rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Monday, 14 December 2009

Hari Lahir yang Dilupakan


Kalau nak diikutkan, hari ni hari lahir saya sebenarnya. ehehhee.. tapi, takde sorang pon yang perasan. kecuali saya la. sebab apa?

bila sebut tahun Hijrah, orang melayu kita tak de yang ambik kisah sangat pon. tapi, bulan Ramadan la yang paling popular sekali. boleh kata semua orang (Islam) hafal sebulan hari penuh dalam bulan Ramadan ni. dan termasuk satu hari Syawal.. ala-ala satu hari di hari raya gak ler..

mengikut kata-kata emak saya, saya dilahirkan pada hari Jumaat, tengah hari (time para jejaka pegi solat Jumaat) di bulan Zulhijjah, 27 haribulan, tahun 1405 Hijrah. so, untuk kepastian, dulu saya pernah la cari kalendar tahun 1985 untuk mengesahkan kata-kata mak saya tu.

zaman sekarang kalau nak check dan convertkan tarikh hijrah ke masihi atau sebaliknya, dah tak payah cari kalendar buruk lagi dah. tanya je encik google. mesti dia tau. ehehhehe. ni salah satu laman web yang boleh lakukan tugas tersebut. www.islamicfinder.org/Hcal/index.php sesape yang nak check pon sila ler.. :)

sebagaimana umat Islam dengan kalendar hijrah, Kristian dengan kalendar gregorian yang kita guna sekarang, kaum Yahudi pon ada kalendar nya yang tersendiri.

ni serba sedikit tentang kalendar-kalendar yang saya sebut tadi.

Kalendar Gregorian (Tahun Masihi) : diasaskan berdasarkan kelahiran Jesus Christ (Isa a.s). Gregorian diambil dari nama seorang paderi iaitu Pope Gregory XIII. ia mengandungi 12 bulan, 365 hari atau 366 hari pada tahun lompat. semakin meluas digunakan pada abad ke-16 (dipopularkan oleh Julius Caesar).

Kalendar Hijriah : dimulakan pada hari Nabi Muhammad dan para sahabat dan muslimin muslimat berhijrah dari Makkah ke Madinah. Hijrah ni berlaku atas wahyu Allah kepada Nabi s.a.w. kalendar ini lebih kepada kalendar lunar, iaitu mengikut peredaran bulan. bulan hijrah mempunyai 29 atau 30 hari sahaja, berbanding Gregorian yang mempunyai 29, 30, atau 31 hari. keseluruhannya, satu tahun Hijrah mempunyai sebanyak 354 hari (12 bulan). sebab tu lah, tahun Hijrah lebih cepat dari Tahun Masihi. (yang mana maksudnya saya dah 26 mengikut tahun Hijrah!!)

Kalendar Yahudi/Hebrew : kalendar ni digubah dari kalendar masyarakat barat, lebih dikenali kepada kalendar lunisolar, yakni mengikut peredaran bulan dan matahari. Kalendar ini mempunyai 353 sehingga 385 hari. ada yang 12 bulan, dan ada yang 13 bulan, bergantung pada tahun lompat. macam leceh je kan? tak tersusun, leceh lak nak kira hari lahir camni. ehehhehe :) 12 bulan dalam kalendar Yahudi ialah: Nissan, Iyar, Sivan, Tammuz, Av, Elul, Tishri, Cheshvan, Kislev, Tevet, Shivet, Adar. kalau tahun lompat 13 bulan, bulan yang last ialah Adar II.

Bagi kalendar Hijrah dan Gregorian, tahun baru ialah bulan pertama, tapi bagi Yahudi, permulaan tahun ialah bulan ke tujuh.

Permulaan hari bagi kalendar Gregorian, dan barat ialah pada waktu tengah malam, tetapi bagi umat Islam (kalendar Hijriah) dan Yahudi, permulaan hari ialah pada waktu senja (maghrib).

tapi, dah sah-sah la waktu dan kalendar barat yang banyak digunakan sekarang ni. sebab semua urusan pon guna tarikh kalendar Masihi. agak pelik la pulak kalau tetiba kita tulis appoinment dalam buku nota:

Mesyuarat: Jam 3.13 petang, 15 Jamadil Awal 1431 Hijriah.

ehehehhe.. :)
yus cakap : saya tak kisah pon kalau orang tak ingat hari lahir saya, sebab hari lahir tu maknanya hari saya bertambah tua setahun.. hukhukhuk.. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment