rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Tuesday, 15 December 2009

Nak Tahu Tak?




  1. Jika suatu bulan bermula dengan hari Ahad, hari yang ketiga belas ialah hari Jumaat. Tak percaya? pegi cari kalendar! ehehhehe :)


  2. Jika anda terlihat buih-buih kecil dari dasar kolam atau tasik, buih-buih tersebut kemungkinan besar gas metana. Gas metana terhasil dari proses pereputan bahan-bahan organik, contoh haiwan, dan tumbuhan.


  3. Air panas lebih berat dari air sejuk. cuba le timbang.. :)


  4. Manusia adalah satu-satunya primat (mamalia peringkat tertinggi) yang tidak mempunyai pigmen pada telapak tangan.


  5. Para pengkaji paranormal menyatakan bahawa seseorang itu akan mencapai puncak kemampuan melihat hantu semasa dia berumur tujuh tahun. hurmm.. betolke? tak pernah alami.. anda pernah?


  6. Lagu kanak kanak 'Twinkle Twinkle Little Star' ditulis oleh Mozart semasa beliau berumur lima tahun. Nama sebenar Mozart ialah Johannes Chrysostomus Wolfgangus Theophilus Mozart. Fuhh! panjang giler nama!


  7. Marie Curie, saintis yang menjumpai radium, mengkaji tentang radiasi dan memenangi hadiah Nobel pada 1903 dan 1911, meninggal pada 4 Julai 1934 akibat keracunan radiasi. Erk!


  8. Lima fakta ringkas: Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja setiap kali; perkataan 'marijuana' diambil dari perkataan Sepanyol, Mary Jane; lelaki lebih kerap tersedu berbanding wanita; lebih daripada 75% negara di dunia berada di utara Garisan Khatulistiwa; rama-rama tidak mempunyai perut.


  9. Molekul lemak dalam susu kambing adalah 5 kali lebih kecil berbanding di dalam susu lembu. Disebabkan itu, susu kambing hanya mengambil masa 20 minit untuk dihadam, berbanding susu lembu iaitu sejam.


  10. Pada zaman Rom purba, seseorang yang mempunyai hidung yang bengkok dipercayai bakal menjadi pemimpin. Haaa.. pegi check hidung anda!


  11. Walaupun ramai menggelarnya sebagai manusia paling kejam di muka bumi kerana membunuh jutaan nyawa semasa Perang Dunia Kedua, pemerintah Jerman, Adolf Hitler sebenarnya manusia yang takutkan ruang sempit (claustrophobic). Oleh sebab itu, lif yang membawa Hitler ke markas Eagles' di kawasan Pergunungan Alps diperbuat dari cermin supaya dia akan sentiasa berasa dirinya berada di tempat yang luas. heheheh.. kelakar je Hitler nih!


  12. Rambut manusia dianggarkan tumbuh dengan kelajuan 0.000000016 kilometer sejam.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment