rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Monday, 14 December 2009

Pak Pandir & Mak Andeh


Pak Pandir dan Mak Andeh mengadu kepada doktor tentang masalah ingatan yang mereka alami. Selepas membuat pemeriksaan, doktor memberitahu kesihatan Pak Pandir dan Mak Andeh okey. tetapi, supaya tidak mudah lupa, mereka dinasihatkan menulis apa yang mereka inginkan di atas kertas.


Malam itu, sambil menonton tv cerita P. Ramlee, Pak Pandir minta Mak Andeh tolong masakkan mi segera perisa kari. "Tulis tu.. perisa kari!" pesan Pak Pandir.


"Alaa.. tak payah. saya boleh ingat." jawab Mak Andeh.


Baru Mak Andeh nak pergi ke dapur, Pak Pandir berkata lagi, "Jangan lupa masukkan telur sebiji."


"Okey."


"Tulis kat kertas, nanti lupa."


"Alaa.. saya ingat."


"Satu lagi, masukkan cili padi sikit." kata Pak Pandir. "Mak Andehnya, tulis kat kertas, nanti lupa!"


"Alah.. saya ingat la. Maggi kari, letak telur dengan cili padi."


20 minit kemudian, Mak Andeh kembali ke ruang tamu. Tapi yang dibawanya bukan maggi kari dengan telur dan cili, tapi cekodok! Pak Pandir marah betul. Kata Pak Pandir:


"Kan saya dah cakap tadi, tulis, tulis, tapi awak degil. Haa.. kan awak dah lupa bawa sosnya!"


---------------------------


yus cakap : adeh.. memang sehati sejiwa betul Pak Pandir ngan Mak Andeh nih! :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment