rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Sunday, 13 December 2009

Fahami Cinta


Biasa la.. topik cinta nih semua orang suka (termasuk saya kah? ehehhe), tapi sepatutnya kita tak membataskan maksud cinta tu hanya sebagai perhubungan dua orang lelaki dan perempuan. cinta yang sebenarnya lebih dari tu. cinta pada Allah, cinta pada agama, dan cinta pada Rasul mesti diletakkan di tempat yang teratas. dengan memiliki cinta allah, kita akan dapat memiliki cinta manusia, insyaAllah. artikel berikut saya ambil dari sumber internet. untuk pengetahuan bersama, apakah cinta?

Fahamilah Cinta..
“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami, menarikmu untuk mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu sebahagian dari dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu kamu kuat (tidak sakit sepertinya)?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

Namun hakikat CINTA yang sebenar adalah CINTA kepada Pencipta dan RasulNya..
Kebahagiaan Dunia & Akhirat pasti menjadi milikmu dengan rahmat-Nya..
Kerana itulah janji-Nya yang benar yang pasti akan dikotakan..
Bekalkanlah iman dan taqwa sebagai bekal bagi memberati neraca timbanganmu..
Untuk mengharap sesuatu yang kita sendiri belum lagi pasti baik atau sebaliknya..
Sebagaimana CINTA yang kita dambakan atas makhluk diatas dunia yang fana' ini..
CINTA???


Seorang bijak pandai Islam berkata "Jika engkau mahukan kemesraan dengan ALLAH, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri...tidak mengikut hawa nafsumu...kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan ALLAH, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan-Nya.. "


* kenali hakikat CINTA itu, sememangnya CINTA itu tersangat indah..


------------

yus cakap : cinta sejati itu anugerah Allah, sebab itu ia indah. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

4 comments:

  1. oit yus...bila nak wujudkan chat box shoutmix??hehehe....

    ReplyDelete
  2. adess.. sabo2 lew.. tgh merangkak lg nih.. huhuhu :)

    ReplyDelete
  3. hai...mcm pakar cinta lah cik yus nie...hehehe

    ReplyDelete
  4. mane de pakar nye kuZ.. kalo pakar, dah beranak pinak dah sekarang ni.. wuahhahaha :D

    ReplyDelete