rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Sunday, 13 December 2009

Saya dan Blog?

saya ni bukanla pandai bab-bab nak wat karangan penulisan esei dan segala macam tu. masa sekolah dulu, subjek2 yang meemrlukan kekreatufan ni la yang saya paling tak gemar sekali. (nak kata menyampah tu tak baik le puleks kan?)

dah tu kenapa saya buat blog? sebab saya taknak ketinggalan? sebab saya nak ikut jejak langkah muda-mudi zaman ni? sebab saya nak jadi salah seorang dari rakyat malaysia yang berdaya saing? ehehhee.. bukan, bukan, dan bukan lagi. :)

sebenar-benarnya, tujuan blog ini diwujudkan ialah untuk sama-sama berkongsi ilmu, pandangan, cerita dan apa-apa je yang baik yang boleh dikongsi bersama. bukanke dalam al-Quran diterangkan:

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. kecuali mereka yang beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebaikan, dan berpesan-pesan kepada kesabaran." (Surah Al-Asr : ayat 1-3)

yang nak luahkan perasaan ke, masalah ke, tekanan hidup ke, pon boleh jugak. dialu-alukan sebenarnya. saya ni boleh la dikategorikan sebagai pendengar yang baik (pergh.. maaflah ek terperasan pulak).. so kalau ada masalah leh la cerita kat sini. kita sama-sama la berkongsi kisah. saya takdela bagi jaminan nak selesaikan masalah anda, tapi sekurang-kurangnya beban di hati anda tu kan dapat dikurangkan, betol tak? nak pulak, kalau sapa-sapa terbaca cerita anda tu, leh jugak bagi pandangan atau pendapat, kan bagus tu. apa-apa pon, yang penting kita RILEKS kat sini! ehehhee.. :D

sambil-sambil tu, jangan la jemu baca 'kisah hidup' saya dalam ni ye. bukan senang saya nak cerita 'rahsia' saya, tapi dalam blog nih, mungkin anda boleh tau perkara2 yang saya rahsiakan dari kenkawan lain.. hurmm.. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment