rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Tuesday, 15 December 2009

Kejutan Pagi Selasa

Berita yang saya dapat pagi tadi agak mengejutkan walaupon tak menghairankan. kawan sekerja saya, Mei Lan (bukan nama sebenar) dah hantar surat perletakan jawatannya secara diam-diam, chori-chori chupke-chupke. saya tak heran pasal ni sebab saya memang tau Mei Lan banyak kali selit-selit pergi interview bila dia out-station. sambil menyelam minum air la katakan.

saya rasa dia mungkin ada alasan sendiri kenapa dia tak bagitau saya berita ni. ini yang menghairankan saya. selalunya dia akan bagitau kalau ada berita terbaru pasal 'kerja baru'. tapi kali ni dia tak cakap apa-apa. 'rahsia' ni pon kitorang tau secara tak sengaja, bila Steve, bos kitorang terlupa tutup pintu ofis dia masa diorang tengah berbincang pasal ni. saya percaya, Steve pon terkejut ala-ala beruk bila Mei Lan ambil keputusan nak berhenti keja. dia tak tau amoi tu dah lama aim nak berhenti. eheheheh.

haii.. kurang lagi sorang kawan borak kat ofis. Mei Lan tau saya pon dalam usaha nak cari keja. bukan apa, saya rasa amoi ni pon sama bosan gak dengan permainan 'politik' dekat ofis kitorang. sakit kepale hotak nih. urmm..

hurm.. entah bila saya pulak nak berambus. tak macam Mei Lan, saya slow sikit bab nak cari keja baru nih. almaklumla saya tak ramai contact, semata-mata harap kat online. lagi pulak, banyak benda yang saya perlu difikirkan kalau nak berhenti kerja sekarang. atas dasar 'ini rezeki saya buat masa nih', saya terpaksa bertahan lagi kat tempat keja sekarang. saya tak pasti sampai bila saya boleh bertahan, tapi yang pasti, saya akan ikut jejak Mei Lan satu hari nanti. insyaAllah. amin!

"Hai orang-orang beriman, minta tolonglah kamu kepada Allah dengan sabar dan sembahyang. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : ayat 153)

Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment