rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Thursday, 17 December 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Memantapkan Ukhuwwah, Memperkasakan Ummah. :)

Kepada semua umat Islam, diucapkan salam maal hijrah. Semoga sama-sama kita menghayati erti hijrah yang sebenar-benarnya. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda;

"Tiada hijrah selepas ini (hijrah nabi dan para sahabat dari Makkah ke Madinah), kecuali jihad dan niat."

Maka, kalau diperhatikan sabda baginda Rasul ni, fahamla kita sekarang, Muslim zaman ni bukan lagi macam Muslim zaman Nabi, yang ditindas, dan sering berada dalam ketakutan kerana bilangan mereka yang sedikit. Malah, mereka dihalau dari tanah air sendiri sebab Nabi bawak agama yang bagi mereka suatu yang baru, dan perlu ditentang. Penentangan yang hebat ni menyebabkan Allah memerintahkan Nabi berhijrah, bukan kerana gentar atau takut, sebaliknya sebagai satu permulaan kepada kehidupan yang lebih baik.

Macam tu jugak kita pada zaman ni, Nabi dah cakap takkan ada hijrah lepas hijrah nabi dulu, so kita tak perlu risau yang umat Islam akan dihalau dari tanah air kita. Kita hidup aman damai kat Malaysia, tapi, kita perlu ingat pesanan Nabi bahawa masih ada hijrah yang perlu kita ingat selalu. Iaitulah hijrah dari segi jihad dan niat.

Hijrah Nabi dulu disebabkan penentangan demi penentangan yang diterima, keputusan untuk berhijrah juga suatu yang amat berat untuk diterima oleh Nabi dan para sahabat. Bayangkan, kita dipaksa keluar dari negara sendiri. Tempat lahir kita. Ini bukan suatu yang indah bagi mereka. Analoginya, begitu juga hijrah kita pada zaman ni. Bukan senang untuk kita melakukan perubahan dari kebiasaan kita. Nak-nak lagi sikap kita yang tak elok, nak berubah kepada yang lebih baik. Memang sukar. Memang payah.

Sebab itu lah Nabi sebut jihad dan niat. Berjihad bukan sekadar berperang, angkat senjata, tapi yang paling penting jihad melawan hawa nafsu. cakap senang la kan? Tapi nak buat nya, masyaAllah susah. Sebabnya nafsu nih bermacam-macam, nafsu makan, nafsu nak membazir, nafsu nak buang masa, nafsu malas, nafsu nak buat jahat dan maksiat, nafsu ehem2.. dan bermacam-macam nafsu lagi.. ehehhe.. :)

Dan seperti Nabi pernah bersabda; "Jihad yang terbesar ialah jihad melawan hawa nafsu." Di lain hadis, Nabi s.a.w menyatakan, "Hijrah yang terbesar ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah s.w.t." (Riwayat Muslim)

Dari segi niat, kita kena la perhati balik, muhasabah semula hati kita. Niatkan untuk berhijrah kepada seorang yang lebih baik. Kalau tahun 1430 hijrah kita banyak qada' solat (macam saya la.. subuh selalu gajah.. adess!), tahun 1431 hijrah nih kita berusaha la untuk kurangkan atau hapuskan terus sikap tak elok nih. Saya pon nak berusaha buang tabiat buruk nih, insyaAllah.. Niat tu penting. Nabi pernah cakap bahawa, segala-galanya bermula dari niat. Paling penting, kita kena muhasabah la balik diri dan iman kita.

Saidina Ali pernah menyatakan, iman manusia ni ada pasang surutnya. So, kenala selalu muhasabah diri. :)

Dalam Al-Quran, diceritakan;

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad), maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita." Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah at-Taubah : Ayat 40)

Sebagai pesanan untuk diri saya sendiri dan kenkawan Muslim semua, berhijrahlah. Walaupon sedikit. Jangan hanya sekadar mengucapkan dan menyambut kehadiran Muharram setiap tahun, tapi amalan dan sikap kita tak ada perubahan.

:)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment