rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Wednesday, 16 December 2009

Fatimah Az-Zahra : Puteri Kesayangan Rasulullah

Saya baru habis baca sebuah e-book berkaitan puteri Rasulullah s.a.w yang digelar Fatimah Az-Zahra, yakni Wanita yang Bercahaya. Disebabkan e-book tersebut yang saya dapat dari www.freebyte.com/free_ebooks/ ni dalam bahasa Inggeris, jadi saya akan ceritakan sedikit sebanyak kisah yang boleh dijadikan pengajaran buat wanita-wanita zaman sekarang yang ingin mencontohi keperibadian ulung puteri Rasul Allah ini.

Seperti yang kita semua tahu, Fatimah Az-Zahra ialah puteri Rasulullah yang sangat dikasihi dan disayangi baginda. Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali pada tahun ke 3 selepas Hijrah. Sebelum diijab kabulkan dengan Ali, sudah beberapa lamaran dari lelaki Arab untuk meminangnya ditolak oleh Rasulullah s.a.w dengan baik. sehingga pada suatu ketika, ada di kalangan lelaki arab ini yang menyedari bahawa Nabi belum bersedia menjodohkan puterinya lagi. Namun, ada setengah mereka yang menyedari bahawa Nabi sangat mengasihi Ali r.a yang pada ketika tu masih muda remaja lagi. Ali merupakan sepupu baginda s.a.w, anak kepada bapa saudara nabi, Abi Talib.

Maka, mereka mencadangkan Ali untuk pergi meminang Fatimah atas alasan Ali lebih dikasihi Nabi. Ali pada mulanya sangat segan, sebab ye laa dia pon bukan dari kalangan orang ternama, sedangkan ahli terkemuka Arab pada zaman tu pergi meminang Fatimah pon, nabi tolak. ini pulak seorang Ali, itu fikiran beliau. Namun, setelah banyak cadangan diterima, Ali pon bersetuju untuk mencuba meminang Fatimah. sape yang tak nak puteri Rasulullah kan? :)

Ali pon menemui Rasulullah dan menyatakan hasrat di hatinya. Tanpa disangka-sangka, Rasulullah setuju. Ali walaupon terkejut, berasa sangat la seronok. Tapi, terdetik jugak di hati kecil Ali bagaimana Rasulullah boleh setuju dengan penjodohan tersebut sedangkan Ali ni tak de apa-apa. Lalu persoalan ni Ali kemukakan pada Nabi.

Nabi menjawab bahawa jodoh Fatimah dan Ali telah Allah s.w.t tetapkan dari dalam syurga. Made in Heaven la kata omputih. Lagi pula, Ali dan Fatimah sama-sama dibesarkan oleh Nabi s.a.w sendiri. Maka di situlah wujudnya keserasian yang paling sempurna dan tepat antara mereka berdua.

Kehidupan mereka bahagia walaupon hidup dalam serba kekurangan. Ini yang membuatkan saya percaya, kebahagiaan sesebuah rumah tangga bukanlah disebabkan oleh wang ringgit. sebaliknya redha dari Allah yang menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. kebahagiaan mereka diserikan lagi dengan kelahiran Hasan dan Husain, cucu-cucu kesayangan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Aku ini seperti sebuah penimbang. Ali ialah kedua belah dacing di kiri dan kanan, Hasan dan Husain adalah pemegang dacing tersebut, dan Fatimah ialah penahan bagi penimbang itu. Jika tidak ada penahan, tidak lengkaplah penimbang tersebut."

Ada sebuah hadis yang menceritakan bahawa pada suatu hari Nabi pulang dari suatu tempat ke rumah Fatimah. sebaik berjumpa puterinya, Nabi berkata: "Wahai Fatimah, aku sangat letih, selimutkan aku."

Lalu Fatimah menyelimutkan bapanya yang tersayang. Seketika kemudian, anaknya Hasan datang dan bertanya: "Wahai ibu, aku terhidu haruman seperti haruman datuk. adakah datuk berada di sini?"

Fatimah menjawab; "Ya, datukmu Rasulullah berada di sini." Hasan berlalu ke arah Rasulullah dan menyapa baginda:

"Salam atas kamu wahai datuk. bolehkah aku berselimut bersama datuk?"

Nabi yang sememangnya menyayangi cucunya berkata; "Ya, ke marilah."

Tidak lama selepas itu, datang Hussain lalu menyapa; "wahai datuk, bolehkah aku berselimut bersama kamu?" Lalu Nabi menjawab; "Ya, marilah."

Apabila Ali pulang dari urusannya, dilihatnya Rasulullah sedang berehat bersama kedua orang anaknya, lalu dia berkata; "Wahai rasulullah, bolehkah aku berselimut bersama engkau?"

Lalu nabi menjawab; "Silakan wahai Ali."

Melihat ini, Fatimah juga meminta izin untuk bersama-sama berselimut dan berehat dengan bapanya.

Lalu Nabi bersabda, inilah Ahlul bait ku yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Bahagianya kehidupan seperti ini. :)

Berbalik kepada kisah Fatimah, puteri rasul ini merupakan seorang yang sederhana, lemah lembut, tenang, pendiam dan ceria. beliau juga dikenali dengan sifatnya yang sangat pemalu.

Pernah dikisahkan bahawa seorang lelaki buta datang untuk bertemu Rasulullah di rumah Fatimah, walaupon orang tu buta tapi Fatimah tetap dnegan purdahnya dan berselindung di sebalik tabir. setelah lelaki itu pulang, Nabi berkata;

"Wahai Fatimah, lelaki itu tidak dapat melihat (engkau), mengapa engkau masih bersembunyi?"

Lalu Fatimah menjawab; "Lelaki itu tidak dapat melihat, tetapi aku dapat melihatnya."

Pada suatu ketika yang lain, Nabi bertany para sahabat, siapa itu wanita? Lalu para sahabat menjawab, "purdah". Nabi bertanya lagi, bila masanya wanita itu dekat dengan Tuhannya?

Pada saat ini, Fatimah menjawab, "Bila wanita di dalam purdahnya."

Di satu saat lain, Nabi bertanya kepada Ali r.a sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya, "Apa kualiti terbaik seorang wanita?"

Ali terdiam. tak dapat jawab. lalu apabila sampai di rumah, Ali mengajukan soalan tersebut kepada Fatimah, dan Fatimah menjawab;

" Kualiti terbaik seorang wanita ialah tidak melihat orang lain, dan tidak dilihat oleh orang lain."

Ali memberi jawapan tersebut kepada Rasullullah, baginda menjawab; "Hai Ali. Ini jawapan yang benar. Sesungguhnya Fatimah ialah penghulu semua wanita di dunia."

Sifat malu Fatimah sangat menebal sehingga ke akhir hayat beliau.

Fatimah meninggal 6 bulan selepas kewafatan bapanya, Nabi Muhammad s.a.w. Sewaktu melihat jasad isterinya, Ali menangis sambil berkata;

"Wahai puteri Muhammad, kami tak menangisi kewafatan Rasul kerana adanya Fatimah di kalangan kami. Wahai fatimah, kepada siapa lagi hendak kami lepaskan rindu untuk wajah yang seiras nabi?"

Sewaktu ali menyelak kain yang menutupi wajah fatimah, terdapat sepucuk surat di sisi kepala Fatimah. Surat tersebut berbunyi:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Fatimah, puteri Rasulullah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu Rasul Allah. Aku percaya dengan tekad akan adanya Syurga dan Neraka, dan Hari Pembangkitan. allah menghidupkan yang mati.

Wahai Ali, aku, puteri Nabi Muhammad telah dijodohkan oleh Allah kepada engkau di dunia ini, dan juga di akhirat kelak. aku hanya memilih engkau dari sesiapa jua. Maka dengan itu, engkaulah yang mesti menjalankan pengebumianku dan dikebumikan pada waktu malam, dan jangan beritahu sesiapapun tentang itu. aku mengamanahkan ini kepada Tuhan dan selamat tinggal kepada zuriat keturunanku yang tidak akan pupus sehingga ke hari kiamat."

Ali menjalankan seperti yang diminta Fatimah seorang diri. sebelum mengebumikan jasad isterinya, dia berkata kepada bumi, "Wahai Bumi, aku mengamanahkan fatimah kepadamu. Dia ialah puteri Rasulullah."

Pada waktu itu, bumi mengeluarkan suara (dengan izin Allah s.w.t); "Wahai Ali, aku ini terlebih baik kepadanya berbanding engkau. Pulanglah, dan jangan bersedih."

Tiada siapa tahu di mana Ali menguburkan Fatimah, dan tidak akan ada siapa pun yang akan tahu sehingga ke hari kiamat. Subhanallah.

Menurut Hadis Bukhari dan Muslim, Ali tidak membenarkan Saidina Abu Bakar dan juga Umar ikut serta dalam pengebumian tersebut.

peristiwa itu menunjukkan betapa Fatimah sangat menjaga kehormatan dirinya walaupon setelah ketiadaan beliau. dia hanya mahu suaminya, Ali yang menguruskan pengebumiannya kerana rasa malu yang menebal.

Itulah peribadi seorang wanita Muslim yang dididik oleh Rasul. Fatimah, puteri Rasul yang mulia ni hidup bersama Ali selama 7 tahun 6 bulan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. ketika ditanya tentang Fatimah kepada Ali, Ali sangat sedih dan mengalirkan air mata. Katanya;

"Aku tiada rungutan apa-apa pun terhadap Fatimah sepanjang hayatnya bersamaku. Fatimah ialah wangian haruman bunga dari Syurga."

Kepada mereka yang bergelar wanita, marilah sama-sama mencontohi peribadi wanita mulia ini. kalau tak dapat semua, sikit pon okayla kan. yang penting kita berusaha untuk jadi lebih baik. ada pepatah yang menyebutkan;

"Kalau diri tak seperti Ali, jangan mengharap isteri seperti Fatimah."

so, sama-samala kita muhasabah diri kita. peribadi yang baik mencerminkan agama kita. semoga redha Allah sentiasa bersama kita, amin!

-------------
sumber: Mohammad Ali Al-Haj Salman, dalam bukunya yang bertajuk 'Fatima' terbitan tahun 1939.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

1 comment: