rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Thursday, 31 December 2009

Emosi Malam Tahun Baru

**Post kali ni saya tujukan KHAS VIP karpet merah untuk encik yang datang melawat blog saya dan meninggalkan sumpah seranah nya pada saya**


Ehem.. Dalam sibuk-sibuk manusia bersiap sedia nak count down ke tahun baru 2010, saya sempat lagi nak belek-belek blog saya nih. Agak terpana saya dengan sorang visitor yang menamakan dirinya sebagai encik 'ba alif ba ya'..

Saya pon tak tau apa masalah dia asyik nak mencetuskan provokasi kat blog saya yang tak seberapa nih. Marah dengan post-post saya kah? Kecik hati dengan tulisan saya kah? Atau saya ada menyinggung perasaan anda kah wahai encik babi? (Ish.. nak sebut nickname anda nih pon tak gamak!)


Saya heran jugak kalau tulisan saya ada menganggu ketenteraman orang lain. Saya ni bukan la encik Zubir Ali, wartawan hebat yang sampai dikecam dengan cat merah dan bangkai ayam tu. Saya baru je nak berjinak-jinak dalam dunia memblogging ni. Jangan la nak hina-hina saya. Kecik hati tau.. :)

Kalau setakat nak kutuk saya takpe, ini tak, siap nak sentuh nama mak lagi. Itu boleh mendatangkan kemarahan dan kepanasan tahap pemanasan global! Takde la, kalau tak puas hati, bagitau la terus terang. Tinggal jejak ke, leh kita berbincang. (Kalau anda faham la erti berbincang tu.) Sebaik-baiknya tak payah la nak sebut makian cam pu**mak atau motherf**ker tu. Tak baik. Kutuk saya sorang cukup la. Mak saya tak bersalah sebab lahirkan saya.

Eh.. dah 12.00 am dah.. Selamat Tahun Baru 2010.. Semoga diberkati Allah hendaknya.. <--- selingan jap.. :)

OK, saya pon malas la nak cakap banyak lagi dah. Kepada anda yang bergelar encik babi tu, kalau setakat kata-kata anda nak menghina dan menyumpah saya, maaf lah. Saya jarang ambik kisah. Tak heran pon.
Sticks and stones may break my bones, but words will never breaks me!

Sorry la ye. Cuba lagi lain kali. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya pada anda. :)

Di kesempatan ni saya nak mintak maaf kepada semua yang baca atau singgah blog saya, dan terasa tersinggung dengan post atau tulisan saya ni. Saya tak berniat langsung. Sungguh! Semoga Allah mengampuni saya dan anda jugak. :)


------------------------------

yus cakap : Macam-macam jenis manusia dalam dunia ni ye. Dah dilahirkan sebagai manusia yang berakal, nak jugak rendahkan taraf diri dengan menggelar diri sendiri sebagai 'babi', haiwan yang paling 'busuk' sekali dalam Islam. Ish..


"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya."

(Surah Al-Mukminun : Ayat 1-5)


:)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 30 December 2009

Azam Baru? *Edisi Garu Kepala*

Malam ni saya rasa sungguh marah dengan encik celcom. Berkali-kali dia mematikan diri di saat saya sedang melayari alam maya ni. Eksaited je saya berjalan-jalan cari pasal kat blog-blog hebat bila tetiba page putih Cannot Find Server muncul menggelapkan suasana keceriaan saya. Ish!


Ehem.. esok dah hari terakhir 2009 kan? Cepat nye masa berlalu. Apa saya nak tulis kali ni ek? Highlight utk tahun 2009 saya dah post kat sini. Tinggal azam tahun 2010 le pulak yang takde lagi nih. Masalahnya, kali ni saya betol-betol takde azam baru. Serius. Apa nak jadi dengan saya nih? Sebagai seorang wanita yang akan mencecah suku abad tahun depan (ehem.. tinggal sehari je tahun depan tu), saya sepatutnya mempunyai misi dan visi untuk dicapai. Ahak ahak dan ahak lagi.. Agak hampes dengan ayat tu. Cis!

Cuma ada beberapa perkara je dalam kepala saya sekarang nih.

1. Of course la, kesihatan mak saya.

Ni bukan azam kan? Ini satu harapan. Satu doa yang tulus. Satu wish yang sangat-sangat saya harap dimakbulkan Allah s.w.t. Saya pernah fikir, biarlah saya tak mempunyai apa-apa, tapi saya nak emak saya selalu ada. Dan saya betul-betul memaksudkannya..

"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini)." (Surah An-Nisa' : Ayat 79)

2. Kerja baru.

Ini memang tak boleh tahan lagi. Saya nak kerja baru!! Tapi, sebelum dapat kerja baru tu, saya tak boleh give up dengan kerja sekarang. Jadi walau betapa malasnya saya nak pergi keja sekarang ni, terpaksa la saya gagahkan kaki pergi jugak.

Dulu nak pergi kerja, kol 7 dah siap semua dah. Siap galas beg nak gi keja dah. Sekarang ni, kol 7 baru terhegeh-hegeh nak pegi mandi. Lepas subuh sempat lagi nak baring-baring dulu. Wuaaa.. sangat malas!

3. Saya rasa saya nak kawen la.

Huwarghhh!! Ayat tak bleh blah! Mana nak cari calon ni haa?

Takde la. Sebenarnya, nak kawen tu bukan dalam list priority saya. Serius nih. Bukan memain. Sebab ye lah, mana leh nak kawen lagi, mak tak sihat lagi. Nanti saya kawen cemana nak jaga mak kan? Ehehehe..

Yang sebenarnya merisaukan saya ialah soalan-soalan yang semakin hangat ditanya. Yang secara tak langsung boleh menghangatkan hati saya jugak.

"Bila nak kawen?"

Adoii.. 3 perkataan jer. Tapi sangat geram! Letih nak menjawab. Tak tau nak jawab ape dah. Saya selalu bagi jawapan,

"Tak laku la. Takde orang nak."

ataupon

"Belom sampai jodoh lagi."

Pastu sesiapa yang tanya tu pon akan start bukak ceramah. Antara isinya for sure la, jodoh tak datang kalau tak dicari.

Betolker? Saya agak skeptik sikit dengan pernyataan nih. Bagi saya, bukan kerja orang perempuan nak pegi cari 'jodoh' dia kan? Tu kerja orang lelaki. Saya masih berpegang dengan kata-kata perigi takkan cari timba. Setuju tak dengan pandangan saya nih? Mungkin saya sorang je yang masih berpegang dengan kata-kata nih. Heh, pedulik hape saya! :)

Tapi nanti saya dibidas lagi,

"Kalau kamu tak cari, tak kawen la kamu sampai ke tua. Lelaki dah makin pupus sekarang ni."

"Takpe la kalau diorang pupus pon. Apa nak dihairankan? Kepupusan diorang takde kaitan dengan perjalanan kisah hidup saya." Kata saya.. dalam hati.

Dalam hati je la saya leh jawab. Selalu macam tu la. Teruk la diorang nih. Selalu bagi soalan sensitif nih. Mana saya nak GALI jawapan untuk soalan tu?

Balik kampung nanti nenek bukak tajuk tu. Jumpa kawan kat pasar malam, soalan tu jugak yang keluar. Dekat tempat kerja pon, kena lagi serang dengan soalan yang sama. Jumpa member lama kat Facebook pon tanya soalan tu. Ape kes??!!

Aduhai. kalau setiap orang yang tanya soalan tu pada saya, saya cas RM1, mungkin sekarang saya dah sekaya Irfan Khairi. Atau lebih kaya dari dia. Ehehhehe..

Hurmm.. 25 tahun dah saya tahun depan. Cam tak sangka je saya akan se'tua' itu. Macam baru semalam jer saya umur 15 tahun, dan dengan selamba memontengkan diri dari kelas Geografi pada waktu itu. Haii.. Dah tua dah saya. :)


-----------------------------------------

yus cakap : Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. (Waaaa.. ape kaitan??? Takde kaitan!! Ahahahakz..)


"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." (Surah An-Nisa' : Ayat 1)
:)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Oh Tidak!

Sepanjang penulisan saya dalam berblog nih, ada dua perkara yang saya tak gemar nak tulis. Tak menjadi kesukaan saya untuk sentuh. Yang pertama ialah hal POLITIK dan yang kedua tentang industri SENI tempatan.

Saya lihat kedua-dua perkara ini sebagai sesuatu yang menjengkelkan. Sama saja tahap kejengkelannya.


Politik

Bila sesekali saya berpeluang tengok berita jam 8 malam kat tv, tak abes-abes kisah politik Malaysia yang makin tenat. Berpinau bijik mata tengok kesengalan pakcik-pakcik menteri yang mewakili parti memasing mempertahankan ideologi parti mereka yang entah apa-apa tu. Nak-nak lagi time pilihan raya. Saya memang puasa tengok tv la time tu!


Tak cukup dengan tu, semua yang bertentangan dengan apa yang dibawa oleh partinya, semua salah. Fitnah sana, tuduh sini, mengutuk sana sini, pastu membangkitkan kepincangan parti lain, macam parti dia takde pincang langsung. Tepatla kata pepatah, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata wat derk aje. Buruk sungguh scenario politik Malaysia yang tercinta ni.

**Pengabaian dilakukan terhadap politik luar Negara, sebab memang perkara ni berlaku di seantero dunia. Tupasal nama nya politik**

Saya tak tujukan pada mana-mana parti politik, sebab secara peribadinya saya tengok semua parti SAMA! Kenyataan yang membalas balik atau membidas parti lain keluar dari pakcik-pakcik menteri dari pelbagai parti.

Apa sebenarnya yang dicari oleh semua parti politik ni? Bukankah tujuan parti-parti politik ni ditubuhkan untuk membela nasib rakyat? Bukankah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan? Huh! Konon jer!

Kenapa mesti bertelagah sesame sendiri? Kenapa mesti wujud macam-macam logo parti kalau tujuan dan matlamatnya sama? Kenapa mesti bangkitkan isu remeh semata-mata kerana berbeza parti? Biarlah anak pakcik menteri sana kawen dua pon. Dah dia mampu. Dia pon manusia jugak. Kenapa perlu nak kecohkan hal tu? Sedangkan ada sesetengah dari parti yang sini ‘menyimpan’ isteri-isteri, tak dikisah pon. Sebab pe? Sebab ideology politiknya sama. So jadi KAWAN. Huh.. dah hilang akal dah agaknya dunia politik sekarang!

Menurut Aristotle, politik bermaksud “Segala sesuatu yang sifatnya dapat merealisasikan kebaikan di tengah masyarakat.”

Dan menurut Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna, “Politik adalah hal memikirkan tentang persoalan-persoalan internal maupun eksternal umat.”

Internal politik adalah “mengurus persoalan pemerintahan, menjelaskan fungsi-fungsinya, merinci kewajipan dan hak-haknya, melakukan pengawasan terhadap para penguasa untuk kemudian dipatuhi jika mereka melakukan kebaikan, dan dikritik jika mereka melakukan kekeliruan.”

Eksternal politik adalah “memelihara kemerdekaan dan kebebasan bangsa, mengantarkannya mencapai tujuan yang akan menempatkan kedudukannya di tengah-tengah bangsa lain, serta membebaskannya dari penindasan dan gangguan pihak lain dalam urusan-urusannya.”

Cuba fikir-fikirkan, politik negara Malaysia yang dikatakan negara Islam nih, macam definisi yang tu ker? Jauh sekali la nak bandingkan dengan politik zaman Rasulullah s.a.w dulu. Hurmmm..


Industri SENI tempatan


Semakin lama semakin mual tengok scenario artis-artis kita di persada seni tempatan. Hoh! Seni la sangat? Tak terlanjur rasanya kalau saya panggil pentas maksiat! Setuju tak?

Berdasarkan A Learner’s Comprehensive Dictionary of Indonesian oleh Sutanto Atmosumanto, maksiat didefinisikan sebagai "an act that breaks moral law, especially on sex."

Berbanding dari segi Islam, maksiat ialah segala perkara yang dilarang oleh Allah. Merangkumi pelbagai aspek. Termasuk mencuri, meminum arak, berzina ataupon berbohong dan lain-lain lagi.

Saya tak berniat nak menghukum atau menghina golongan artis. Sesetengah je la yang buat perlakuan tak senonoh ni (atau mungkin lebih dari setengah kot!). Akan tetapi, orang dulu ada cakap, seekor kerbau bawak lumpur, abes satu kandang terpalit. Itulah analoginya.

Sekarang ni kecoh kisah artis kena tangkap kat pusat hiburan. Kisah artis dan dadah. Kisah artis minum arak. Kisah artis menghancurkan rumah tangga orang lain. Bila kantoi, satu Malaysia tahu, semua deny. Yang kes baru ni pulak, ape kejadahnya la melepak kat pusat hiburan tetengah malam sambut besday? Bercampur pulak tu lelaki perempuan. Bukankah larangan Allah tu? Maksiat la kan?

Trend pakaian artis pulak. Macam artis barat dah pon. Bukankah Allah larang tunjuk2 body yang kunun 'cantik' tu? Maksiat la kan? Banyak lagi contoh yang ada, malas nak sebut je. Tu sebab saya katakan pentas maksiat.

Ye ye je bagi dress code ethic kat Gwen Stefani, kat Beyonce Knowles, kat Avril Lavigne, kat Fergie bila diorang nak datang Malaysia. Padahal artis Malaysia sendiri pakai baju tak cukup kain. At least, artis-artis barat tu dah sah-sah le tak belajar hukum hakam Tuhan. Pedulik hape dorang dengan dosa pahala nih. Artis Malaysia? Tak tahu jugak? Tak belajar jugak? Ish..

Kalau orang mempertikaikan cara hidup dorang yang dah moden cam gampang tu, nanti ada la ayat cam ni keluar;

“Kami jugak manusia biasa.”

“Bagi la privasi pada kami.”

Well, helloooo! Masa memula jadi artis tu, anda dah automatically mengizinkan diri jadi tumpuan. Kenapa la sengal sangat wat penyataan privasi tu? Memang, manusia biasa pon buat apa yang anda buat wahai artis, tapi kalau taknak jadi tumpuan, jangan la jadi artis. Takdela semak bijik mata kitorang.

Kadang-kadang saya jadi senak perut bila tengok artis yang berlakon cerita-cerita (so-called) keislaman. Dalam tv baik nak mampos. Bertudung sakan. Dok dalam umah (dalam citer tu la) pon pakai tudung. Pegi sidai kain pon bertudung litup. Tapi realitinya. Tudung ke mana, baju kurung ke mana. Yang tinggal baju yang layak untuk budak darjah tiga yang dipakai. Hipokritas!

“Itu dah memang kerja dia. Lakonan lain, realiti lain. Moden la sikit.”

Tu la dia. Bila manusia mula pisahkan kehidupan realiti dengan pekerjaan dia. Dan bila manusia pisahkan agama dari kehidupan dia. Heh.. called me konvensional, atau kolot, whatever, tapi saya tetap tak gemar tengok scenario sebegitu. Dalam erti kata lain MELUAT!

Ni la pasal saya taknak sentuh hal artis-artis terlampau nih. Nanti saya sama-sama kongsi dosa je. Semoga kita dapat hidayah dari Allah. :)


--------------------------------------------------------

yus cakap : Tanda-tanda kiamat semua nih.. banyak-banyakkan la berdoa dan bertaubat.. :)


Hadis riwayat Usamah r.a.:

Bahwa Nabi s.a.w menaiki salah satu bangunan tinggi di Madinah, kemudian beliau bersabda: "Apakah kalian melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat terjadinya fitnah di antara rumah-rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan."

:)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 29 December 2009

10 Rahsia Untuk Rasa Gembira

Semakin hari yang berlalu, semakin banyak cabaran yang datang. Semakin banyak ujian yang tiba. Bila diri semakin berusia, makin banyak jugak tanggung jawab dalam diri. Dah tak boleh nak suka-suki cam zaman kanak-kanak dulu. Bila dah 'tua' sikit ni, nak gelak lebih-lebih pon tengok orang sekeliling. Dulu, time muda-mudi, ikut suka hati je. Nak gelak sampai pecah telinga orang sebelah pon tak kisah.

Bila kurang ketawa (atau senyum), kita sebenarnya makin men'suram'kan wajah kita. Sape cakap kita tak boleh rasa gembira walaupon dah 'tua'? Walaupon dah tak remaja? Ehehhe.. Kat sini saya kongsikan 10 Rahsia untuk Kekal Gembira. :)


1. Sebarkan perkara-perkara yang seronok

Dari sebesar-besar benda yang hepi, seperti contoh kenaikan pangkat, atau keseronokan keluar bershopping, kepada sekecik-kecik zarah, sebagai contoh kucing anda selamat beranak anak jantan ke, apa-apa ajer, kongsi rasa seronok tu dengan sesiapa, dengan emak ke, atau kenkawan. Supaya rasa hepi tu dapat disebarkan dan tidak terpendam. Telefon atau emel kawan anda untuk sebarkan rasa seronok tu!


2. Cipta kenangan yang indah

Kalau ada barang-barang kenangan dari zaman kanak-kanak yang menggembirakan anda, kutip dan framekan. Atau letak di tempat kerja anda, supaya dapat dilihat dan membangkitkan rasa gembira yang pernah dirasakan. Cuma, jangan terlalu mengenang zaman lampau sampai terlupa masa sekarang. :)


Menurut Timothy D Wilson, pakar psikologi sosial Universiti of Virginia, katanya, apa yang kita perlukan ialah pengekstrakan kenangan atau pengalaman secukupnya untuk kita hargai kehidupan lalu tanpa merosakkan kebahagiaan hari ini.



3. Men'tahniah'kan diri sendiri


Bila anda berjaya mencapai sasaran atau goal anda, contohnya kalau anda berazam nak tanam pokok bunga, then anda berusaha untuk merealisasikan impian anda tu, dan akhirnya berjaya menanam pokok bunga tahi ayam, raikannya! Anda perlukannya!


Tak perlu risau untuk meraikan atau menghadiahkan diri sendiri sesuatu penghargaan, asalkan tak melebih-lebih sampai 'mengangkat bakul' pulak, sebab sebenarnya ramai orang tak pandai menghargai usaha mereka.


Macam saya, kadang-kadang bila terpaksa balik kerja lewat, saya akan treat diri sendiri KFC ke, makan luar ke.. Tapi tak selalu la, leh susut poket tu.. (saya memang jarang-jarang nak mampos balik kerja lewat.. sekali dalam setahun kot!) ehheheh..


4. Cuba nikmati


.. coklat yang anda makan. Ehehhehe.. Coklat dapat membangkitkan suatu hormon hepi dalam badan, jadi bila rasa kurang hepi tuh, try makan coklat and nikmati ia. Nanti ok la rasa kurang seronok tu. :)



5. Bandingkan diri dengan mereka yang kurang dari anda


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda;


"Pandanglah mereka yang lebih bawah (kurang) dari kamu."

Sabda Nabi nih bertujuan untuk kita rasa lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau kita bandingkan dnegan orang yang lebih dari kita, kita akan jadi tak puas hati, lebih teruk jadi tamak.




6. Seimbangkan masa


Ada masa untuk kerja, ada masa untuk berehat, ada masa untuk beribadah. Jangan 'curi' masa berehat untuk kerja, atau jangan 'ambil' masa beribadah untuk berehat. Semua tu sepatutnya ada waktunya. Anda perlu bijak membahagikan masa untuk menyeimbangkannya.


Sebab ini la saya tak suka konsep 'workaholic'. Apa gunanya kerja sampai tak ingat dunia, bila akhirnya kita sendiri terlebih penat, dan tak ada masa untuk menghargai diri sendiri (dengan berehat dan beribadah).



7. Berpura-pura gembira


Bila rasa kurang seronok, atau hormon gembira tu kurang dalam badan, pura-pura la gembira. Senyum dan ketawa bila orang buat lawak (walaupon takde la lawak sangat).


Ataupon, masa rasa suram tu, pergi kat cermin dan tengok betapa 'cantiknya' anda masa bermuram durja. Ehehehhe.. :)



8. Ingatkan waktu yang indah


Masa sambutan besday anda yang baru lepas ke, masa ade sorang mamat/minah senyum kat anda ke. Kembalikan waktu indah tu, dan hadirkan senyum pada wajah. :)



9. Elakkan pemikiran 'gelas separuh kosong'


Kalau ada sebijik gelas yang ada air setengah dari ketinggian gelas tuh, apa yang anda fikir?

  • gelas tu separuh penuh?

atau

  • gelas tu separuh kosong?

Pemikiran anda menentukan siapa anda. Fikirkan yang positif dan anda akan rasa gembira! :)


10. Ucaplah 'terima kasih' atau alhamdulillah (bagi yang Islam)


Bila someone benarkan anda keluar dulu dari lif, atau kawan anda pulangkan pen yang dia pinjam dari anda, katakanla "terima kasih". Atau bila ada orang puji anda, cakapla "alhamdulillah". Kembalikan pujian tu kepada Allah.


Ucapan terima kasih dan alhamdulillah ni memanifestasikan rasa syukur kita dengan nikmat yang kita miliki, pada waktu tu. Orang dengar pon senang hati, Allah pon sayang ngan kita. InsyaAllah..

-------------------

:)

Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 28 December 2009

Bila Aku Jatuh Cinta

Puisi ni saya dapatkan dari satu laman web indonesia . Saya suka baca puisi nih, macam satu motivasi dan muhasabah untuk diri sendiri lar. Supaya nanti bila saya ditakdirkan Allah untuk jatuh hati (entah bila tak tau le.. prepare dulu ni.. ehehhehe) saya tak lupa daratan pulak.. wuahhaha.. :)

Tajuk puisi ni ialah;


Bila Aku Jatuh Cinta

Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amin yarabbal alamin..



:)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

5 Jenis Buahan Magik

Entah ape pasal ntah tetibe je post kali nih saya nak berkongsi tentang info kecantikan. Biasalah, kecantikan adalah hak milik setiap insannn.. (malu jer nak cakap pasal kecantikan bila orang yang bercakap ni tak cantik pon.. ehehhehe), so tolong le jangan tanya saya if it works or not. Sebab bagi saya buah-buah ini lebih sedap dimakan daripada dibiarkan kering a.k.a ditepek di wajah. Huhuhuhu.. :)

Info ni saya jumpa dari internet. Jom kita tengok lima jenis buah-buahan yang mampu bertindak magik ke atas kulit anda, dan menjadikannya bersinar-sinar bak bulan purnama (exaggerate jer nih..).

1. Betik


"Buah betik mempunyai enzim yang dinamakan papain (apa-apain sih) yang mampu bertindak sebagai pencuci muka yang sangat baik. Ia juga mampu menyegarkan kulit wajah yang tidak terjaga dan berminyak. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit wajah berminyak dan mampu mencerahkan kulit wajah." kata pakar kecantikan, Shanaz Husain.
  • Kulit betik boleh diguna begitu saja atau dicampur dengan bijirin oat atau madu dan di tepek di muka selama 10 minit. Bilas dengan air sejuk apabila ia mengering.
  • Kulit betik boleh dicampur dengan kulit timun dan diletakkan di keliling mata untuk mengurangkan 'eyebag' ataupun lingkaran hitam dikeliling mata.

2. Epal
"Selain mengandungi vitamin dan mineral, epal mengandungi pektin dan agen pencerah yang dapat mencerahkan kulit, malah dapat membaiki sistem peredaran darah. Epal lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif." kata pakar kecantikan semulajadi Suparna Trikha.

  • Untuk memulihkan sunburn, tambahkan glycerin ke dalam kulit epal yang dikisar dan tepekkan di muka selama 15 minit. Basuh dengan air sejuk.

  • Untuk kulit yang kering dan tidak terjaga, campurkan dua sudu epal (yang dilenyek) dengan dua hiris betik, kemudian tambahkan satu sudu krim segar, dan mix kan dengan bedak. Sapukan di kulit wajah yang bersih dan biarkan selama 15 minit. Basuh dengan air sejuk. Hasilnya kulit wajah yang menyegarkan.

3. Pisang

"Pisang yang sudah masak dan masih segar sangat elok digunakan sebagai 'mask'. Bukan sahaja merapatkan dan membersihkan pori-pori wajah, tetapi juga dapat menyegarkan kulit wajah yang kering." akui Dr Shoba Sehgal, pemilik spa dan zon kecantikan, VLCC.
  • Lenyekkan pisang dengan sesudu madu, tepekkan di muka selama 10-15 minit. Hasilnya akan menyegarkan wajah dan menjadikan wajah lebih lembut dan halus segar.


4. Oren

"Buah-buahan sitrus memang terkenal dengan agen penegang wajah. Sapukan kulit oren kepada wajah untuk menegangkan muka dan mencerahkan tona wajah." menurut Shahnaz Husain, pakar kecantikan.

  • Kisarkan dua biji oren dan sejukkan ia di atas dulang. Ketulan oren (jus) ini boleh digunakan dengan segera pada kulit muka yang letih, suram dan berminyak untuk kesegaran yang nyata.






5. Pomegranate (delima)

"Ia baik untuk kulit wajah yang berminyak dan gabungan kering-berminyak (combination). Kaya dengan AHA, jus pomegranate bertindak sebagai agen penegang wajah dan juga penyegar semualajadi." akui Suparna Trikha.
  • Asingkan biji pomegranate dan gunakan ia sebagai 'face skrub'. Ia menyingkirkan lebihan minyak dan menyegarkan wajah.

  • Dengan menggunakan kapas muka, sapukan 50ml jus buah ini ke wajah dan biarkan selama 10 minit. Bilas untuk dapatkan wajah yang segar.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sunday, 27 December 2009

Hari Lahir Emak

Ehem.. Dah berapa hari saya tak jenguk alam maya. Tak check emel. Tak update blog. Tak ada masa langsung nak mencelah masuk ke alam maya ni. Sibuk le katakan. Bukan sibuk bercuti (walaupon memang cuti panjang kat kampung) tapi sebenarnya sibuk berhadapan dengan realiti alam nyata. Semalam, 26 haribulan Disember is birthday mak saya. Tapi memang tak gembira langsung!

Tak gembira sebab kitorang sambut besday mak kat hospital. Satu tempat yang paling saya benci sekali dalam dunia nih! Heh. (Mungkin kenyataan ni terhasil dari perasaan bercelaru saya masa ni, jadi no offence ya!)

Saya bawak mak gi hospital pada 26.12.09 setelah saya tengok keadaan mak makin teruk. Memula, difficulty in speaking. Pastu, tangan kanan mak start numb dan tak gerak. Dan yang terbaru bila kaki kanan mak dah semakin tak dapat melangkah. Saya bawak mak gi hospital, dan memang dapat dijangka walaupon oleh budak darjah tiga, mak saya dah dapat hadiah Strok!

Last-last sekali, ke wad le jawabnya. Itula hadiah hari lahir untuk mak. Ujian, ujian.. :(

"Demi sesungguhnya akan Kami uji kamu dengan suatu cubaan, yakni ketakutan. kelaparan, kekurangan harta, manusia, buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (dengan ujian)." (Surah Al-Baqarah : Ayat 155)

Harap dapatlah diberi kesabaran kepada saya dan adik-adik. :-/

Sebenarnya, saya tak suka hantar mak ke hospital, dan terpaksa menghuni wad. Tapi daripada menyerahkan nasib kepada 'bomoh terhandal di Malaysia' (seperti dicadangkan oleh beebrapa sedara mara), saya rasa hospital ialah jalan terbaik yang saya boleh pilih.

Semalam, masa hari lahir mak, saya mintak kat adik saya untuk teman mak kat wad (asalnya dia nak temankan). Payah jugak le saya nak mengangkat dan mengusung mak saya yang seberat 65kg tu ke bilik air, nak angkat dia untuk duduk, dan nak menahan belakang mak masa duduk supaya dia tak terlentang ke belakang. Tapi, sebab saya ingat, dengan tangan kanan mak tu la dulu menyuapkan saya makan, dengan kedua tangan tu la dulu mendukung saya masa saya kecik, saya kuatkan diri jugak le. Saya pon malas nak mintak tolong nurse, almaklumla, diorang ade keje yang lebih 'serius' nak dibuat daripada tolong saya pakaikan pampers kat mak. *sigh*

Disebabkan esok 28.12.09 saya kerja, jadi tugas teman mak malam ni diganti oleh adik saya Linda. Harap-harap mak akan makin sembuh. Tadi adik saya maklumkan mak dah kena pakai tiub oksigen pulak. Makin tak senang hati saya nak pergi kerja esok. :(

Saya tak pasti Linda leh angkat mak ke tak sensorang, tapi saya dah pesan, kalau dia tak dapat buat, mintak tolong nurse. Malangnya, baru je saya dapat sms dari adik saya ni cakap dia mintak tolong nurse untuk angkat mak, dan kata adik saya;

'nurse wat tak tau je.'

Heh. saya dah agak. :-/

Tu sebab saya BENCI hospital! :)


yus cakap : Selamat Hari Lahir Mak.. Semoga panjang umur dan kembali sihat. Amin yarabbal alamin.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Friday, 25 December 2009

Tujuan Yang Tersasar

Kewujudan pelbagai jenis 'social networking site' seperti MySpace, Friendster dan Facebook menyebabkan saya terfikir, pentingkah semua laman web seperti ni? Untuk makluman, saya memang ada akaun bagi ketiga-tiga laman web yang disebut tu. Akaun MySpace dibuat pada 2006, Friendster 2007 dan Facebook, baru-baru ni jer, 2009. Semua atas saranan kawan (dan adik) saya. Kembali kepada persoalan, relevankah semua website sosial nih? Nih baru sebut tiga laman web, ada banyak lagi web yang lebih kurang sama fungsinya, Tagged, Hi-5, Fanbox, Ning, blablabla.. Banyaaakkk lagi (yang saya tak tau kewujudannya pon).

Tak dinafikan, ada kebaikan di sebalik kewujudan website-website ni. Contoh paling glemer is, "senang nak keep in touch dengan kenkawan."

Mungkin ada benarnya. Cuma kadang-kadang tu saya jadi pelik, ada sesetengah profile kawan saya yang friendsnya sampai beribu-ribu lemon. Biar betik!! Ramai betul kawan dia. :) Friends saya jangan kata 100, 30 pon tak sampai (akaun facebook le). ehehhee..

Lain pulak dengan akaun MySpace saya yang skang ni mencecah 100 friends. Ye masih sikit berbanding orang-orang lain. Tapi, walaupon sikit, saya dah keliru kekadang bila diorang post shout out kat profile atau tetibe kasi komen, saya terfikir, "bila masa dia ni jadi kawan aku?"

Bagitu jugak akaun Friendster. Akaun ni diwujudkan sebab kunun-kununnya senang la bagi saya dan kenkawan matrik dan uni untuk 'keep in touch'. Siap ada la group sendiri lagi. Tapi sampai sekarang, group tu dah lebih setahun tak di update, takde apa-apa perkembangan. Keep in touch ekk gitu??? Hurmm..

Sekarang ni, disebabkan 'konon-konon' taknak ketinggalan, saya pon buat akaun Facebook pulak. Ada dalam berapa je kawan saya. Kawan yang betol-betol kawan dalam real life mungkin berapa orang, pastu campur dua tiga orang yang 'kenal' di alam maya.

Itula masalahnya. Memang tak salah nak menambah kenalan. Di alam maya pon apa salahnya. tapi, saya tak nampak kepraktikalannya. Mula-mula memang la saling bertanya khabar, whatever yang di shout out kan, pasti ada yang komen. Tapi sampai bila? Nak-nak lagi kalau yang ramai friends tu. Larat ke dia nak layan 1000 shout out/ mesej/ komen yang kenkawan dia bagi?

Itu baru satu akaun. Kalau ada tiga akaun? Lima? Sepuluh? Ish.. Macam tak realistik je nampak gayanya. Bagi saya lebih baik stick pada satu, tapi padat. Apa guna join macam-macam website tapi semua haprak.. eheheheh..

