rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Monday, 21 December 2009

Hari Asyura 10 Muharram dan Kelebihannya

Sekalipon diingati sebagai permulaan tahun Hijrah kerana hijrah rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah, Muharam juga termasuk dalam kumpulan empat bulan paling diberkati dan dimuliakan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah at-Taubat ayat 36 bermaksud: "Sesungguhnya bilangan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan adalah 'haram' (iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab)."

Muharam penuh dengan peristiwa dalam sejarah tamadun Islam. Selama 30 hari itu penuh dengan pelbagai keistimewaan. Teristimewa adalah 10 hari pertama. Banyak peristiwa berlaku sejak zaman berzaman dalam sejarah Muharam yang dikenali dengan nama Asyura.Beberapa perkara penting berlaku pada Muharam mengikut pandangan cendekiawan ilmu dalam Islam, termasuk bulan ini Allah SWT mencipta syurga dan bumi, menyelamatkan nabi daripada kezaliman musuh dan mencipta Nabi Adam a.s.

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Apabila Nabiberhijrah ke Madinah, orang Yahudi di Madinah berpuasa pada 10 Muharam dan mereka mengatakan pada hari itulah Nabi Musa as diselamatkan daripada kezaliman Firaun. Nabi Musa as diselamatkan bersama sahabat baginda, tetapi Firaun dan askarnya lemas dalam sungai. Itu sebabnya kami berpuasa pada hari Asyura.

"Apabila baginda mendengar penjelasan mereka, baginda kemudian berkata dengan bangga bahawa kami paling berhak dan paling dekat kepada Nabi Musa as lebih daripada kamu sekelian dalam semua aspek. Maka Rasulullah menyuruh umat Islam berpuasa pada hari Asyura." (Hadis riwayat Abu Daud).

  1. Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala laksana 1,000 kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.


  2. Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti sekalian umat Islam berbuka puasa.


  3. Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Qul-huwallah 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berlarutan 50 tahun melakukannya.


  4. Membaca Qulhuwallah 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.


  5. Mandi sunat. Niatnya "Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala." Allah swt memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.


  6. Memakai celak. Allah swt menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.


  7. Memelihara kehormatan diri. Allah swt mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


  8. Bersedekah. Allah swt menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.


  9. Menyapu kepala anak yatim. Allah swt mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.


  10. Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hati-nya.


  11. Menahan marah. Allah swt memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.


  12. Memuliakan fakir miskin. Allah swt memuliakan-nya dalam kubur.


  13. Melapangkan belanja anak isteri. Allah swt akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.


  14. Membaca surah al-Infithaar. Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.


yus cakap : Jangan lupa ye.. 10 Muharram 1431 jatuh pada 27.12.2009


Selamat Beramal.. :)

Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment