamine, sebatian karsinogen yang terbentuk dalam perut apabila kita makan makanan mengandungi nitrat, sejenis preservative makanan yang biasa ditemui. Menurut Iowa Health Study, wanita yang banyak makan bawang putih dalam diet mereka boleh mengurangkan 50% risiko kanser kolon berbanding mereka yang kurang mengambil bawang putih dalam diet seharian.

Membantu mencegah : Kanser payudara, kolon, esofagal dan perut.


6) Kekacang 

Kajian dari Michigan State University menunjukkan kacang berupaya mengurangkaninsiden kanser kolon dalam tikus, kerana legume yang kaya dalam kekacang boleh meningkatkan paras lemak asid butyrate yang mempunyai kesan perlindungan terhadap pertumbuhan kanser. Ada kajian dalam Crop Science yang menyatakan bahawa kekacang berupaya merencatkan pertumbuhan kanser payudara pada tikus.

Membantu mencegah : Kanser payudara dan kolon.


----------------------------------------------------------------

yus cakap : Selalunya makanan kesihatan ni memang tak sedap. Dan yang sedap itu selalunya tak menyihatkan. Adesss~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 27 December 2010

Menang 3-0 : Aksi Malaysia Terbaik!

Wahh.. Dari semalam, sampai ke malam ni. Dari rumah, kedai mamak, dalam radio, dekat blog, dekat chatroom, forum-forum, ke tempat keje. Semua masih bercakap dan bercerita pasal kejayaan Harimau Malaya membaham Garuda Indon 3-0 !! Yayayayyayayaya!

Sebagai rakyat Malaysia, semestinya saya sangat, sangat eksaited dengan kejayaan skuad Malaysia yang memang membanggakan! Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah kerana memberi rasa seronok ni kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ulangi, SELURUH RAKYAT MALAYSIA!

Makanya, kalau masih ada rakyat Malaysia yang memandang enteng kejayaan ni, saya cadangkan anda pack barang dan pindah ke Jogjakarta. Hahahahha..

Masih belom terlambat kot untuk saya ucapkan sekalung tahniah atas kejayaan ni. Saya percaya ini semua atas usaha pemain-pemain yang bersungguh-sungguh melakar kejayaan. Dan semestinya, semua ni atas DOA penyokong dan rakyat Malaysia.

Firman Allah s.w.t : "Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu." (Surah Al-Baqarah , Ayat : 186)

Tapi, ni bukan penamat lagi. Masih ada 90 minit masa kritikal kat Jakarta nanti. Risau jugak kan dengan keselamatan pemain-pemain Malaysia kat sana? Almaklumlah, kita sedia tahu apa yang penyokong-penyokong fanatik Indon mampu buat. Tapi, kita harapkan takde la kejadian yang buruk berlaku. Kita sama-sama serumpun, satu bangsa, paling penting satu agama, jadi takde maknanya nak gaduh-gaduh, saling kutuk mengutuk.

Dekat wall FB indon, dekat suratkhabar atau istilah di Indonesia Koran, semua menyalahkan insiden 'laser' sebagai penyebab kekalahan skuad Garuda. Saya melihat keadaan ini sebagai suatu insiden yang sangat memalukan. Walau dari penyokong Malaysia atau Indonesia sendiri, ini bukan suatu insiden yang baik. Ni sangat menunjukkan situasi tidak matang di kalangan penyokong. Terlalu fanatik. Terlalu mengikut sifat keanak-anakan dalam diri. Takde profesionalisme dalam menyokong.

Saya dengar kat Hitz.FM pagi tadi. DJ stesen tersebut calling Mohd Safee Sali yang meledak dua gol dan bertanyakan tentang isu laser ni. Katanya, dia sendiri taktau menahu kewujudan laser dan mengakui kejadian seperti ni pernah berlaku pada pemain Malaysia sendiri suatu masa dulu. Cuma pemain Malaysia takde komplen tentang ni.

Saya percaya orang Malaysia memang baik-baik belaka. Kita takkan kutuk, komplen atau buat sesuatu yang 'kebudak-budakan' seperti 'main laser' di tengah stadium macam tu. Tapi, saya tak nafikan, ada antara penyokong yang fanatik dari Malaysia yang akan buat camtu. Dan ini yang memburukkan imej Malaysia. Nampak tak akibat kelakuan anda yang kurang sopan dah menjatuhkan sedikit imej Malaysia.

Masa kat tempat kerja tadi, saya senyum je melihatkan pekerja-pekerja Indon yang terkulat-kulat bila tengok kami seronok bercerita tentang kemenangan Malaysia. Saya rasa mereka dah telan sendiri kata-kata dan taruhan mereka yang Indonesia akan menang bila bertemu Malaysia.

Personally, saya rasa persembahan malam tadi memang persembahan terbaik pasukan Malaysia! Saya suka ketiga-tiga gol yang dijaringkan. Memang cantik! Gol first dan second saya suka sebab ada teamwork kat situ. Gol tanduk yang ketiga tu pon saya suka. Nampak kemas! Pendek kata, ketiga-tiga gol memang best lah! Cayalah Malaysia! Dan tahniah jugak untuk goalkeeper Khairul Fahmi yang sedaya upaya berusaha menjaga gawang gol dengan begitu cemerlang sekali. Tahniah semuanya. Ni baru nampak anak-anak muda Malaysia yang cergas dan lincah. I like! Hahaha..

Perasan tak, kebangkitan Malaysia dan kegarangan Harimau mula terserlah selepas adegan 'laser' yang di dakwa penjaga gol Indonesia, Markus. Nampaknya, insiden tu menjadi mangkin kebangkitan pemain Malaysia. Tak heran la penyokong, rakyat dan media-media Indonesia marah sungguh dengan insiden tu yang dikatakan punca kekalahan pasukan mereka.

Tapi, siyes saya cakap, permainan sebelum insiden laser yakni separuh masa pertama perlawanan tu berlangsung dengan sangat boring. Kalau nak dikatakan laser tu punca kekalahan, macam tak kena je. Sebelum tu diorang main pon tak garang mana pon. Ade kot gol offside sebijik dari Christiano tu. Itu je. Kan? Yang lain-lain game biasa je. Sampailah game bersambung lepas permainan dihentikan sebentar. Masa tu baru nampak Malaysia bangkit. And still, Indonesia tak de nampak banyak menyerang. Jadi jangan lah salahkan insiden tu sebagai punca kekalahan anda. Tak masuk skrip la. Hehehehe..

Ok lah. Apa-apapon, semangat juang ni harus diteruskan lagi oleh pemain-pemain kita kat Jakarta nanti. Dan kita sebagai rakyat Malaysia mesti terus menyokong dan terus berdoa akan kejayaan pasukan negara. Doa yang berterusan dan usaha dari pemain Malaysia akan melakarkan satu lagi kejayaan, mendakap Piala Suzuki AFF 2010 insyaAllah.

 * Mungkin faktor usia main peranan jugak dalam perlawanan antara Malaysia dan Indonesia *

Doakan kejayaan Malaysia memegang title ni for the first time. Dan menaikkan kembali nama Malaysia yang sering sangat diperkotak-katikkan oleh jiran kita sendiri. This is the time!

Doakan jugak keselamatan pemain kita di sana. Semoga takde la kejadian tak diingini berlaku. Ada yang cakap, kita bakal di 'jampi' masa kat tempat lawan nanti. Tapi saya nak ingatkan, mana lebih berkuasa? Kuasa jampi atau DOA KEPADA ALLAH? :)

Bersikap matang dan profesional la ye..


--------------------------------------------------------------

yus cakap : Semoga berjaya menggenggam Piala Suzuki AFF 2010 team Harimau Malaya!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 23 December 2010

Entri Suka-suka

Lapan hari lagi menuju dekad baru, 2011. Samaada masa yang berlalu dengan begitu cepat, atau saya yang lembap sebab masih terkial-kial kat tempat saya berdiri, tapi saya masih tak percaya yang setahun dah berlalu. Angka pada umur akan bertambah lagi setahun.Tapi, macam takde apa-apa perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Masih sama macam dulu, masih hampeh macam dulu. Hahaha..

Sebenarnya, banyak yang berlaku dalam tahun ni. Tahun yang interesting mungkin. Mungkin jugak tahun yang ntah apa-apa. Kesimpulannya, 2010 ialah memang tahun yang hampeh untuk saya. Sebab saya masih jugak hampeh, macam tahun-tahun yang lepas. Hehehhe..

Alhamdulillah, setengah tahun ke dua dalam 2010, kehidupan saya semakin gembira dan ceria sebab saya dapat kerja dekat dengan rumah, dapat sama-sama tolong jaga emak, dan dapat kenal ngan rakan-rakan sekerja yang sangatlah hepi-hepi belaka. Kerja pon makin OK. Almaklum, dah jadi bos no 2 kat opis ni memang membantu saya mendapat 'gaji rabun' di hujung bulan! Haahhaha..

** Gaji rabun : gaji yang diperolehi dengan banyak menggoyang kaki dan bergelak ketawa di opis. Hahahha..

Tapi, kalau dah namanya manusia, mesti ada je yang tak puas hati. Rasa ada je yang tak cukup. Tak tahu lah apa lagi yang tak ada. Saya ada keluarga yang sangat best. Kawan-kawan yang hepi. Kerja yang OK, dah jadi bos no 2 lak skang. OK la tu. Hehehe. But still, rasa kosong. Macam lagu 'Kosong' dari Dewa. Macam lagu 'Empty' The Click Five tu. Macam tu la. Entah la kenapa.

Anyway, nanti-nanti sebelum menuju ke 2011, sambil-sambil countdown ke tahun dan dekad baru, saya akan update blog dengan Top 10 of My Life in 2010. InsyaAllah. Kalau saya rajin, kalau saya ade mood. Hehehhe..

Buat masa sekarang, saya just nak share dengan anda lagu yang menggambarkan perasaan saya sekarang. Layannn..

p/s : Apa pulak lagu yang menggambarkan perasaan anda sekarang? :)



** This is unofficial music video untuk lagu 'Airplanes' by B.o.B feat Hayley Williams. To watch the official one, go to this link. Thank you. Heheheh.. **

Memetik bait-bait kata lagu tersebut;

"Can we pretend that airplanes in the night sky are like shooting stars? I could really use a wish right now, wish right now, wish right now.."

Itu lah yang saya ada sekarang. A wish. :)


--------------------------------------------------------------------

yus cakap : Bila nak jumpa Jin Aladin ni? Hehehehe..
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 22 December 2010

Kisah Manusia Akhir Zaman

Dua hari lepas saya tengok Buletin Utama. Dua orang saudara baru Islam nak menukar agama. Maksudnya, dorang dua orang ni dah masuk Islam, tapi nak berpatah balik ke agama masing-masing setelah (kalau tak silap saya) berbelas tahun memeluk Islam.

Rugi bukan? Seolah-olahnya, mereka dah pun menemui cahaya setelah bergelut dengan kegelapan, tapi nak kembali balik kepada kegelapan tu bila dah 'jemu' dapat cahaya.

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." (Surah : Ali-Imraan, Ayat : 85)

Semoga Allah tetapkan hati kita supaya sentiasa dalam Islam.

Kemudian, kisah yang semakin lama semakin 'membiak'. Macam bakteria gitu. Cepat je membiak nya walau dalam keadaan yang takde apa-apa nutrien. Personally, agak menyampah untuk saya nak menyentuh soal-soal kurang bermaruah macam kisah gay, lesbian dan yang sewaktu dengannya ni. Tapi, kalau tak sentuh bab ni, sedangkan ia dah semakin berleluasa, rasa macam tak patut pulak.

Bukan saya nak menghina atau merendahkan martabat sesiapa, tapi ini sekadar pendedahan kepada kita yang kadangkala 'lupa' dengan kewujudan manusia-manusia yang kufur nikmat ni supaya kita tak jadi seperti mereka, dan semoga anak cucu keturunan kita dijauhkan dari segala macam perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t.

"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)."  (Surah : Al-Baqarah , Ayat :28)

Cuba renung balik kata-kata Allah dalam ayat tersebut. Pertanyaan awal dari Allah untuk golongan-golongan yang kufur ni. "Bagaimana kamu tergamak kufur (ingkar) terhadap Allah?"

Tergamak ke kita ni, sebagai hamba, nak mengingkari fitrah yang telah Allah tetapkan? Tergamak ke kita? Sanggup ke kita nak menghadap Illahi dengan keadaan diri penuh bersalut noda? Mohon diampunkan segala dosa.

Saya harap kita sama-sama berdoa semoga golongan-golongan ini mendapat hidayah dan beroleh petunjuk untuk sekurang-kurangnya keluar dari gaya hidup mereka yang songsang tu. Penting bagi saya untuk mengingatkan kepada semua umat Islam untuk mendoakan mereka sebab itu tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim.

Dan kepada golongan gay yang terbaca tulisan saya ni, please jangan cakap saya 'jaga tepi kain' anda or what not. Dan jangan nak ingatkan saya tentang 'kubur masing-masing' whatsoever. Cut the craps.

Sebab, kalau Allah s.w.t nak turunkan bala, dia takkan tujukan pada golongan gay saja. Saya dah pernah sebut benda ni dalam post sebelum ni. Sebaliknya, bala diturunkan ke seluruh masyarakat sekitarnya. Silap-silap haribulan tak sempat 2012, Malaysia dah tenggelam dulu dah. Naya jer..

Apa tak nya, golongan-golongan ni dah semakin 'berani' mendedahkan aktiviti dan keterbukaan seksualiti diorang kepada orang ramai. Siap post dekat YouTube lagi. Ya ampunnnnn, please la!

Amacam? Tak percaya? Kat bawah ni saya kongsi satu video yang saya cilok dari YouTube. Pengakuan seorang LELAKI yang GAY, bernama seperti nama orang MELAYU dan yang lebih sedih, seorang ISLAM.



Yang takutnya, golongan-golongan ni bukan nya golongan tercicir. Ada antara mereka yang golongan terpelajar. Tapi sayangnya, terjerumus dalam gelora nafsu yang songsang. Astaghfirullah al azim..

Saya sendiri tak tau nak nangis ke nak gelak ke nak gulin-gulin atau nak hantuk kepala ke dinding nengok mamat ni buat pengakuan berani mampos ni. Entah lah. Ini ujian Allah untuk dia.

"Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus." (Surah : Al-Baqarah, Ayat : 10)

Sama-sama lah kita doakan golongan-golongan ni diberi jalan keluar dari ujian yang membelenggu mereka. Aminn..


------------------------------------------------------------

yus cakap : Realiti dunia sekarang memang menakutkan. Dunia dah tua. Dah akhir zaman.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 23 November 2010

Fakta Tentang Planet Zuhal

Helloo!!!!

Hehehe.. Lama tak bersua.. Sengaja menggempakkan keadaan setelah lama berdiam diri. Apa khabar semua? Sihat? Ceria? Gembira? Sedih? Atau sedang berduka?

Okay lah. Taknak sedih-sedih atau berduka, jom sama-sama kita menceriakan diri dengan layan fakta-fakta tentang salah satu planet dalam sistem suria, Galaksi Bimasakti ciptaan Allah s.w.t yang Maha Besar iaitu planet Zuhal atau dalam bahasa canggihnya ialah Saturn. Almaklumlah, dah lama sangat takde entri sains dalam blog ni kan?

Apa lagi? Jom lah kita check it out!

* Planet Zuhal .. Cantiknya ciptaan Allah. Subhanallah! *


1) Planet Zuhal ialah planet ke enam dalam sistem suria, selepas Musytari.

2) Planet Zuhal adalah planet kedua terbesar selepas Musytari. Lebih dari 9 kali Bumi baru boleh mencapai saiz Zuhal.

3) Tak seperti Bumi, Zuhal terdiri dari gas hidrogen dan helium. Walaupon terbina dari bahan dan materials yang lebih padat dan berat, tapi Zuhal tak mempunyai permukaan yang boleh dipijak.

4) Gegelang di sekeliling planet Zuhal bukan terdiri dari bahan pejal, sebaliknya hanyalah debu, ais dan batu kecil.

5) Gelang tersebut sangat besar, tetapi nipis : Gelang utamanya boleh mencakupi jarak antara Bumi dan bulan, walaubagaimanapon ketebalannya kurang dari satu kilometer.

6) Sebenarnya planet lain pon banyak yang mempunyai gegelang seperti Zuhal, tapi hanya gegelang Zuhal saja yang boleh dilihat dari Bumi walaupon dengan teleskop kecil.

6) Keadaan di Zuhal adalah agak berangin. Angin di Zuhal boleh mencecah 1800 km/j. Sebagai perbandingan, dekat Bumi ni, kelajuan angin yang paling laju hanya 400 km/j.

7) Zuhal mengelilingi Matahari pada kelajuan yang rendah, tapi berputar pada paksinya dengan sangat laju!

8) Setahun di Zuhal lebih kurang sama dengan 29 tahun di Bumi, tapi satu hari di Zuhal adalah hanya 10 jam 14 minit (berbanding Bumi 24 jam satu hari).

9) Zuhal adalah satu-satunya planet yang kurang tumpat dari air. Ini bermakna kalau kita boleh mencipta tab mandi yang sangat, sangat besar, maka planet Zuhal ni boleh terapung-apung dalam tab mandi tu!

10) Zuhal kurang tumpat sebab hanya terdiri dari gas jer. Bumi ni macam-macam ada - batu, tanah, gunung-ganang bla bla bla..

11) Planet-planet yang bergelang ni berada sangat jauh dari Matahari dan hanya menerima 1/80 amaun cahaya dari yang kita terima di Bumi. Jadinya, Matahari nampak sangat kecil dari sana.

12) Nama 'Saturn' dalam bahasa Inggeris untuk planet Zuhal di ambil dari nama Dewa Pertanian bagi masyarakat Rom. Begitu juga dengan nama 'Saturday' yakni hari Sabtu diambil dari nama dewa tersebut.


-----------------------------------------------------------------

yus cakap : Selamat menyambut SPM untuk adik-adik yang amek SPM ek. Jawab dengan tenang, rileks saje. Kalau rasa nak terkucil tu, selawat lah banyak-banyak. InsyaAllah hilang.. Hehehhe.. Good Luck!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 8 November 2010

Malam Ini

Asal bukak Fesbuk jer mesti kita akan terserempak soalan ni :

"What's on your mind?"

Saya bukan nak mempertikaikan sama ada preposition 'on' atau 'in' yang sepatutnya di gunakan dalam pertanyaan encik Fesbuk tu. Itu sepatutnya dipertikaikan oleh guru-guru Bahasa Inggeris. Atau student-student yang berkenaan.

As for me, saya cuma nak jawab pertanyaan encik Fesbuk. Apa yang ada dalam fikiran saya sekarang is this poem. I love it. Love it so much coz it represent what's in my heart.



----------------------------------------------------------

yus cakap : Rindu.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 2 November 2010

Musim Frust

Makin hari makin cepat je rasa masa berlalu. Tinggal kurang dari dua bulan nak menuju ke 2011. Ya Allah.. Sungguh tak terasa masa berlalu.

Macam mana agaknya kehidupan anda sepanjang tahun 2010 ni? Baik-baik saje la hendaknya. Ada yang melangsungkan perkahwinan ke dalam tahun ni? Tahniah ye. Saya tumpang bahagia la.

Nak tahu something tak? Sebenarnya kan, saya pernah mengimpikan yang saya nak kahwin pada umur saya sekarang ni. 25 tahun. Tapi nampaknya, apa yang dirancang tak selari dengan ketentuan Allah.

Takpe lah. Sudah pasti ketentuan Allah ini lebih baik untuk saya. Cuma saya yang tak sedar. Hehehe..

Sedar tak sedar, sepanjang kehidupan kita ni, bermacam-macam pengalaman yang kita alami sebenarnya mematangkan kita. With or without our concern. Maksudnya, sesuatu yang pernah berlaku pada masa dulu mungkin beri kita kekuatan untuk menghadapi benda yang sama pada masa sekarang. Mungkin kalau dulu kita menangis menghadapi sesuatu perkara, tapi sekarang kita semakin tabah dan sabar menghadapinya.

Kekuatan tu takkan kita dapat kalau kita baru menghadapi kesusahan, penderitaan for the first time.

So, kalau tiba-tiba rasa sedih, rasa patah hati, senyumlah. Itu satu petanda Allah masih sayang pada kita. Tanda bahawa Allah masih 'nampak' kita. Allah masih menyayangi kita. 

* Hurmmmm.. *

Kebetulan, ada dua tiga orang kawan saya yang mengalami gejala patah hati sekarang ni. Saya tumpang bersimpati.

Kadang-kadang saya fikir, cinta ni sungguh misteri. Bila kita sayang seseorang sangat-sangat, orang tu pula mengkhianati kita. Dia yang tak menghargai kita. Kita jugak yang sedih.

Ada pulak yang cintakan seseorang, tapi takde kekuatan untuk meluahkan. Akhirnya, diri sendiri merana. Even worse, kalau yang di sana juga sebenarnya menantikan kata-kata dari mulut kita yang takde kekuatan ni. Masing-masing berdiam diri seribu bahasa. Lalu, kisahnya berakhir begitu saje.

Kadang-kadang, kita mencintai someone yang terlalu mudah mengalihkan cintanya pada seseorang yang lain. Seolah-olah cinta tu takde harganya pada dia. Kita jugak yang frust tertonggeng.

But, still, masih ada rasa sayang, masih wujud rasa cinta, masih hadir rasa rindu pada seseorang itu. Kenapa? Itu kah namanya cinta? Atau sekadar mainan perasaan?

Saya takde jawapan yang tepat untuk semua persoalan ni. Sebab cinta itu sebenarnya masih menjadi misteri pada saya.

Tapi, saya percaya pada jodoh. No matter how big the world is, if we are meant to be together, love (yakni jodoh) will lead us together. InsyaAllah.. Have faith in Allah.

Suka untuk saya ingatkan saudara saya sekalian, yang mengalami simptom frust, patah hati atau kecewa dengan cinta ni. Dont give up. Jangan pernah mengalah. Binalah kekuatan hati dari situasi patah hati sekarang ni. Percaya dengan janji Allah.

"Bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar." (Surah Ar-Ruum, Ayat : 60)

Dan suka jugak untuk saya ingatkan, pada diri saya sendiri, bahawa:

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah, Ayat : 216)

Tak percaya dengan janji Allah? Nak percaya pada sape lagi? Maka, senyumlah. Semoga hari-hari anda dan saya juga akan semakin indah dengan tertanamnya sifat redha akan ketentuan Illahi dalam diri kita.

* Senyum Seindah Suria *


---------------------------------------------------

yus cakap : I'm fine. Nothing happens to me. Hehehhe..
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sunday, 17 October 2010

Cinta Sejati

Sejak kebelakangan ni, saya selalu di 'bahan' oleh kawan-kawan saya. Terutama sekali kat Fesbuk. Semuanya berpunca dari post-post status saya yang mungkin kedengaran agak jiwang. Kalau bukan status, mungkin video yang saya share, atau link-link yang saya kongsi. Semuanya akan jadi bahan gurauan rakan-rakan, terutama sekali rakan-rakan sekolah saya yang dah lama tak jumpa.

Bukan saya sengaja. In fact, saya sendiri tak perasan yang lately, saya jadi semakin jiwang. Hehehe. Saya dah bertekad tak nak jiwang lagi dah. Tapi ntah kenapa, nak jugak TERshare status-status yang jiwang kat Fesbuk sana. Aduhaii..

In reality, saya bukanlah sorang yang jiwang. Saya rasa saya ganas la jugak. Masa saya sekolah dulu, saya ni kira brutal punya perempuan la jugak. Takde nye nak kontrol-kontrol ayu ni. Tapi, masa raya lepas, saya berpeluang jumpa kawan-kawan sekolah dulu. And reaksi diorang bila jumpa saya;

"Wah.. Yus sekarang dah lain la. Dah jadi stok-stok kontrol ayu gitu."

"Amboi Yus.. hilang dah brutal?"

"Yus skarang dah lain dah.. dah matured dah dia.."

Saya sengih je bila kawan-kawan usik saya camtu. Ntah apa yang kontrol ayu nya saya pon tak pasti. Kat mana yang matured nya saya pon tak tahu. Saya rasa saya masih macam dulu. Gelak kuat-kuat (sure takde ayu nya dah!) macam dulu jugak.

Mungkin sebab kitorang jumpa kejap je, so tak terpampang lagi sikap saya yang sebenarnya masih macam dulu. Kalau jumpa hari-hari, tau la saya macam mana.

OK lah, sebenarnya saya nak berkongsi satu kata-kata yang saya jumpa dari internet.

"Love is sweet when it's new, but sweeter when it's true."

Sweet kan kata-kata tu. Seringkali kita dengar, masa bercinta tu lah masa yang paling manis di antara pasangan kekasih. Tapi, bila dah kahwin, barulah semuanya terbongkar. Kata orang, true colors akan nampak hanya bila dah kahwin.

Memang la kan? Masa bercinta, jarang-jarang jumpa. Kalau jumpa mesti ada batas-batasannya. Mesti ada yang cover-cover sana-sini. Biasalah. Dan masa bercinta kita tak spend twenty four hours dengan kekasih hati. Kalau masa dating, makan KFC tu, boleh tolong koyak-koyakkan isi ayam tu lagi sebab si awek tak tahan panasnya.

Lainlah bila dah kahwin. Duduk serumah. Tidur sekatil. Masa tu baru tau sikap dan attitude sebenar pasangan kita tu. Twenty four hours, seven days per week mengadap pasangan tu. Mana tak nampak true colors nya. Sampai bila nak covernya perangai sebenar kita kan? Masa ni, kalau tak tahan panas bila makan KFC, bukan si suami nak tolong koyakkan isi ayam, ditempelak pulak si isteri yang nak manja-manja tu.

"Alah.. mengada-ngada. Tunggu jer la sampai sejuk, baru makan." kata si suami.

Adess.. Sadis betol. Hikhikhik~

Sebab tu la, seboleh-bolehnya, kena kurangkan lah period atau waktu masa bercinta tu. Supaya bila dah kahwin, masih banyak yang boleh di discover. Barulah ada thrill di situ. Ngehehehhe. Kalau bercinta lama-lama, sampai suatu masa kita akan rasa jemu dan bosan dengan pasangan. Itu yang kahwin tak sampai dua tiga tahun, dah terjah pintu Mahkamah Syariah. Nauzubillah la ye.

Sememangnya kita mengharapkan yang terbaik lah dalam sesuatu perhubungan. Apa lagi hubungan suami isteri. Kalau diizinkan Allah biar berkekalan ke akhir hayat dan bertemu pulak di syurga Allah. Subhanallah.

Cinta yang macam ni lah yang dikatakan cinta sejati. True love. Macam quote yang saya berikan tadi, cinta tu indah bila masih baru, tapi lebih indah bila ia cinta yang sejati.

Dalam sesebuah perkahwinan, kalau ada cinta sejati ni alangkah indahnya kan? Akan sentiasa di 'refresh' je kebahagiaan dalam alam perkahwinan. Sentiasa baru. Sentiasa indah. Alangkah bahagianya. Yang pastinya, dengan hadirnya restu dan redha dari Allah, insyaAllah bahtera perkahwinan macam tu bukanlah mustahil. Kena selalu doa dan doa dan doa la. Kan?

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah Al-Baqarah, Ayat 186)

Dalam alam perkahwinan, bila dah nampak true colors masing-masing, pasangan seharusnya menerima seadanya kelebihan dan kekurangan pasangannya tu. Tak semua sempurna. Kita sendiri pun banyak kekurangan, kenapa kita mengharapkan seseorang yang sempurna untuk melengkapkan kita?

"True love does not come by finding the perfect person but by learning to see an imperfect person perfectly."

Semoga kita berjaya memperolehi cinta yang sejati. Cinta yang diredhai Allah s.w.t. Biarlah kita menunggu lama sikit untuk cinta sejati tu muncul, sebab insyaAllah, cinta sejati tu berbaloi dengan penantian kita.

 * True Love Is Hard To Find but It Is Worth Waiting and Fighting For *


-------------------------------------------------------------

yus cakap : Nak lebih banyak Love Quotes? Klik jer kat link tu and anda boleh dapat quotes yang memang bapak jiwang! Hahahha..
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Saturday, 2 October 2010

Mertua Vs Menantu

Tengah hari tadi seperti hari Sabtu pada setiap awal bulan yang sebelum ni, saya jalan-jalan bershopping barang-barang dapur kat Econsave. Terpandang saya pada salah satu tajuk berita akhbar Berita Harian.

"Mahligai Rita, Aidil Goyah"
Saya berasa agak terkejut dan terpana la sekejap bila tengok tajuk berita tersebut. Untuk masa yang sebentar, saya ambil masa untuk baca petikan beritanya.

Sedih. Simpati. Tu jer yang sempat saya rasakan pada waktu tu. Disebabkan nak cepat saya terus bergegas balik rumah.

Selesai je memasak apa yang patut, mengemas dapur dan basuh baju, saya on laptop dan terus jer melayarkan diri ke web Berita Harian Online.

Alkisahnya, kegoyahan berlaku bukan kerana pihak ketiga, keempat atau kesepuluh dalam perhubungan mereka. Tapi, disebabkan campur tangan keluarga mertua.

Aduhaii.. Saya tumpang bersedih dengan kejadian macam ni. Bukan sikit perkara macam ni terjadi dalam Malaysia ni. Cumanya, disebabkan Rita Rudaini adalah aktress dan Aidil Zafuan adalah pemain bolasepak terkenal, makanya, berita seperti ini digembar-gemburkan.

Kasihan. Tak tahu kenapa tapi saya rasa kasihan pada Rita. Sudahla masa kahwin dulu pon macam-macam kontroversi timbul. Sekarang ni, bila dah kahwin, dah ada anak pon masih tak habis-habis lagi 'persengketaan' antara mertua dan menantu.

 * Jangan Pisahkan *

Sudah-sudah la. Buat apa nak diganggu masjid dan kebahagiaan si anak lagi? Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Masih susah kah nak menerima si menantu? Kalau pon tak suka si menantu, janganlah diganggu kehidupan mereka anak-beranak. Kesian kat anak Rita dan Aidil tu.

Walau apapon alasan, anak teruna mereka sekarang sudah pon bergelar suami. Maka, tugas si suami ialah sebagai ketua keluarga. Kalau ada masalah dalam rumah tangga mereka, biarlah si suami yakni ketua keluarga yang menyelesaikan. Biar mereka sendiri yang berusaha mencari penyelesaian.

Berdasarkan firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 34 :

"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

Melihat pada ayat tersebut, Allah menekankan bahawa :

1. Lelaki itu pemimpin bagi kaum wanita.
2. Wanita mestilah taat pada suami.
3. Kalau wanita dikhuatiri derhaka pada suami, perkara pertama yang Allah tekankan ialah NASIHAT.
4. Kalau masih derhaka, pisahkan tempat tidur.
5. Masih juga derhaka, pukul.
6. Kalau mereka taat, JANGAN cari jalan menyusahkan mereka (wanita).

Secara amnya, sebagai orang tua, bila anak-anak dah kahwin, anda dah jadi macam 'orang luar'. Bukan maksudnya perlu disisih terus, tapi berpada-pada lah kalau nak melibatkan diri dalam rumah tangga diorang. 'Orang luar' tu maksudnya orang yang di luar rumah tangga diorang. So, all that 'orang luar' boleh buat is bagi pandangan, bagi pendapat dan cadangan yang boleh membaiki perhubungan, bukan masuk campur seratus peratus, dan memaksa mengikut kehendak mereka.

Saya pon tak faham kenapa ibu bapa sendiri nak mengganggu kehidupan rumah tangga anak-anak mereka. Saya tengok dalam drama-drama kat tv pon selalu ada kisah macam ni. Ada yang lagi teruk, menghasut si anak supaya meninggalkan pasangannya. Ada jugak yang memporak perandakan kehidupan anak dan menantu.

Apa ni?? Tak tahu kah yang meruntuhkan masjid tu satu dosa besar? Isk~

Pada pandangan saya, cubalah restui kehidupan rumah tangga diorang. Dah la. Tanggungjawab ibu bapa kira dah lepas bila si anak dah kahwin. Cuma seperti yang saya katakan tadi, kalau nak bagi pandangan dan bantuan tu boleh la kan. Bukan tambah memporak perandakan rumah tangga diorang.

Aduhaaii..

Macam-macam cerita dalam kehidupan ni kan? Yang tak kahwin dengan cara tak kahwinnya, yang kahwin masalah lain pulak timbul. Hurmm..


-------------------------------------------------

yus cakap : Payah bila ada yang tak suka tengok kebahagiaan orang lain. Waduhhh~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sunday, 26 September 2010

Bunga Cinta

Sedar tak sedar dah hampir sampai ke penghujung bulan September dah kita. Mungkin masih belom terlewat kot untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk sekalian pembaca blog saya yang hidup segan mati tak mahu ni. Hehehe..

Saya mintak maaf zahir dan batin sekiranya selama saya berblog, dalam penulisan saya, ada terselit kata-kata 'pedas' sehingga mengganggu perasaan anda. Sesungguhnya saya tak berniat. Saya hanya mengutarakan pendapat dan pandangan, dan tanpa saya sedari, terkadang ia mengusik perasaan anda.

Wah. Secara tiba-tiba ayat saya jadi berbunga-bunga pulak. Hehehe..
 * Bunga-bunga cinta.. Hiks~ *

Saya masih ingat masa mula-mula saya cipta blog ni. Matlamat saya untuk berkongsi pandangan, mungkin jugak pengetahuan, di samping menyelitkan pengajaran di sebalik (dan di setiap) tulisan saya. Dengan sebab itu, saya benar-benar berharap, kalau ada tulisan-tulisan saya yang entah macam mana 'terkena' batang hidung anda, ambillah pengajaran di sebaliknya. Saya minta maaf yee.

Tapi, nak buat blog ni pon perlukan komitmen jugak kan? Bukan sekadar suka-suka.Tengok la blog saya ni. Dah macam nak mampos je. Lama tak di update. Nak kata sibuk sangat sampai tak sempat berinternet, tak jugak. Setiap hari ada jer masa saya dihabiskan untuk Fesbuk. Cuma, lately, kekurangan idea dan 'rasa' nak berblog ni.

Lagi satu, saya rasa ralat la pulak kalau blog ni saya update dengan post-post peribadi semata-mata. Sape lah yang sudi nak baca luahan hati saya setiap hari kan? Boleh muntah jer. Hehehe.. Akibatnya, sunyi la blog ni dari new update.

Minta maaf ye kawan-kawan. Sebab telah 'mematikan' blog ni selama beberapa lama. Saya belom cukup hebat dalam memastikan blog ni sentiasa berupdate. Komitmen. That's the main attitude to keep a blog alive. And I am lack of that. Ergh~

Sorry sangat-sangat. Saya harap masih ada la yang sudi singgah umah buruk saya ni. Please ye. Hehehe..

Apa agaknya perkembangan kawan-kawan blogger saya? Mintak maaf sebab dah laaaaaaaamaaaaaaaaaaa saya tak jenguk blog anda semua. InsyaAllah, lepas ni saya akan rajinkan balik diri saya memblogwalking (wah.. lama tak guna word ni).

Perkembangan saya pulak. Hurm. Macam biasa je. Still single. Hahaha.. Tapi, (ye.. ada tapi) sekarang ni, secara ikhlasnya saya bagitau anda, kawan-kawan blogger yang baca ni, sekarang ni saya sedang dalam proses mengenali hati budi seorang lelaki. Masih di Fasa Pertama. Fasa berkenalan. Belom fasa bercinta lagi ek. Hehehe..

Kalau ada keserasian, kalau ada jodoh, insyaAllah akan masuk la ke fasa-fasa seterusnya. Kalau tak, di sini saje la. Doakan agar ade la jodoh tu ye. Tengkiu! Hehehe..


----------------------------------------------------------

yus cakap: Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sunday, 15 August 2010

Fobia

Semua orang tahu, fobia tu bermacam-macam jenis. Dan gejala fobia ni different bagi setiap manusia. Ada yang serius, ada jugak yang minor saje.

Dulu masa kecik-kecik, saya takut dengan ketinggian. Bahasa canggihnya, Acrophobia. Even if bila saya berdiri kat tingkat 3 sesebuah banggunan pon, saya dah rasa seram sejuk. Rasa pening, nausea, dizzy, macam-macam lagi la.

Tapi, sekarang saya dah berjaya overcome fobia tersebut. Err.. Takdela sepenuhnya tapi kalau setakat tingkat 3 atau 4 atau 5 tu, saya dah tak rasa kelam-kabut sangat kalau tengok ke bawah. Masih ada sikit-sikit rasa mual, tapi OK la. Tak teruk sangat dah.

Cuma dari dulu sampai sekarang, saya takut dengan tangga. Saya takut betol kalau memanjat tangga. Tak kira la sikit atau banyak anak tangga tu. Saya mesti kena pegang holder kat tepi tangga tu. Risau betol kalau tetiba saya jatuh terbalik ke belakang. Isk.. Nauzubillah.

Bila saya search-search kat internet tentang 'fobia takut tangga' ni (atau nama canggihnya Stepnophobia), rupa-rupanya ia dikategorikan dalam Acrophobia jugak. Antaranya, takut tinggi, takut panjat tangga, takut elevators dan yang sewaktu dengannya. Semua tu dalam kategori Acrophobia. Maka, frust la saya. Ingat dah dapat overcome takut tinggi, rupanya still ada penyakit ni. Hehehehe..

Selain tu, saya jugak mengalami sejenis fobia terhadap jarum suntikan. Itu namanya Trypanophobia. Actually, segala yang berkaitan ubat, doktor, hospital, jarum suntikan - semua saya fobia!

Yang terbaru, saya baru overcome satu jenis fobia yang saya alami. Actually benda ni dah wujud dalam diri saya sekian lama. Berdasarkan segala pengalaman dan perkara yang pernah berlaku dalam diri saya, saya baru sedar saya mempunyai gejala Arrhenphobia. Saya tak sangka pulak kewujudan fobia jenis ni.

Apa tu Arrhenphobia? The answer is : Fear of men.

Macam hape je dengar kan? Tapi saya sedar saya memang alami benda ni. Saya memang tak pernah bercinta, tapi saya banyak la jugak kenal-kenal manusia berlainan jantina melalui internet. Yes. Saya salah seorang penggemar chatting di zaman muda-muda. Kat situ la saya kenal mereka.Kat alam nyata ni saya memang tak pernah rapat dengan lelaki. Haaa~

Tak payah la saya cerita semua yang terjadi dalam hidup saya yang berkaitan manusia-manusia lelaki yang saya pernah kenal ni. Tapi segala yang berlaku telah mematangkan saya dan hasilnya, saya mengalami fobia terhadap lelaki.Dan atas sebab fobia ni jugak la, amat susah untuk saya 'cuba' rapat dengan lelaki, maka sebab itu saya tak pernah 'bercinta', dan mungkin atas sebab tu la saya takkan berkahwin.

Errkk??!! Sangat berkaitan semua tu.

Namun, bila saya tanya pakcik Gugel tentang fobia ni, saya jumpa benda ni di anxietycure.org :

Arrhenphobia is an unnatural fear of men which can hamper one’s progress in life. Men are prevalent in all walks of life, and thus this fear has to be eradicated. Unlike envisioned, arrhenphobia is curable; you just have to approach the right people.

Note that -->  you just have to approach the right people. Hehehhee..

The right people. Itu la yang dinanti-nanti. Mungkin akan tiba masa saya bertemu the right people dan saya akan hapuskan fobia ni. Yess!


----------------------------------------------------------------------

yus cakap : Macam-macam jenis fobia. Nama fobia pon sedap-sedap.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 11 August 2010

Berdoalah Pada Allah s.w.t

Ada orang pernah cakap, kita kalau berdoa, doa yang baik ialah doa minta kekuatan dari Allah supaya dapat kita tempuhi apa sahaja ujian yang diberiNya. Kata orang tersebut lagi, macam sia-sia untuk kita, hambaNya nak mintak kekayaan, kegembiraan, kebahagiaan dan segala jenis kebaikan, kalau kita tak kuat untuk hadapi ujian di sebalik pemberianNya itu.

Mula nya saya terfikir, benar juga. Untuk apa kekayaan kalau kita tak dapat melawan nafsu bila dah kaya. Tak guna segala kekayaan kalau kita secara tiba-tiba berubah menjadi Haji Bakhil. Untuk apa juga kebahagiaan kalau kita tak dapat menghadapi ujian di sebalik kebahagiaan yang Allah bagi pada kita.

Tapi, hakikatnya, Allah itu Maha Pemurah. Allah itu Maha Adil.

Minta lah apa juga yang kita inginkan. Dia Pemilik alam semesta yang maha luas ni. Dia Raja Pemerintah yang memiliki segala-galanya. Malah, Allah sendiri dah pesan kepada hamba-hambaNya supaya minta tolong padaNya. Jangan jadi sombong, sampai taknak meminta pada Dia, Tuhan semesta alam.

Namun, jangan dilupa. Allah itu Maha Adil. Jika ada suka, maka akan ada dukanya. Jika ada sengsara, insyaAllah akan tiba bahagia. Yang penting harus yakin dan tawakkal pada Allah.

Jadinya, tak salah untuk kita minta kebahagiaan, atau kekayaan, atau kesenangan atau apa saja. Yang penting, mintak jugak Allah beri kita kekuatan untuk menghadapi ujian dan dugaan hidup ini. Berdoalah pada Allah moga kita sentiasa tetap di atas jalan agamaNya yang lurus.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali-Imran (Ayat 8) :

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."

Kadang-kadang kita mudah nak menyalahkan takdir bila berlaku perkara yang berbentuk musibah. Sedangkan takdir itu tertulis dengan kalam Allah, dan pastinya ada kebaikan dan hikmah tertentu.

Kadang-kadang kita lupa Tuhan bila kita diberi kesenangan. Lupa untuk bersyukur. Lupa untuk berterima kasih pada Allah yang memberi bantuanNya pada kita.

Inilah permulaan baru kita. Permulaan kepada yang lebih baik. Berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik, insyaAllah. Sempena Ramadhan 1431 kali ini.

*Gambar dari pakcik Google*

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

"Permulaan (awal) Ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya (penghujungnya) pembebasan dari api neraka." (Hadis Nabi s.a.w)


-----------------------------------------------------------

yus cakap : Salam Ramadhan buat semua kawan-kawan yang sudi singgah di rumah buruk saya ni. Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.w.t hendaknya. Doakan untuk saya jugak ye.. Timer kasih..
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Saturday, 7 August 2010

Because I'm A Girl

Masa saya study dulu, sekitar tahun 2005 atau 2006 gitu, ada satu video klip yang saya ambil dari seorang kawan. Lagu nya sangat, sangat menyentuh perasaan. Saya sangat suka lagu dan video klip tersebut sehingga saya nangis everytime saya tengok. Video tu bersemadi dalam PC saya sekian lama sampai la PC saya telah merosakkan dirinya sendiri sejak setahun (or dua tahun) yang lepas. Dan terpaksa diformat semula (yang mana sekarang dah rosak balik PC tu). Sejak tu saya dah lama tak tengok video tu.

Tapi, walaupon begitu, setiap jalan cerita klip video tu sangat saya ingat. Sampai sekarang.

Entah kenapa, sejak dua tiga hari lepas saya rasa nak sangat tengok video tu balik. Masalahnya, saya tak tau tajuk lagu or penyanyi nya. Yang saya ingat ada perkataan 'Kiss' pada awal minit klip tersebut. Mungkinkah penyanyi nya? Atau tajuk lagunya? Saya pon tak pasti.

Maka bermula pencarian saya dua hari lepas. Saya cari dekat YouTube. Dengan kata kunci nya Kiss.

Silap besar saya bila yang muncul, merupakan video-video yang.. erm.. 18SX.

Cesssttt~

Lalu, semalam saya tanya pakcik Google. Dan saya memang salute pakcik Google. Saya rasa semua benda dalam dunia ni dia tahu. Hurmmm~

Mula-mula saya letak word 'Kiss'. Tapi pakcik Google kasi jawapan pelik-pelik jugak. Lantas, baru saya teringat yang klip tersebut dari negara Jepun (dulu saya percaya begini), so saya taip 'Japanese singer Kiss'.

Nasib baik pakcik Google memberi kerjasama yang cukup baik. Saya dah dapat klip tersebut. Sangat, sangat suka hati ini!

Setelah menyelidik sedikit sebanyak, baru saya tahu, klip tersebut dari penyanyi Korea, bernama Kiss. Tajuknya 'Because I'm A Girl'.

Saya paste kat sini untuk tatapan anda semua. Ada banyak video berkaitan, tapi yang ni best sebab ada lirik (Korean and English). Memang sedih giler!

Baiklah. Untuk yang berjiwa lembut macam saya, sediakan tisu. Sekian, terima kasih. Enjoy.




-------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Sampai sekarang, bila tengok klip video ni, saya still tersentuh. Nangis lagi. Cesstt~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 19 July 2010

Marah Itu Dari Syaitan

Saya pernah mendengar satu kata-kata hikmah yang berbunyi begini;

"Seorang yang kuat bukanlah seseorang yang berupaya melawan lawannya. Sebaliknya seorang insan yang kuat ialah seseorang yang dapat menahan marahnya di saat dia marah."

Rupa-rupanya memang payah nak menahan marah. Saya sendiri sangat senang nak marah sekarang ni. Paling saya mudah marah semasa atas jalan raya. Saya memang sangat, sangat marah bila driver yang drive dengan (sangat) slow. Geram betol saya. Tapi, marah marah saya pon takdelah sampai nak bukak tingkap and memaki tak tentu hala or mengeluarkan isyarat-isyarat yang tak sedap dipandang. Setakat marah dalam hati and bising kat telinga sendiri jer.

Baik. Berkenaan marah ni, Nabi Muhammad s.a.w ada berpesan, kata Nabi s.a.w kalau masa kita marah tu kita tengah berdiri, hendaklah kita duduk. Kalau tengah duduk, berdiri lah. Tak pon berbaring. Kata Nabi, marah ni dari syaitan. Syaitan itu dijadikan dari api. So, untuk menghapuskan hasutan syaitan masa tengah marah ni, paling mudah ambillah wuduk.

Ehem. Cuba anda fikirkan. Apakah perkara yang paling membuatkan anda marah? Rasa-rasanya dapat tak anda menahan marah bila anda benar-benar marah?

Agak sukar nak menjawab hal tersebut kalau kita tak berada dalam situasi yang sebenar.

Macam apa yang terjadi hari ni. Sesampai saya di rumah petang tadi, selepas mengharungi satu hari yang sangat-sangat memenatkan kat lab dan opis, adik perempuan saya menghulurkan satu 'surat cinta'.

Tak sedap hati saya bila terlihatkan kepala surat berkenaan. Dari sekolah adik lelaki bongsu saya. Rasa berdebar-debar dalam hati. Entah apa pulak hal nya adik saya ni.

Selepas menghabiskan suapan makan kat mak, saya bukak sampul surat and baca. Adik perempuan saya dah baca surat tu. Mukanya kelat. Saya tambah berdebar.

* Nengok tajuk pon saya dah pengsan sekejap *

Apa lagi yang boleh saya katakan? Sakit jantung saya bila dapat surat dari pihak sekolah gitu. Saya tahu memang dia terlibat dengan aktiviti merokok ni. Saya pon dah pernah bercakap dengan dia soal ni. Dah pernah kena belasah dengan abang dia pon sebab kes merokok ni. Tapi tak berkesan pon.

Dulu saya kata pada dia,

"Kalau nak merokok sekalipon, jangan sampai tak belajar. Pelajaran jangan lupa. Rokok tu rokok jugak, jangan buat benda yang bukan-bukan pulak."

Saya dah bagitau benda tu. Tapi rupa-rupanya dia tak kisah pon. Mana tak lemah jantung saya ni?

Saya dah penat otak dah. Begitu banyak benda saya nak kena fikir. Dari hal kerja, hal rumah, hal duit, hal mak, dah cukup menyakitkan kepala hotak saya, ni sekarang tambah lagi satu hal.

Dalam hati saya marah jugak tadi. Tapi, saya taknak mak khuatir. Jadinya, saya buat-buat rileks jer. Adik perempuan saya dah bising. Dia emosional sikit. Tapi saya faham. Dia risaukan adik saya tu. Sape yang tak risau? Hujung tahun ni nak amek SPM, tapi haram tak pernah nampak dia study.

Pastu, dah habis SPM nanti nak buat ape kalau result teruk? Bukan nak doakan, tapi kalau tak study camna nak excel? Itu yang adik perempuan saya risaukan.

Tapi, ada ker adik lelaki saya ambil kisah? Rasanya tak kot. Dia dok senyap-senyap dalam bilik sambil pekap bantal ke telinga.

Sebenar-benarnya, seperti saya katakan tadi, saya marah jugak dengan keadaan ni. Apa taknya. Duit sekolah dok bagi tetiap minggu, dia guna beli rokok. Kita harapkan dia pergi sekolah belajar, dia pergi merokok, melepak. Bukan saya tak pernah nampak dia melencong ke lain sebelum pergi ke sekolah, cuma saya ni tak suka bising-bising. Dan tak suka fikir negatif. Tapi, benda negatif jugak yang dilakukannya.

Tak ke hancur hati seorang kakak ni? Aduhaiii..

Memikirkan tentang hakikat marah dan asal-usulnya tadi, saya cuba tenangkan hati. Nak bising-bising pon serba-salah. Nanti mak risau. Adik pulak bukan makan saman.

Saya masuk bilik air. Cuci muka yang penat lepas balik kerja. Then saya masuk bilik adik lelaki saya.

"Kenapa buat hal kat sekolah ni?" Saya cakap pada dia.

Dia terus menuju ke katil. Pura-pura tidur. Bantal ditekap ke telinga. Saya mengeluh pendek.

"Kan dah cakap hari tu. Kalau nak merokok ke mende, pelajaran jangan lupa. Ni wat hal kat sekolah pulak. Nasib baik takde kesalahan ponteng. Tu yang lambat tu pi merokok dulu la kan?" Saya slow talk dengan dia.

Saya tak harap apa-apa jawapan dari dia. Sebab memang dah jadi tabiat, dia takkan bersuara punya kalau ditegur. Memberontak la tu.

Sebab tu saya tak cakap banyak. Biar dia fikir sendiri. Cuma saya ingatkan dia,

"Kami cakap macam ni bukan kami benci. Tapi kami sayang. Tusebab la kami tegur."

Saya berdoa pada Allah s.w.t, semoga dia akan berubah menjadi lebih baik. Aminn.


----------------------------------------

yus cakap : Macam-macam masaalah daaa.. :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 13 July 2010

Pesta Saman Menyaman

Saya sedang menonton Buletin Utama TV3 bila berita tentang seorang bapak yang menyaman anak kandungnya sebab si bapak ni dah menjaga cucu-cucunya (yakni anak-anak kepada anak kandungnya) selama dua tahun. Agak terkejut saya dengar berita tu sebelum saya sedar yang menganjak ke umur tua Bumi, macam-macam boleh jadi sekarang ni.

Bukanlah pelik sebenarnya mak saman anak, bapak saman anak, anak saman bapak, artis saman produser (Err.. Silap kes le puleks.. Cessttt~) dan macam-macam kes saman menyaman lagi la. Almaklum, kiamat pon dah dekat, dan ni pon antara tanda-tanda kiamat, so no wonder la.

* Like father, like son. Oooppsss~ *

Berbalik pada kisah bapak saman anak tadi, saya bukanlah nak sebelahkan mana-mana pihak, sebab first of all, saya tak berada di tempat mereka. Jadinya saya tak tahu situasi sebenar.

Mungkin si bapak dah kehabisan duit sebab menjaga cucu-cucunya. Mungkin jugak anaknya kedekut sangat sampai tak pernah kirim sesen pon pada si bapak yang menjaga cucunya. Mungkin si anak kesempitan duit, tak dapat nak kasi pada bapak dia. Mungkin si bapak harap anak dia akan ambil balik cucu-cucu yang dijaganya. Mungkin si anak ingat bapak dia lakukan dengan ikhlas. Mungkin, dan pelbagai jenis mungkin lagi.

Segalanya berkemungkinan. Sebab tu saya tak berpihak pada sesiapa.

Dan yang (mungkin) pasti, ia berkaitan duit la.

Kalau tak berkaitan duit, pasal apa lagi kan? Saman tu pon bernilai RM 200, 000 RM 20, 000. Banyak tu!

Saya pon tak peduli la kisah kedua beranak tu. Pegi mampos la kes saman menyaman ni. Nak saman? Saman la. Itu anak pakcik. Suka hati pakcik la.

Yang membuat saya berfikir sejenak tentang kes ni ialah keadaan emosi dan perasaan cucu-cucu yang dijaga pakcik ni. Kesian bebudak ni. Bukan budak kecik pon. Sorang tingkatan 3, sorang lagi tingkatan 1 (kalau tak silap pendengaran saya tadi). So dah besar-besar. Dah boleh berfikir (walau tak matang lagi).

Dan sebab diorang tak cukup matang la yang saya kesian. Sebab dalam keadaan macam ni, pelbagai benda yang diorang akan fikir. Tak mustahil mereka akan rasa seperti 'bahan buangan' yang menjadi beban kepada datuk dan ayah mereka sendiri.

Ish.. Kesian..

Remaja, di saat belasan tahun ni, emosi dia tak tentu arah. Tunggang terbalik. Terutama sekali bila berlaku kes-kes pergolakan dalam keluarga ni. Senang diorang nak memberontak. Mudah jer diorang nak 'melepaskan' segala yang bersarang dalam dada tu.

Mula la diorang join Mat Rempit dan Minah Disko. Bukan apa, nak release tension. Duduk rumah, datuk dok ngungkit kisah bapak yang tak reti kasi duit.

"Penat aku jaga korang ni. Makan pakai sumer guna duit aku. Nak harap bapak korang, sesen pon haram! Nasib baik aku ada, kotidak korang merempat kat tepi jalan tu."

Mungkin ini bebelan yang selalu diorang telan. Mana tahu satu hari nanti bebelan inilah yang membuatkan diorang keluar dari rumah. Join member merempit lagi bagus. Ponteng sekolah gi main bowling lagi masyuk.

Inilah fikiran sang remaja yang masih belum matang.

Dan si dewasa yang matang terus-terusan melepas 'geram' pada si remaja tanpa ingin memahami situasi si remaja.

Nanti bila wujud kes kena tangkap sebab dadah, kena tangkap sebab buang bayi, kena serbu dek JAIS, kena itu, kena ini, mula la salahkan pihak sana, pihak situ. Tuding jari sana sini. Padahal institusi keluarga sendiri tak dijaga dengan baik.

Bukanlah saya doakan yang tak baik terhadap keluarga tu. In fact, that's general. Secara am nya berlaku dalam keluarga-keluarga zaman sekarang ni.

Inilah realiti zaman sekarang. Kalau tak berlaku dalam kes bapak saman anak ni pon, realiti ni berlaku dalam keluarga lain. Sebab tu kita sekarang semakin lemah. Bila institusi keluarga lemah, sebenarnya ia boleh menggoyahkan kekuatan sesebuah negara. Cuba fikirkan.

Saya rasa pakcik yang saman anak dia tu bukanlah kesempitan duit kot sampai nak menyaman anak dia sebanyak amaun tu. Sebab sebelum boleh menyaman, dia kena hire lawyer dulu. Dan nak hire lawyer, bukan murah. Kan? Dah tu sebab apa sampai nak menyaman anak sendiri? Hurmm.. Entah la..


--------------------------------------------------------------

yus cakap : Tunggula esok, mungkin si anak pulak yang akan muncul membela diri. Lalu, akan terbukalah aib keluarga mereka. Haiz~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 5 July 2010

Entri Penat

Ehem. Apa nak tulis eh? Rasa kekok nau le saya nak menulis sekarang nih. Actually, saya tak reti dah nak menulis. Tapi takde la hasrat nak 'menguburkan' dan 'merobohkan' rumah saya ni walaupon segan yang amat sebab macam dah lama giler tak mengupdate blog.

Bukan hape, sibuk yang tersangat sekarang ni. Kerja baru saya sekarang ni semakin melimitkan masa untuk saya mengambil tahu hal ehwal semasa, idea nak menulis pon semakin berkurang. Lagi pulak, saya dah stay dengan family. Jadinya, saya dah tak boring. Bila dah tak boring, takde la saya ngadap tenet je kerja.

Actually, saya baru jer balik dari KL semalam. Menghantar adik lelaki saya yang dapat sambung study kat UM. Dia dapat course Engineering (Civil). Seronok + bangga la jugak sebab so far kami adik-beradik berjaya mengabulkan hasrat arwah abah yang nak kitorang sambung belajar ke universiti. Alhamdulillah.

* (Gambar fail) Adik lelaki yang sambung study tu berada di hujung sebelah kanan *

Tinggal adik bongsu saya jer sekarang ni. Tahun ni dia akan ambil SPM. Tak tau la macam mana. Hopefully dia OK la jugak.

Adik lelaki saya yang bongsu ni nak kata tak pandai, tak la jugak. Tapi dia ni malas sikit. Kerja sekolah tak pernah nampak dibuatnya pon. Asyik-asyik tido. Bangun tido, makan. Uhuk~

That's why masa hantar abang dia ke UM hari tu, saya insist nak bawak dia sekali. Sebab saya nak motivate and phsyco dia sikit. Hopefully, terdetik la kat hati dia nak ikut jejak langkah kakak-kakak dan abang dia ni. Uhuk~

Penuhla kereta kecik saya bila satu family hantar adik saya ni ke KL. Mak yang tak boleh berjalan pon nak jugak pergi hantar. Nak sangat-sangat ikut. So, bawak la. Usung la mak. Tapi, saya tau mak jugak seronok sebab anak dia dapat masuk U. Adik saya ni pon ada sejarah sendiri jugak.

Dulu masa abah baru meninggal, dia Form 2. Mungkin emosi kurang stabil, dia rebel. Kat sekolah dia buat hal. Tak fokus dalam kelas. Pendiam. Rules pon tak ikut. Rambut tak gunting. Baju tak tuck-in. Baju sekolah yang saya dah gosok tak dipakai, dia pakai baju tak bergosok. Nak tunjuk degil dia. Mak pon tak boleh cakap apa masa tu. Tak diendah pon.

Berapa kali mak dipanggil ke sekolah sebab cikgu cakap dia degil. Kerja sekolah tak buat. Pastu bila ditanya tak jawab. Berkawan dengan budak nakal. Macam-macam lagi la masalah dia. Cikgu-cikgu pon kenal. Segan jugak bila terserempak cikgu kat pasar malam, and cikgu mula sebut tentang perangai-perangai nakal adik lelaki saya tu.

Masa tu, saya baru jer masuk UTM. Nak cakap atau slow talk dengan dia memang tak boleh. Kalau boleh pon mesti tak diendahkan. Yang saya boleh buat hanya berdoa. Dan tak push dia. Ikut aje la perangai dia.

Nasib baik semakin lama dia semakin OK. Study pon makin OK. Cuma dia agak reserved sikit. Kurang bercakap dengan kami, malah dengan mak pon tak banyak ceritanya. Setiap hari waktu tu, saya berdoa semoga hubungan kami adik-beradik akan baik.

Saya rasa doa saya dimakbulkan Allah melalui ujian yang Allah beri. Allah uji keluarga saya dengan keadaan mak yang tak sihat (tak boleh berjalan). Tapi dengan ujian ini, Allah telah satukan kembali hati kami sekeluarga. Adik lelaki saya yang selama ni 'kurang' mempedulikan family semakin rapat dengan mak, semakin dekat dengan family.

Inilah hikmah di sebalik ujian yang Allah beri. Sangat bersyukur. Alhamdulillah.

That's why saya dapat rasakan betapa sejuknya hati mak bila adik lelaki saya ni berjaya sambung pengajian ke universiti. Seronok sangat mak dapat hantar adik ke UM semalam. Sampaikan bila tanya "Mak letih tak?", jawapan mak "Tak." dengan senyum simpul. Suka la tu.

Sebelum berpisah dengan adik saya kat U dia, sempat la dia bersalam dengan mak. Mak yang sensitif dah sah-sah la menitis airmata tu.

Saya terkejut jugak bila nampak adik lelaki saya menitiskan airmata. Menitis airmata dia jatuh ke pangkuan mak. Masa tu adik perempuan saya pon apa lagi, jatuh jugak la airmata. Saya yang jiwa lembut ni pon, nak nangis jugak, tapi tahan jer. Bukan nyer nak pergi medan perang pon adik saya tu. Nak sambung study jer. Apa yang nak nangis sangat kan? Isk~

Saya tenangkan adik dan mak. Dalam hati saya pon rasa cam nak bersembur airmata gak. Jiwa lembut la katakan. Errkk??!!

Akibat terlalu letih dan penat sebab saya sorang yang drive ke KL tu, saya pon cuti la hari ni. Best best..


----------------------------------------------------------

yus cakap : Tak sangka lelaki pon nangis jugak kan? Uhuk~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 21 June 2010

Demam World Cup

Semua orang sekarang dah demam. Demam ni muncul 4 tahun sekali jer. Kat tempat kerja sembang pasal World Cup. Dalam Fesbuk pon sama. Gambar profile sekarang rata-rata dah tukar jadi jersi. Dah tak desperado nak tunjuk muka yang cumel-cumel and ensem-ensem. Semua nak tayang jersi pasukan kegemaran memasing.

Alahai. Tak payah nak cakap orang la. Saya pon sama. Dulu kucen cumel jer selalu jadi wajah saya.  Sekarang 'wajah' profile Fesbuk saya ialah jersi kuning dengan palitan sikit-sikit kaler hijau.

* Ini 'wajah' saya sekarang *

Cumel tak jersi saya tu? Mestila kuning sebab saya sukung Brazil. Dan no 9 sebab saya suka no tu. Ehehe..

Sekarang pon saya sedang berjaga sebab baru lepas tengok pasukan kegemaran saya beraksi.

Dan seperti yang saya shout out kan dekat Fesbuk saya tu, perlawanan dah tamat dengan Brazil menang 3-1 against Ivory Coast (Cote d'Ivoire). Tapi, yang sedihnya Kaka dapat hadiah kad merah!

Wuarghhhh! Tensen tensen!

Tak dapat la nak nengok Kaka yang hensem ni beraksi lepas ni! Ah.. tensen!

* Oh.. Kaka.. Sungguh tak adil pengadil tersebut! *

Takdo mood dah eden nak nulis nih. Cesstt~


---------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Saya suka tengok bola. Tapi sampai skang tak faham, offside tu apa eh???
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 14 June 2010

20 Fakta Tentang Mimpi

Bila dah lama tak menulis nih, rasa macam 'ketat tangan' jer nak menulis semula kat blog saya ni. Rasa macam dah tak reti nak start. Nak tulis apa ya?? Idea pon macam menghilangkan diri jer. Isk~

Baiklah. Sebagai permulaan semula a.k.a comeback saya ke alam blogging ni, saya nak bercerita tentang mimpi. Apa signifikannya topik mimpi dengan comeback saya?


Entah. Saya pon tak tahu.

Actually, sebagai comeback, saya rasa bagus jugak kalo saya start dengan entri yang rileks jer dulu. Senang nak tulis, bagi saya. Dan senang nak hadam, bagi anda yang membaca. Yang pasti, tetap ada info dan knowledge untuk dikongsi.


Fakta Tentang Mimpi 

1. 1/3 dari kehidupan kita dihabiskan dengan tidur.

2. Secara purata, dalam sebuah kehidupan, kita menghabiskan sejumlah 6 tahun untuk bermimpi (ketika tidur). Ini bermaksud, melebihi 2,100 hari kita dihabiskan dalam dimensi yang berbeza!

3. Pada zaman kegemilangan Rom dulu, mimpi yang 'tragis' dan dianggap mempunyai maksud tertentu akan diserahkan pada Senate untuk analisis dan terjemahan.

4. Setiap orang pernah bermimpi. Kalau anda tak ingat mimpi anda tak bermakna anda tak pernah bermimpi. In fact, dalam tidur yang normal, kita boleh mengalami beberapa 'babak' mimpi.

5. Mimpi tu penting jugak sebenarnya. Ia adalah indication yang menunjukkan kekurangan protein dalam badan ataupon kemungkinan salah satu jenis personality disorder.

6. Secara purata, kita boleh bermimpi antara 1 hingga 2 jam setiap malam. Maknanya, kita boleh mengalami sehingga 4 mimpi berbeza dalam satu malam.

7. Orang buta jugak bermimpi. Samaada bermimpi secara visual atau tak, ini bergantung pada jenis kecacatan mereka. Whether diorang buta sejak lahir atau selepas mereka lahir. Tapi, mimpi bukan setakat visual saje. Bunyi, sentuhan, bauan juga boleh menjadi satu item dalam mimpi orang buta, depends on sense yang mana yang paling sensitif pada diorang.

8. 5 minit selepas tamatnya sesuatu mimpi, kita akan terlupa separuh dari jalan cerita mimpi. Selepas 10 minit, hampir 90% yang akan kita lupakan.

9. Perkataan mimpi ni adalah singkatan dari word zaman Middle English, 'dreme' yang bermaksud 'kesukaan' dan 'muzik'.

10. Lelaki selalunya cenderung untuk bermimpi tentang lelaki lain, sedangkan wanita bermimpi tentang lelaki dan wanita secara sama rata.

11. Kajian menunjukkan bahawa gelombang minda lebih aktif sewaktu bermimpi berbanding sewaktu jaga.

12. Orang yang bermimpi dan terjaga hanya selepas tidur sementara, REM, akan lebih mudah untuk mengingati mimpi mereka berbanding mereka yang tidur dari malam hingga ke pagi.

14.Mereka yang berhenti merokok mengalami mimpi yang lebih lama dan lebih padat.

15. Kanak-kanak tak bermimpi tentang diri mereka sampailah mereka berumur antara 3 hingga 4 tahun.

16. Kalau anda berdengkur, maka nya anda tidak bermimpi.

17. Mimpi ngeri selalu berlaku pada kanak-kanak sekitar umur 3 tahun sehingga mereka mencapai umur 7-8 tahun.

18. Deja Vu selalu berlaku pada wanita berbanding lelaki.

19. Kajian menunjukkan kawasan rumah kita adalah setting yang paling common dalam sesebuah mimpi.

20. Maksud sebenar 'nightmare' ialah roh wanita yang mengganggu manusia tidur di waktu malam.


-------------------------------------------

yus cakap : Jam sekarang 0011am. Ini waktu untuk saya melayan mimpi.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 26 May 2010

Tragedi Rabu

Saya pernah tulis pasal social networking yang saya join, yang mana sekarang ni semua jenis social networking ni saya dah tak begitu ambil kisah sangat. Almaklum, sekarang saya makin sibuk. Sibuk dengan kerja (baru) la, dengan family la. Kerja saya sekarang start 8 pagi, habis 6 petang. Dah biasa balik kerja jam 5, sekarang kena balik jam 6. Sangat tensen! Uhuk~

Dah tu pepagi kena keluar awal, sebab kalau keluar lambat, jalan akan jammed. Kereta banyak. Isk. Sangat malas nak menghadapi kesesakan lalu lintas. So, jam 7 pagi dah keluar rumah. Aduhai, sangat banyak masa yang terbuang di luar rumah. Tak best tak best.

Ingat nak cari kerja baru la. Hohohho~

OK.. Saya bukan nak cakap pasal kerja saya sebenarnya. Saya nak cerita tragedi yang berlaku hari ni. Hari ni hari yang malang buat saya kot.

Kat ofis tadi saya dah dimarah. Bukan apa, saya just kasi pendapat yang berbeza dari pandangan senior chemist tu. Pastu terus dia tinggikan suara. Marah la tu. Cesst~

Balik kerja, sampai rumah, adik saya buat muka masam. Tegur pon dah tak berjawab. Heran gak pesal tetibe moody. Rupa-rupanya dia dah baca entri saya kat blog ni semalam. Dia marah.

Kat fesbuk dia shout out mende ni. Katanya, kalau nak tegur, tegur la depan-depan. Buat apa sebar kat internet. Then dia tag kan saya.

Saya serabut jugak kepala. Malas la nak layan. Kalau saya cakap depan-depan pon, ada dia faham atau cuba nak faham? Tak kot. Dia akan marah macam ni la. Macam yang jadi sekarang la. Buat muka macam ayam berak kapur tu. Sama saje.

 * Hurrmmm *
 
Lagipon dalam entri tu saya nak kongsi kisah teladan yang berlaku pada zaman nabi tu. Ambik motif saja la. Bukan saya nak jaja kebaikan or keburukan sapa-sapa. 

Yang saya tak puas hati. Word 'sebarkan kat internet' tu. Macam la saya war-war kan nama dia. Kat blog saya ni, takde sesapa pon yang kenal saya. Hatta kenkawan yang rajin mengkomen kat sini pon semua kawan maya jer. Takde pon yang pernah face to face dengan saya. Kan?

Anda yang baca ni, tau ker sape adik saya tu? Ada ke saya tunjuk rupa dia kat sini? Ada saya kasi no tipon dia dalam blog ni? Ada? Isk. 

Biarlah.

p/s : Skang pon tak bercakap ngan saya dah. Tak tau sampai bila. Sampai kiamat la kot taknak cakap ngan saya tuh. Haiz~


-------------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Malas dah nak berblog kalo gini. Lain yang nak dihighlightkan, lain yang jadi isu.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sunday, 23 May 2010

Pengorbanan

Saya pernah dengar satu kisah di zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu. Kisah ni diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu ceramah beliau yang tajuknya saya dah lupa. Isk~

Pada zaman nabi ada seorang pemuda yang di zaman mudanya dia mengabaikan ibu dan bapanya. Tak pernah dia rasa nak jaga mak bapak dia tuh. Ditakdirkan Allah pada suatu ketika emaknya meninggal dunia. Dia berasa tersentuh dan menyesal dengan sikapnya yang selama ni mengabaikan ibunya semasa hidup wanita tua tu.

Disingkatkan kisah, dia bertekad nak jaga bapa nya yang kebetulan masih hidup dan dihinggapi penyakit lumpuh. Tak dapat bergerak. Kebiasaannya, bapanya ni seorang yang suka ke masjid bagi mengerjakan solat. Tapi disebabkan lumpuh beliau pon dah tak dapat nak pergi masjid.

Mengenangkan penyesalan yang menggunung sebab tak dapat berbakti pada emaknya, pemuda ni pon dengan rela hati mengabdikan diri menjaga bapanya. Setiap kali tiba waktu solat, dia akan dukung bapa dia ke masjid. Begitulah sehari-hari. Lima kali sehari, selama dua puluh tahun. Setelah dua puluh tahun, bapanya yang lumpuh tu meninggal dunia.

Pemuda ni setelah meninggal bapanya, pergi la jumpa nabi dan menceritakan kisahnya tu. Setelah cerita apa yang patut, dia pon bertanya kat Nabi s.a.w ;

"Adakah tertebus segala jasa ibu dan bapa ku dengan kebaikan yang telah kulakukan itu wahai Rasulullah?"

Jawab nabi ;

"Tidak walau sedikit pun. Jika engkau mengabdikan diri seluruh hayatmu juga belum mampu membalas jasa kedua orang tuamu."

-----

Begitulah. Sebagai anak, terlalu banyak jasa seorang ibu, jasa seorang ayah kepada kita. Tak mungkin kita dapat balas atau tebus segala jasa dan pengorbanan dorang dengan kebaikan yang kita buat.

* Kasih ibu membawa ke syurga *

Saya terpanggil nak berkongsi kisah ni bukan apa. Petang tadi saya ada masa menggugel encik Gugel. Then saya ternampak satu advertisement tentang jawatan Chemist kat USM Penang yang mengkhususkan penyelidikan dalam bidang Natural Product.

Bidang ni memang bidang yang saya minat. Almaklum ini tajuk tesis saya waktu final year kat UTM dulu. So, eksaited la saya bagitau adik saya tentang iklan tu. Tapi disebabkan keadaan mak yang masih belum sihat saya cakap ngan adik, terpaksa lah saya simpan jer hasrat nak try apply post tu. Sebab jauh dari rumah. Dengan nada bergurau, saya cakap ;

"Rasa cam aku banyak dah berkorban ni."

Tapi adik saya reply dengan seriusnya ;

"Aku rasa aku lagi banyak berkorban cita-cita."

Saya tahu dia serius. Dia memang berhasrat nak apply Master after habis study. Saya tahu dia malas nak kerja, tapi just nak sambung study lagi. Tapi, saya pernah cakap ngan dia dulu yang kitorang ni satu family dah tak de abah. Hanya saya yang tanggung family. So, saya cakap, biarlah kita berkorban. Korbankan dulu cita-cita. Take care pada family and adik-adik dulu. Lepas family dah stable, yakni adik dah habis study, barulah fikir nak sambung study or whatever.

Saya ingat dia faham masa saya cakap benda ni pada dia dulu. Rupa-rupanya dia still tak faham.

So masa dia sebut pasal 'pengorbanan' yang dia cakap tu, saya just cakap ;

"Ye lah. Aku sorang je la yang takde cita-cita."

Nak kata saya terkilan dia cakap gitu, tak jugak. Just that, saya teringat kisah yang saya cakap tadi la.

Kita, sebagai anak-anak ni, baru berkorban sikit, dah rasa teruk sangat dah. Dah rasa tahap dewa dah tingginya pengorbanan kita tu. Padahal, kalau dikira semua tu, walau sampai ke akhir hayat kita berbakti pada kedua ibu bapa kita pon, belum dapat menebus segala jasa mak bapak kita menjaga dan membesarkan kita.

Apa lagi jasa seorang mak yang melahirkan kita ni.

Serba salah saya dengar kata-kata adik saya tu. Nasib baik mak tak dengar.

Kalau saya mampu, memang saya akan benarkan je la adik saya tu sambung Master. Biarlah. Asalkan dia berbahagia gitu.

Tapi, tak boleh. Sape nak jaga mak masa saya pergi kerja? Saya pulak mestilah kena kerja. Takde kerja mana nak datang duit? Takde duit, nak beli pampers kat mak pon tak dapat. Apa lagi nak beli keperluan lain.

Saya cuma harap adik saya tak fikir yang 'pengorbanan' dia tu dah cukup besar la. Saya takut kalau mak dengar, kecik hati mak. Mak mana yang nak anak-anak dia susah? Mak mana yang nak anak-anak dia 'terpaksa' mengorbankan cita-cita demi menjaga dirinya?

Saya pon ada cita-cita nak further study. Tapi saya tak pernah bagitau adik-adik. Sebab saya rasa tak de guna semua tu kalau saya tak dapat jaga mak semasa dia masih ada. Cukuplah degree yang ada. Dapat cari rezeki, dapat menyenangkan family, bagi saya tu dah cukup.

Yang penting bagi saya sekarang ni ialah mak saya. Kalau nak ikutkan, saya korbankan masa remaja saya, korbankan masa cintan-cintun saya, korbankan hasrat hati nak kerja jejauh, korbankan impian nak sambung study, korbankan feeling saya, biar saya tak kawen sekalipon, semata-mata untuk take care of mak. Sebab saya sayang mak. Dan saya tau, apa yang saya buat ni still ciput jer. Takkan mampu nak balas jasa mak membesarkan kami adik beradik dengan penuh kasih sayang. Nak balas jasa abah lagi la tak mampu. Sebab abah dah dulu pergi.

Saya harap adik saya akan faham benda ni.


---------------------------------------------------------------------

yus cakap : Impian dan cita-cita saya tinggi. Hanya saya dan Tuhan yang tahu.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 17 May 2010

Malang Itu Ada Bau

"Bila aku dapat bintang yang berpijar, mentari yang tenang bersamaku di sini, kudapat bertahan, menangis, merenung..."

Ringtone lagu Suara (Ku Berharap) dari Hijau Daun band mengejutkan tidur saya yang sangat enak malam semalam.

Saya tenyeh mata. Jam kat henset menunjukkan tepat 5.49am. Saya tekan butang hijau kat henset.

"Helo.. Kak, dah sampai Parit Buntaq. Ada kat stesen bas." Suara adik lelaki saya (kebetulan nama panggilannya jugak Yus) kat hujung talian.

Saya menguap. "Aha.. OK.." Itu jer jawapan saya.

Lepas tamatkan panggilan saya tengok dah ada 1 miscall and 1 sms. Tak sedar saya bunyi tipon.

Dalam keadaan mamai-mamai tu saya capai tudung ngan kunci kereta. Muka pon tak sempat basuh. Uhuhuhuk~

Adik lelaki saya yang sama nama panggilannya dengan saya tu sebenarnya baru balik dari KL + Melaka. Teman kawan katanya. Saya mulanya terkejut beruk jugak pehal tetibe rajin sangat dia nak meneman kawannya sedangkan dia sesen pon takde dalam dompet.

Rupa-rupanya, kawan (lelaki) dia dah pon belikan tiket untuk dia ke KL tu. Ragu-ragu jugak saya akan 'kebaikan' kawan dia tu. Tapi, saya wat derk je la. Bukan boleh ikut sangat 'sewel' saya ni. Uhuk~ 

Masa saya sampai stesen bas, saya nampak adik saya dah tercongok menunggu. Nampak jer saya sampai terus dia angkut beg sandang menuju ke kereta saya.

"Kak, tolong antaq Apit sekali bleh?"

Saya angguk. Ngantuk beb. Mata pon malas-malas jer nak bukak.

Rumah Apit, yakni kawan adik saya tu takde la jauh sangat, cuma jalannya saya jarang lalu. Nak-nak lagi waktu malam atau awal pagi camni. Gelap jalannya, tambah pulak saya ni rabun tahap gaban.

Bila drive waktu awal pagi camni, yang paling best ialah jalan lengang. So, waktu-waktu camni saya rasa jalan ini ana yang punya! Lampu traffic merah pon langgar. Yihaa! So, kaki ni gatal je tekan pedal minyak tu sampai ke lantai kereta. Tak sedar diri buta. Isk~

** Nasib baik tak kena tembak ngan PDRM. Uhuhuk~ **

Sampai satu simpang dengan corner yang tajam dan sebelah kanannya ialah jalan mati, saya yang tengah laju men'drive', dicampur dengan kemamaian mata, secara tiba-tiba seolah-olah dikejutkan dengan teguran adik saya:

"Kak, simpang tu!"

Saya macam baru terjaga dari tidur. Alamak! tengah laju nih. Kalo tak silap 110km/h masa tu. Yep. Jalan biasa. Bukan highway. Uhuk.. Saya memang pemandu berbahaya!

Dengan kependekan akal, terus saya pusing stereng ke kiri and berdesup tayar sebab jalan tersebut ada pasir dan.. DEBOOOMM!

Saya langgar tiang signboard Turn Left. Tercabut tiang tu.

* Signboard ni la saya langgar. Isk~ *

Terus saya reverse kereta, and tengok kiri kanan and cabut! Tunggu lagi?

Malu gak ar kat kawan adik saya si Apit tu. Saya rasa mungkin kalau bagi sejuta Ringgit Malaysia pon dia fikir dua tiga ratus kali untuk naik kereta dengan saya lagi!

Mintak maaf la dik. Saya mamai masa tu. Nasib baik tak arwah anak orang. Kotidak mampos saya!

Nasib baik jugak Naza saya still OK. Cuma ada segaris dua calar kat depan tu. Saya bajet plat mesti cabut punya. Lucky me takde apa-apa sangat. 

Saya rasa, kalau Naza saya boleh bercakap mungkin dia pon menyesal sebab saya tuan dia. Dulu, masa baru dua bulan jadi tuan dia, saya sondol keta Proton Saga. Lepas tu, saya tergiris dinding kat CS, SP. Habis calar balar badan dia. Semalam langgar tiang pulak. Tambah lagi koleksi calar-balar. Sure nangis la dia kalau dia ada perasaan. Kesian kereta saya.


----------------------------------------------------------------

yus cakap : Insaf dah. Taknak drive laju-laju dah. Err.. Ye ker?
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook