rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Monday, 21 December 2009

Kopi Masin

Seorang lelaki bertemu seorang wanita di sebuah majlis keramaian. Wanita ini sangat indah, semua lelaki minat dia. Sedangkan lelaki ini hanya seorang lelaki biasa, kehadiran dia pon tak disedari. Di akhir majlis, lelaki ni memberanikan diri ajak wanita ini keluar minum, wanita ni terkejut, tapi sebab nak bersopan, dia terima je la.

Sampai di coffee shop, lelaki ni sangat nervous, dia tak tau nak cakap apa. Wanita ni rasa tak best. Dia fikir, "lebih baik aku balik je." Tapi, belum sempat dia kata apa-apa, tetiba lelaki ni panggil waitress dan berkata, "Boleh bagi saya garam? Saya nak letak dalam kopi nih."


Semua orang pandang lelaki nih,peliknya! Merah muka dia, tapi dia tak kisah, dia taruk gak garam dalam kopi dia dan minum. Wanita ni heran, lalu tanya lelaki ni, "Sejak bila suka minum macam ni?"


Lelaki ni membalas. "Semasa saya kecil dulu, saya tinggal di tepi laut, saya suka main dekat laut, saya dapat rasa kemasinan air laut, macam rasa kopi masin nih. Sekarang ni, bila tiap kali minum kopi masin, saya teringat kan kampung halaman, teringat zaman kanak-kanak, dan saya rindu pada orang tua yang masih tinggal di sana."


Sambil berkata-kata, air mata bergenang di mata lelaki ini. wanita ini benar-benar tersentuh.


Ini memang perasaan sebenar lelaki tersebut, jauh dari sudut hatinya. Wanita ini merasakan lelaki ini seorang yang setia pada kampung halaman, mengambil berat terhadap rumah tangga dan bertanggung jawab.


Lalu, wanita ini pon mula bercerita tentang kehidupannya, kampung halamannya yang jauh, zaman kanak-kanak, dan juga tentang keluarganya. Petang itu dihabiskan dengan suatu catatan pertemuan yang indah antara dua insan ini.


Selepas pertemuan itu, mereka berjanji untuk bertemu lagi. Wanita ini dapat merasakan lelaki inilah yang dinantikannya selama ini. Lelaki ini seorang yang baik, lembut, penyayang dan mengambil berat. Wanita ini hampir-hampir menolak lelaki ini, syukurlah ada kopi masin! Kisah ini berlanjutan, mereka pon berkahwin dan hidup bahagia..


Setiap kali isteri ini membuat kopi, pasti dia tak lupa meletak garam sebagaimana kesukaan suaminya yang disayangi itu.


Selepas 40 tahun hidup bersama, lelaki ini meninggal dunia. Dia meninggalkan sekeping surat yang berbunyi;


"Sayang, maafkan abang. Maafkan kehidupan abang yang selama ini membohongimu. Inilah satu-satunya penipuan yang abang pernah lakukan terhadapmu - Kopi Masin itu. Ingat lagi kali pertama kita bertemu? Abang terlalu gemuruh, sebenarnya abang nak minta gula, tapi abang terlepas cakap dan mintak garam. Susah abang nak tukar balik, so abang teruskan je. Abang tak sangka itu permulaan perbualan kita!


Abang cuba untuk memberitahu perkara ini kepadamu, tapi abang terlalu risau sebab abang dah janji takkan menipu sayang. Tapi, sekarang abang dah pergi, jadi abang boleh beritahu sekarang. abang tak suka kopi masin tu, pelik betol rasanya..


Tapi abang dah minum kopi masin ni sepanjang hidup abang bersamamu! Sepanjang abang kenal sayang, abang tak pernah menyesal terhadap apa yang abang lakukan untuk sayang. Sayang adalah kegembiraan terbesar dalam hidup abang. andai abang boleh hidup sekali lagi, abang tetap akan bersama sayang, walaupon terpaksa minum kopi amsin sepanjang hayat."


Airmata wanita itu membasahi surat tersebut.


Suatu hari, seseorang bertanya pada wanita itu, "Apa rasanya kopi masin?"


"Sangat manis!" jawabnya.


:)


--------------------------------


yus cakap :
Cinta itu bukan melupakan, tetapi memaafkan.

Bukan untuk dilihat, tetapi untuk difahami.

Bukan untuk dilepaskan, tetapi untuk dipertahankan..

Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment