rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Friday, 18 December 2009

Saidina Umar Al-Khattab : al-Faruq

Salah seorang dari kalangan sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang paling saya kagumi ialah Saidina Umar al-Khattab. Beliau merupakan khalifah dunia Islam yang kedua menggantikan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Berbeza dengan Abu Bakar yang bersifat lemah lembut, Umar merupakan seorang yang lantang dan berani, sebelum dan selepas keislaman beliau. Disebabkan kekaguman saya kepada insan ini, saya nak kongsi lah sikit tentang sikap peribadi Umar Al-Khattab. :)


Rendah Diri

Sifat beliau yang berani ini tidak sedikit pun menimbulkan bongkak dalam hatinya. Malah beliau antara sahabat Nabi yang merendah diri. Dari Ubaidullah bin Umar menceritakan;

Suatu hari para sahabat melihat Umar memikul tempat air di bahunya. Lalu mereka bertanya : "Wahai Amirul Mukminin ! Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini ?" Jawab Umar al-Khattab : "Saya merasakan bahawa diri saya telah takbur, lalu saya mengangkat air ini untuk menundukkannya."

Dalam kisah yang lain, Umar pada waktu malam, selalu dilihat menangisi dan meratapi kesalahan-kesalahan dan dosa kealpaan yang beliau lakukan di masa lampau sebelum dia Islam. Antara perkara yang pernah dilakukan olehnya, yang sangat dikesali ialah tindakannya menanam anak perempuannya hidup-hidup. Ini merupakan amalan biasa Arab Jahiliah yang memandang anak perempuan sebagai satu 'beban' atau perkara 'malang'. Dia pernah mengeluarkan kata-kata;

"Aku hanyalah seorang Umar. Jika tidak kerana Islam, tiadalah kemuliaanku. Andai semua manusia pergi ke syurga kecuali seorang, aku sangat bimbang orang itu ialah aku."

Ini menunjukkan betapa tawadhuk nya hati seorang Umar. Beliau dah sah-sah dijanjikan syurga. Tapi, masih lagi berfikir macam ni. Kita ini siapalah kalau nak dibandingkan dengan Umar? Entah-entah, kesilapan yang kita lakukan sepanjang hidup lebih besar atau lebih banyak dari kesilapan Umar menanam anak perempuannya tu. Tapi, kita masih lagi alpa, dan terus lupa pada kampung akhirat. Astaghfirullah.. :-/


Gelaran Al-Faruq

Gelaran ini bermaksud Pembeza antara yang Haq dan Batil diberikan berdasar kisah ini yang diceritakan oleh saidina Umar sewaktu ditanya tentang gelarannya itu;

"Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW : "Benar"

Aku berkata lagi : "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq !"

Islamnya Umar mendatangkan kekuatan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam yang pada ketika itu terpaksa beribadah secara bersembunyi dan dalam ketakutan. Umar Al-Khattab merupakan seorang yang berani serta disegani. Dikisahkan dari Riwayat At-Tabrani bahawa Nabi s.a.w pernah berdoa yang berbunyi;

"Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam."

Kedua-dua insan ini merupakan orang berpengaruh di kalangan kaum Quraisy, dan allah telah memilih Umar Al-Khattab. :)


Umar Yang Berani

Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. yang menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan;

Setelah saidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang anak panah tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaa'bah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Ka'abah menyaksikan kehadiran Umar.

Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya. Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan solat.

Selesai solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kuffar Quraisy. kata Umar: "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah."

Kata Umar lagi: "Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini."

Cabaran Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari Umar, mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar berlawan senjata.

Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki oleh puak-puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada kaum muslimin yang letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua mengambil peluang untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang gangguan.

Berikutan dari peristiwa itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut seruan hijrah. Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi s.a.w. yang tinggal di Makkah, kecuali Nabi s.a.w., Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Ali bin Abi Talib, selain itu orang-orang yang sakit, mereka yang tidak kenderaan dan keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan tahanan oleh pihak Quraisy, akibat tindakan mereka menyahut seruan Islam.

Dengan islamnya Umar jugak, umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di Baitullah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

Inilah yang dikatakan Muslim sejati. Berani memperjuangkan agama Allah, tanpa rasa gentar dengan ancaman-ancaman luaran. :)

Saya tertarik jugak untuk titipkan sekali satu hadis yang sangat menarik (bagi saya la.. ehehhehe) iaitu hadis riwayat At-Tirmidzi yang bermaksud;

Nabi bersabda yang maksudnya, "Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah tentu Umar orangnya."

Begitu Nabi s.a.w juga mengakui akan kehebatan Umar sehingga ke tahap itu. :)

Peribadi seperti merupakan anugerah Allah kepada Umar. Seperti pernah diriwayatkan oleh Umar bin Murrah bahawa seorang lelaki bertemu dengan Umar al-Khattab dan berkata : "Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami amat gentar melihatmu !" Umar menjawab : "Adakah saya berbuat sesuatu yang zalim ? " Jawab lelaki itu : "Tidak" Kata Umar lagi : "Kalau begitu, biarlah Allah menambah rasa takut dalam hatimu terhadapku."


:)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

4 comments:

  1. knp xceritakan mcm mana Saidina Umar Al-Khattab memeluk islam...

    ReplyDelete
  2. post ini mengisahkan keperibadian Saidina Umar, insyaAllah di lain ketika saya akan ceritakan bagaimana beliau memeluk Islam ye.. kena banyak menggali lagi ni.. :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. adakah gmbr diats tu gmbr buku? or just poster?

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam saudara anak soleh. minta maaf saya tak pasti gambar ni samada sebuah buku atau hanya poster sebab saya pon cilok dari Google.

    p/s : maaf jugak terlupa kredit pic to Google.

    BTW untuk info lebih saudara boleh klik link ini :


    Umar Al-Khattab - The Conqueror Of The World

    ReplyDelete