Mungkin saya patut kensel akaun MySpace ngan Friendster saya. Biar stick dengan Facebook jer. Senang cerita. Tak payah nak banyak-banyak kali taip email dan masuk password pastu tekan Login. Buang masa. Bila fikir-fikir balik, macam dah lari tujuan dan fungsi laman web ni semua. Sekadar nak menambah kenalan, dah tu, hilang ditelan zaman. :)

Tapi ni pendapat saya je la. Baru-baru ni saya wujudkan blog, and join Geng Blogger pulak. Saya pon tak tau kenapa saya leh join laman web nih. Memang bagus laman web nih. Yang tak bagusnya, saya. Ye la, bila tengok blog-blog orang lain, terasa kerdilnya diri. Terfikir, buat apalah saya nak menyelit-nyelit di kalangan blogger-blogger yang dah profesional semua ni. Sedangkan saya masih merangkak lagi.

"Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya." (Surah Al-Infitaar :Ayat 7)

Bila dengar pulak kata kenkawan yang wat 'bisnes' ngan encik Nuffnang, lagi ler terasa kerdil saya nih. Baru sedar kekolotan diri yang ala-ala baru keluar dari tempurung kelapa tua.

Cuma, dah memang saya set dalam hati masa buat blog ni dulu, saya bukan nak kejar hits, atau kutip follower ramai-ramai, apa lagi nak buat duit dengan blog saya yang cam hampeh nih, tapi saya just nak berkongsi pengetahuan, kisah dan perjalanan hidup. Setiap kisahnya berbeza. Jadi kalau dapat dikongsi kisah tu, alangkah baiknya. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Sebab tu saya tak kisah kalau saya takde ramai follower, yang penting, kalau someone singgah blog saya, ada benda yang dapat dikutip untuk dijadikan manfaat dan peringatan pada kita semua (khususnya umat Islam) dan terutama sekali pada diri saya sendiri. InsyaAllah. Tu je hasrat saya. Ehehehhe.. :)

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" (Surah Al-Baqarah : Ayat 44)

:)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 23 December 2009

TOP 10 of 2009 (for my life) !!

2009 dah semakin melabuhkan tirainya. Tak sangka kan cepat sungguh tahun nih. Pejam celik, pejam celik dah hujung tahun. Syukur alhamdulillah pejam masih celik, kalau pejam tak celik-celik ape kes? Innalillah ler.. ehehehhe.. Ehem.. Tinggal lagi seminggu sebelum ke 2010. So, kat sini saya coretkan sikit perkara TOP 10 yang meggembirakan, atau menyedihkan, atau mengejutkan, atau menyakitkan hati. 2009 memang penuh dengan warna warni. Hurmmm..

p/s : semata-mata pandangan saya. tiada kena mengena antara yang hidup atau yang sudah tidak hidup lagi. :)

OK, jom start!


10) Bertahan di tempat kerja sekarang

Masa mula-mula kerja kat SP nih tahun 2008, doa saya ialah biarlah bertahan, at least setahun pon jadilah. Saya taknak tukar-tukar kerja a.k.a job hopping. Walaupon pelbagai cabaran dan perkara yang berlaku, saya masih bertahan kat sini, lebih dari setahun lak tu. Tak sangka gak nih!

Mood : Tak bleh blah!


9) Kesihatan mak terganggu

Sepanjang tahun mak sihat je. Tapi mula dari raya haji hari tu mak mula tak sihat. Sama macam tahun 2007 la, raya haji gak masuk spital. Ish.. kebetulan yang tak best langsung!

Mood : Sedih


8) Lesen P tamat

Eheheheh.. suka tak terkata lepas nih saya dah tak yah menampal P kat moto ngan keta saya. Lalallalala~~

Mood : Hepi


7) Twilight & Taylor Swift???

Huh.. dua menda nih memang terlalu over rated bagi saya. Tak de la best sangat citer pontianak omputih nih, minah Swift nih pon bukan la best pon, tapi kemain lagi digilai seluruh dunia.. Ape kes???

Mood : What the heck!


6) Azam tercapai

Azam nak beli kereta ngan laptop tercapai. Syukur alhamdulillah, Allah murahkan rezeki. Walaupon sengkek jugak la sebentar, tapi okay laa.. ehehehhe..

Mood : Syukur


5) Blog wujud akhirnya!

Saya suka menyonteng, tapi tak reti mengarang. So bila nak wujudkan blog ni ambil masa yang lama. Tapi, tercapai gak hasrat ni pada 26 Zulhijjah 1430 yang lalu. Sebagai hadiah hari lahir untuk diri sendiri (27 Zulhijjah).. ehehehhehe..

Mood : Suka hati


4) Pergi Hong Kong

Ni la first time nek kapal terobang beb! Giler jakun saya. Ehehheheh..

Mood : Syiok


Wuahh.. dah Top 3 dah ni.. Taaadaaaa!






3) Michael Jackson is dead

Hah.. ini dia berita paling mengejutkan dunia dalam tahun 2009. Sudden death le katakan. Dengar cerita ada komplot manusia-manusia durjana yang 'mematikan' encik Maikel Jeksen ni gara-gara pertukaran agamanya ke Islam. Wallahu 'alam.

Tapi lepas MJ meninggal, semakin kerap dengar orang lain yang follow -sudden death jugak- contohnya Yasmin Ahmad dan terbaru Brittany Murphy. Tu la dia, Allah dah berfirman;

"Kullun nafsin za ikatul maut. Tiap yang bernyawa pasti merasai mati." (Surah ali-Imran : Ayat 185)

Mood : Insaf


2) Bajet 2009

Ini dia lagi satu benda yang tak boleh blah! Bajet 2009 yang dibentangkan November lalu memang saya tak puas hati (sikit la!). Pertamanya, kelebihan sangat banyak pada penjawat awam (Tak kisah la, tak baik dengki ngan rezeki orang kan?) dan keduanya, ketidak prihatinan kerajaan terhadap penjawat swasta. Macam saya. ehehehhehe.. Macam la kami ni tak beri faedah langsung pada ekonomi negara. Kesian tau. Diabaikan je. Huhuhuhu.. Rasanya, ekonomi negara banyak dijana oleh perusahaan dan manufacturing seperti perkilangan dan industri, yang kebanyakannya adalah swasta. Tapi, takpe la. Rezeki tu di Allah yang beri. Nak dengki kat penjawat awam pon tak baik. Eheheheh. Rezeki memasing la.

Yang saya nak cakap is personally, bajet 2009 saya ni pon tunggang langgang sebenarnya! duit payah betol nak masuk, tapi nak keluar sennag giler. Pening kepala saya memikirkannya. Nak masuk hujung bulan je, nak keluar tak kira masa. Laptop buat hal la, nak servis keta la, insuran moto la, tayar pancit la.. memacam hal! Hurmmm..

Mood : Geram


Nahhh.. Ini dia.. No 1.. Jeng jeng jeng.. Drum rolls please!!




1) Maintain single

Wuahahhahaa.. Ini dia.. Yang ni memang akan terus menggungguli carta until God knows when saya rasa! Ntah sampai bila... mungkin 2020 kot.. wuahahahha.. :D

Actually, kalo ikut plan, saya ingat umo 24 nak get enggaged, pastu 25 nak kawen (that is 2010 la!), tapi masalah problem nya, sampai skang tak laku-laku nih! Dan calon-calonnya ialah tak wujud lagi nih.. Ehehhehe.. Kena tukar deadline lagi lor! Wuahahhaa :D

Mood : Takde perasaan



yus cakap : Ehehehhe.. tu la dia.. Top 10 la sangat ek? Ahahahaha.. Jangan marah ek! :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 22 December 2009

10 Peraturan Menceriakan Hari Anda

Pernah tak anda bangun pagi dan terasa sangat MALAS? Sangat tidak bermotivasi. Rasa macam nak sambung tidur je. Malas betul nak pegi kerja, malas nak masuk kelas, malas nak pegi mandi pon. Tapi, nak tak nak kena pegi jugak, apa boleh buat, dah itu rutin seharian. :)


Sebenarnya, semua bermula dari minda. Minda dah set macam tu, so yang jadi 90% macam tu la. So, mulai sekarang, kita set dalam minda kita untuk tidak malas! Bermalas-malasan, atau bertangguh, atau procrastination dalam bahasa inggerisnya, merupakan sifat syaitan. Jadi, sama-samalah kita berusaha menghindarinya dengan menghayati 10 peraturan ni yep.. Set dalam minda peraturan-peraturan ni bila bangun tido.. ehehehhe.. :)




  1. Hari ni saya TAK AKAN BALAS BALIK; kalau orang kutuk saya, marah saya, buat jahat dengan saya, saya tak akan balas balik perbuatan mereka dengan cara yang sama.

  2. Hari ni saya akan MINTAK TUHAN MERAHMATI 'MUSUH' SAYA; 'musuh' boleh wujud dalam ahli keluarga, rakan sekerja, orang di tepi jalan, sesiapa juga, tapi kalau mereka memusuhi saya, saya doakan mereka diberkati Tuhan.

  3. Hari ni saya akan BERHATI-HATI DENGAN PERCAKAPAN saya; saya akan cakap benda yang baik, tak akan mengumpat, memilih kata-kata yang baik, dan cuba untuk tak lukakan hati orang lain.

  4. Hari ni saya akan MELANGKAH KE HADAPAN; saya akan cuba membantu sesiapa yang dalam kesusahan.

  5. Hari ni saya akan MENJADI PEMAAF; saya akan maafkan sesiapa yang menyedihkan atau mengguris hati saya.

  6. Hari ni saya akan MELAKUKAN KEBAIKAN PADA ORANG LAIN; dan akan lakukan secara senyap-senyap. (supaya tak riak)

  7. Hari ni saya akan MELAYAN ORANG LAIN SEPERTIMANA SAYA HENDAK DILAYAN; saya berpegang pada prinsip ini terhadap sesiapa jugak.

  8. Hari ni saya akan MEMBANGKITKAN MOTIVASI DIRI SESEORANG; dengan senyuman saya, atau kata-kata yang baik, dan menyabarkan mereka yang bermasalah.

  9. Hari ni saya akan MENJAGA DIRI SAYA SEBAIK MUNGKIN; sebab saya bersyukur dengan tubuh badan yang diberi Tuhan, dengan makan makanan yang baik dan sihat.

  10. Hari ni saya akan MENDEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN; saya akan bersolat dengan baik, membaca buku-buku yang bermotivasi, dan 'bercakap' dengan Tuhan saya.
---------------------------------



"Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. aku perkenankan doa orang yang meminta, bila ia minta kepadaKu. tetapi hendaklah dia mengikut perintahKu, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah : Ayat 186)



:)

Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sujud : Mawi & KRU

Salah satu lagu Mawi yang saya suka. Sedap liriknya. Macam makan ais krim cokelat.. ehehehhe.. Dengar kata, lirik lagu ni ditulis sendiri oleh Mawi. :)

Enjoy la ye.. Di samping dengar lagu tu, hayati sekali liriknya.. :)

---------------------



Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Diari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah untukku teruskan

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Jangan kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Jangan kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

-------------------

"Adakah kamu kira bahawa kamu akan masuk syurga saja dan tidak akan datang (malapetaka) kepadamu sepertimana orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka itu ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang sangat, dan mereka gementar, sehingga berkata Rasul dan orang beriman bersamanya, bilakah akan datang pertolongan Allah? Ingatlah, bahawasanya pertolongan Allah hampir tiba." (Surah Al-Baqarah : Ayat 214)

:)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 21 December 2009

Hari Asyura 10 Muharram dan Kelebihannya

Sekalipon diingati sebagai permulaan tahun Hijrah kerana hijrah rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah, Muharam juga termasuk dalam kumpulan empat bulan paling diberkati dan dimuliakan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah at-Taubat ayat 36 bermaksud: "Sesungguhnya bilangan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan adalah 'haram' (iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab)."

Muharam penuh dengan peristiwa dalam sejarah tamadun Islam. Selama 30 hari itu penuh dengan pelbagai keistimewaan. Teristimewa adalah 10 hari pertama. Banyak peristiwa berlaku sejak zaman berzaman dalam sejarah Muharam yang dikenali dengan nama Asyura.Beberapa perkara penting berlaku pada Muharam mengikut pandangan cendekiawan ilmu dalam Islam, termasuk bulan ini Allah SWT mencipta syurga dan bumi, menyelamatkan nabi daripada kezaliman musuh dan mencipta Nabi Adam a.s.

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Apabila Nabiberhijrah ke Madinah, orang Yahudi di Madinah berpuasa pada 10 Muharam dan mereka mengatakan pada hari itulah Nabi Musa as diselamatkan daripada kezaliman Firaun. Nabi Musa as diselamatkan bersama sahabat baginda, tetapi Firaun dan askarnya lemas dalam sungai. Itu sebabnya kami berpuasa pada hari Asyura.

"Apabila baginda mendengar penjelasan mereka, baginda kemudian berkata dengan bangga bahawa kami paling berhak dan paling dekat kepada Nabi Musa as lebih daripada kamu sekelian dalam semua aspek. Maka Rasulullah menyuruh umat Islam berpuasa pada hari Asyura." (Hadis riwayat Abu Daud).

  1. Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala laksana 1,000 kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.


  2. Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti sekalian umat Islam berbuka puasa.


  3. Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Qul-huwallah 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berlarutan 50 tahun melakukannya.


  4. Membaca Qulhuwallah 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.


  5. Mandi sunat. Niatnya "Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala." Allah swt memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.


  6. Memakai celak. Allah swt menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.


  7. Memelihara kehormatan diri. Allah swt mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


  8. Bersedekah. Allah swt menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.


  9. Menyapu kepala anak yatim. Allah swt mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.


  10. Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hati-nya.


  11. Menahan marah. Allah swt memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.


  12. Memuliakan fakir miskin. Allah swt memuliakan-nya dalam kubur.


  13. Melapangkan belanja anak isteri. Allah swt akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.


  14. Membaca surah al-Infithaar. Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.


yus cakap : Jangan lupa ye.. 10 Muharram 1431 jatuh pada 27.12.2009


Selamat Beramal.. :)

Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Kopi Masin

Seorang lelaki bertemu seorang wanita di sebuah majlis keramaian. Wanita ini sangat indah, semua lelaki minat dia. Sedangkan lelaki ini hanya seorang lelaki biasa, kehadiran dia pon tak disedari. Di akhir majlis, lelaki ni memberanikan diri ajak wanita ini keluar minum, wanita ni terkejut, tapi sebab nak bersopan, dia terima je la.

Sampai di coffee shop, lelaki ni sangat nervous, dia tak tau nak cakap apa. Wanita ni rasa tak best. Dia fikir, "lebih baik aku balik je." Tapi, belum sempat dia kata apa-apa, tetiba lelaki ni panggil waitress dan berkata, "Boleh bagi saya garam? Saya nak letak dalam kopi nih."


Semua orang pandang lelaki nih,peliknya! Merah muka dia, tapi dia tak kisah, dia taruk gak garam dalam kopi dia dan minum. Wanita ni heran, lalu tanya lelaki ni, "Sejak bila suka minum macam ni?"


Lelaki ni membalas. "Semasa saya kecil dulu, saya tinggal di tepi laut, saya suka main dekat laut, saya dapat rasa kemasinan air laut, macam rasa kopi masin nih. Sekarang ni, bila tiap kali minum kopi masin, saya teringat kan kampung halaman, teringat zaman kanak-kanak, dan saya rindu pada orang tua yang masih tinggal di sana."


Sambil berkata-kata, air mata bergenang di mata lelaki ini. wanita ini benar-benar tersentuh.


Ini memang perasaan sebenar lelaki tersebut, jauh dari sudut hatinya. Wanita ini merasakan lelaki ini seorang yang setia pada kampung halaman, mengambil berat terhadap rumah tangga dan bertanggung jawab.


Lalu, wanita ini pon mula bercerita tentang kehidupannya, kampung halamannya yang jauh, zaman kanak-kanak, dan juga tentang keluarganya. Petang itu dihabiskan dengan suatu catatan pertemuan yang indah antara dua insan ini.


Selepas pertemuan itu, mereka berjanji untuk bertemu lagi. Wanita ini dapat merasakan lelaki inilah yang dinantikannya selama ini. Lelaki ini seorang yang baik, lembut, penyayang dan mengambil berat. Wanita ini hampir-hampir menolak lelaki ini, syukurlah ada kopi masin! Kisah ini berlanjutan, mereka pon berkahwin dan hidup bahagia..


Setiap kali isteri ini membuat kopi, pasti dia tak lupa meletak garam sebagaimana kesukaan suaminya yang disayangi itu.


Selepas 40 tahun hidup bersama, lelaki ini meninggal dunia. Dia meninggalkan sekeping surat yang berbunyi;


"Sayang, maafkan abang. Maafkan kehidupan abang yang selama ini membohongimu. Inilah satu-satunya penipuan yang abang pernah lakukan terhadapmu - Kopi Masin itu. Ingat lagi kali pertama kita bertemu? Abang terlalu gemuruh, sebenarnya abang nak minta gula, tapi abang terlepas cakap dan mintak garam. Susah abang nak tukar balik, so abang teruskan je. Abang tak sangka itu permulaan perbualan kita!


Abang cuba untuk memberitahu perkara ini kepadamu, tapi abang terlalu risau sebab abang dah janji takkan menipu sayang. Tapi, sekarang abang dah pergi, jadi abang boleh beritahu sekarang. abang tak suka kopi masin tu, pelik betol rasanya..


Tapi abang dah minum kopi masin ni sepanjang hidup abang bersamamu! Sepanjang abang kenal sayang, abang tak pernah menyesal terhadap apa yang abang lakukan untuk sayang. Sayang adalah kegembiraan terbesar dalam hidup abang. andai abang boleh hidup sekali lagi, abang tetap akan bersama sayang, walaupon terpaksa minum kopi amsin sepanjang hayat."


Airmata wanita itu membasahi surat tersebut.


Suatu hari, seseorang bertanya pada wanita itu, "Apa rasanya kopi masin?"


"Sangat manis!" jawabnya.


:)


--------------------------------


yus cakap :
Cinta itu bukan melupakan, tetapi memaafkan.

Bukan untuk dilihat, tetapi untuk difahami.

Bukan untuk dilepaskan, tetapi untuk dipertahankan..

Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday Blues

Saya mulakan hari Isnin 21.12.2009 dengan satu perasaan yang bercelaru. Rasa sedih + risau + bimbang. Mungkin sebab semalam kot. Semalam saya borak ngan sorang kawan a.k.a ex-roommate masa kat matrik penang dulu kat YM. Fariza namanya. Rindu giler kat dia sebab dah lama tak borak, nak jumpa memang tak la sebab dia kat Indonesia skang, study for medic. So, borak punya borak sampai larut malam. Ehehehe.. :)

Macam-macam topik la kitorang bukak, dari topik yang happy - dia dah pregnant 4 bulan dah skang, hopefully dpt la baby boy cam yg dia inginkan.. eheheh - , topik yang merepek - sempat lagi kitorang reminisce back zaman 'kanak-kanak' time kat matrik dulu.. memang cam ampes sekor2.. wuahahhaha - kepada topik yang lebih tak boleh blah - soklan femes yang akan keluar "bila ko nak kawen?".. adess - dan jugak topik tentang family memasing.. :)

Seperti selalu, Fariza akan tanya pasal mak saya. Bila dia sebut je pasal mak, mata saya dah mula bergenang ngan air mata dah. Ntah la. Sensitip sangat kalau cakap pasal family, nak-nak lagi pasal mak saya. Teringat mak kat kampung, nasib baik skang ni adik saya, Linda ada kat rumah. Dia tengah cuti sem, so leh jaga mak. Kotidak, lagi la saya tak boleh wat keje.. huhuhuhu..



Saya cerita serba sedikit kat Fariza pasal mak yang skang tak berapa sihat, yang dah mula payah untuk bercakap (mungkin sebab blood pressure dia), kerisauan saya kalau-kalau mak kena strok, dan kebimbangan yang memang saya taknak fikir - kehilangan mak. :(
Saya memang tak dapat bayangkan hidup tanpa mak. Saya dah takde abah, saya just hoping saya ada mak saya sampai bila-bila! Amin..

(Dah ngalir dah air mata nih.. ish!)

Nasib baik semalam masa borak ngan Fariza saya tak on webcam, kotidak malu saya! Saya memang tak suka orang tengok saya menangis, sebab hodoh! ehehehhe :) Mungkin berbekas dari rasa sedih nih, campur dengan sindrom Monday Blues buatkan saya rasa sangat bengong! Uhuk uhuk uhuk..


Sebenarnya, jarang saya nak cerita pasal family kat kenkawan saya, sebab saya malas nak menyusahkan orang untuk dengar kisah hidup saya yang tak menarik nih. Tapi, Fariza antara kawan baik yang saya boleh cerita. Sebab kitorang leh faham memasing. Tak tau la, mungkin saya ni ada split personality kot, kat setengah orang saya boleh pretend happy, walaupon sebenarnya saya tak la happy sangat. Hipokrit kah? Hurmmm..

Saya cuma selalu set dalam hati, walau apa pon yang berlaku, life must go on. Selagi belum dipanggil Tuhan, selagi tu kena teruskan melangkah. Selagi belum sampai 'kiamat kecil' kat diri kita, jangan putus asa! Think positive. :)

"Tiada yang berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang sesat." (Surah Al-Hijr : Ayat 56)

Biasala kan.. langit tak selalu cerah, hidup tak selalu indah. laut pon ada pasang surut, bumi pon ada panas dan hujannya, macam tu la kehidupan kita. Bila kadang-kadang Tuhan nak bagi rasa sedih tu, redha je la. Sebab lebih mudah bagi manusia mengingati Allah bila dalam kesusahan berbanding ketika senang. Mungkin ujian Allah tu untuk bagi kita ingat pada Dia. :)
Macam yang saya cakap pada Fariza, setiap manusia dah ditentukan ujiannya. Semuanya berdasarkan kemampuan manusia tu.

"Allah tidak memberati hambaNya melainkan sekadar kemampuannya. Baginya pahala atas kebajikan yang diusahakan, dan dosa atas kejahatan yang dilakukan." (Surah al-Baqarah : Ayat 286)

Ya Allah, panjangkanlah umur mak, berikanlah emak kesihatan yang baik sentiasa.. amin yarabbal alamin..
:)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Saturday, 19 December 2009

Sistem Solar

Adik-adik.. hari nih kita belajar pasal sistem solar yee.. ehehehe.. Saya minat mata pelajaran sains masa Form 3 dulu, dan antara tajuk yang saya gemar ialah Sistem Solar dan astronomi. Cita-cita nak jadi ahli astronomi, tapi tak kesampaian le pulekss.. Seperti yang semua sedia maklum, dah ada perubahan dalam susunan planet-planet sistem solar kita sekarang nih. Masa saya belajar dulu ada 9 planet, termasuk Pluto. Tapi, sekarang dah dimansuhkan Pluto (macam silibus pelajaran pulak main mansuh-mansuh je.. ehehehe) atas sebab-sebab yang akan diceritakan kat bawah ni. :)




Sistem Solar



Sistem solar ialah Matahari dan semua objek yang mengorbitnya. Objek-objek yang mengorbit Matahari ialah 8 planet iaitu;



1. Utarid (Mercury)

2. Zuhrah (Venus)

3. Bumi (Earth)

4. Marikh (Mars)

5. Musytari (Jupiter)

6. Zuhal (Saturn)

7. Uranus

8. Neptun (Neptune)



Terdapat tiga planet kerdil iaitu Pluto, Ceres dan Eris, manakala ada 170 bulan-bulan yang mengelilingi planet-planet tersebut, dan berbilion objek-objek yang lebih kecil, termasuk asteroid, objek lingkaran Kuiper, komet, meteoroid dan debu angkasa.


Empat planet yang paling dekat dengan Matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, dan Marikh, yang juga dipanggil planet-planet terestrial kerana permukaannya yang padu. Empat planet gergasi yang terletak di luar orbit Marikh ialah Jupiter, Saturn, Uranus, dan Neptune, dikenali sebagai gergasi-gergasi gas.


Sejak penemuannya pada tahun 1930 hingga tahun 2006, Pluto dianggap sebagai planet kesembilan dalam Sistem Solar. Namun di penghujung abad ke-20 dan awal abad ke-21, banyak objek serupa Pluto ditemui di bahagian Sistem Solar yang jauh, terutama sekali Eris (dulu dikenali sebagai 2003 UB313), yang lebih besar dari Pluto. Pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) secara rasminya menuruntarafkan Pluto daripada sebuah Planet menjadi sebuah planet kerdil.


Menurut kaedah baru sesuatu planet mesti mempunyai 3 kriteria iaitu;

1.Ia mesti mengorbit Matahari;
2.Ianya mestilah cukup besar sehingga mengakibatkan graviti menariknya menjadi bentuk bulat, dan;
3.Ia mestilah menyahkan objek-objek lain dari persekitaran orbitnya. Selain dari Pluto, Ceres iaitu objek terbesar di lingkaran asteroid; dan Eris, yang terletak di kawasan objek berselerak di luar lingkaran Kuiper juga dimasukkan dalam kategori planet kerdil.


99.86% daripada jisim Sistem Solar terdiri daripada Matahari. Daripada 0.14% jisim yang tinggal lebih 90% terdiri daripada jisim dua planet yang terbesar, Musytari dan Zuhal.


Ruang Antara Planet


Jika mengikut ukuran, sebahagian besar Sistem Solar kelihatan seperti ruang kosong. Ini bukan semata-mata ruang kosong, sebaliknya ruang kosong ini terdiri daripada apa yang dikenali bahan-bahan antara planet (interplanetary). Ia termasuk berbagai bentuk tenaga dan sekurang-kurangnya dua komponen iaitu;


· Debu antara planet - terdiri daripada partikel-partikel mikroskopik pepejal.

· Gas antara planet - aliran gas dan partikel bercaj yang halus, (sebahagian besarnya proton dan elektron – yang terpancar dari Matahari, dan juga dikenali sebagai angin solar)


Pertembungan antara angin solar dan medium antara bintang, iaitu angin solar dari bintang-bintang lain, dikenali sebagai heliopause. Ia adalah sempadan yang secara teorinya berbentuk bulatan atau berbentuk titisan airmata, dan menandakan berakhirnya pengaruh Matahari, iaitu satu jarak kira-kira 100 AU jauhnya dari Matahari.


Ahli kaji bintang biasanya mengukur jarak dalam Sistem Solar menggunakan unit astronomi (AU). Satu AU ialah jarak antara Bumi dan Matahari, kira-kira 149,598,000 km (93,000,000 batu). Utarid (0.4 AU) ialah planet terdekat dengan Matahari. Selepas itu ialah Zuhrah, kira-kira 0.7 AU dari Matahari. Kedua-dua Utarid dan Zuhrah tiada bulan sendiri. Planet seterusnya ialah Bumi, pada jarak 1 AU. Selepas Bumi ialah Marikh (1.5 AU) dengan dua bulan kecil, Deimos dan Phobos.


Empat planet-planet terestrial ini biasa dikenali sebagai planet dalaman. Selepas Marikh wujud satu lingkaran asteroid, terletak kira-kira 2.3 dan 3.3 AU dari Matahari. Saiz asteroid berbeza dari sebesar yang berdiameter beratus kilometer hinggalah sehalus debu. Yang paling besar, Ceres, diklasifikasikan sebagai satu planet kerdil. Selepas lingkaran asteroid terletaknya gergasi-gergasi gas. Yang paling besar ialah Musytari, pada jarak 5.2 AU dari Matahari. Musytari mempunyai 63 bulan. Empat yang terbesar, Ganymede, Callisto, Io, dan Europa mempunyai persamaan dengan planet-planet terestrial, seperti gunung berapi dan haba dalaman. Ganymede, bulan terbesar dalam Sistem Solar, lebih besar dari Utarid.


Planet kedua terbesar ialah Zuhal, pada jarak 9.5 AU dari Matahari. Zuhal mempunyai 60 bulan yang diketahui. Selepas Zuhal terletak Uranus (19.6 AU), diikuti oleh Neptun (30 AU). Kawasan selepas Neptun, yang biasa dikenali sebagai kawasan luaran Sistem Solar atau wilayah trans-Neptun, sebahagian besarnya masih belum diterokai. Lingkaran Kuiper, formasi pertama wilayah ini, ialah satu lingkaran serpihan serupa seperti lingkaran asteroid, tetapi terdiri daripada ais. Ia berjarak dari 30 AU ke 50 AU dari Matahari. Objek terbesar di lingkaran Kuiper ialah Pluto (purata 39 AU dari Matahari).


(Sumber: Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia)

-------------------------

"Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."

(Surah Yaa Sin : Ayat 37 - 40)

:)

Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Lagi Fakta Menarik :)

  1. Jika anda suka tinggikan suara dan menengking, mungkin anda nak tau ni; sesiapa yang menjerit/menengking selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari, tenaga bunyi yang terhasil boleh memanaskan satu cawan kopi. (ehehhe.. tak berbaloi langsung nak tengking2 kan?!)


  2. Jika anda 'buang angin' selama 6 tahun dan 9 bulan, gas yang terhasil cukup untuk mencipta tenaga sebijik bom atom! (kumpul la angin anda tu bagi jadi bom.. wuahhahaha)


  3. Semut boleh mengangkat benda yang 50 kali berat badannya, boleh menolak benda yang 30 kali dari beratnya, dan selalu jatuh ke arah sisi kanannya bila 'pening'. (ehehhehe.. semut oh semut.. kuat sungguh anda!)


  4. Polar bear (beruang kutub) adalah binatang kidal. (ahakz.. sape la yang kisah! angkat tangan.. ehehhe)


  5. Lipas boleh hidup selama 9 hari tanpa kepala, sebelum mati kelaparan. (ni bak kata pepatah, biar putus kepala, jangan putus makanan.. wuahhahaha :D )


  6. Zuhrah ialah satu-satunya planet yang berputar mengikut arah jam.


  7. Rama-rama merasa makanan dengan kakinya. (Kan rama-rama takde perut.. ehehhee)


  8. Mata burung unta lebih besar dari otaknya. :)


  9. Tapak sulaiman takde otak/brains. (no wonder Patrick Starfish is so 'brainless'! hahahah)


  10. Siput boleh tidur selama 3 tahun! (pergh.. kagum!) ehehehe :)


  11. Penyu boleh bernafas melalui punggungnya. (huhhuhuhu.. memalu saya baca nih.. huahuhua)


  12. Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Kebosanan Yang Melampau

Sekarang jam kat laptop saya ni menunjukkan angka 1.30 am. Mata dah ngantok, tapi still tak leh tido lagi. Tak tau kenapa entah, cam tetiba rasa sesuatu. Bosan tu of course lah. tapi cam ada satu perasaan lain dalam hati nih. Rasa rindu kot. Ehehhehe.. Nak rindu kat sape pon tak tau laa.. :D

Tapi rindu boleh bermacam rindu what? Rindu kat emak (tapi saya kat kampung skang, so ni diabaikan), rindu kat kawan kerja (cis.. ini semata-mata tipu.. takde sapa kat tempat keja saya yang 'boleh' dirindui.. nak mampos saya kena kejar ngan wife diorang!), erm.. rindu kat kucing..(tapi kucing saya ada bawah kerusi tempat saya duduk skang nih..) hmm.. dah tu rindu kat sape ek? *sambil garu-garu kepala* :)

Kadang ni, bila dah bosan, semua jadi bengong kan? Entah ape-ape entah. Ye laa, tak pasal-pasal nak rasa rindu pulak saya ni.. cis! :P

Tapi kan, saya pernah baca dalam buku Dr Tuah, 'Membina Imaginasi Cemerlang', beliau ada sebut tentang peranan minda dalam mempengaruhi tindakan yang melibatkan perasaan nih. Tak ingat sangat la camne explaination dia, tapi yang saya ingat, dalam buku tu disebutkan, kalau tiba-tiba kita rindu atau ingat pada seseorang, walaupun sebenarnya kita tak fikir pon tentang orang tu, akan ada satu gelombang yang dapat menghubungkan perasaan tersebut kepada orang yang diingati tu. Meaning that, time ni minda main peranan 'menyampaikan' rasa rindu kita tu pada orang yang dirindui. dan tak mustahil, jika gelombang tersebut 'sampai', orang itu pon akan ingat pada kita.

Ehhhehehhe.. sounds weird kan? Tapi ni bukan saya yang cakap tau. Dr Tuah yang cakap. Tak caya baca buku dia yang saya sebut tadi. (mintak maaf la kalau saya meringkaskan fakta-fakta yang beliau kasi dalam buku tuh.)

Macam kata orang tua dahulu kala; kusampaikan rindu di angin lalu. Rupa-rupanya inila maksud diorang, dari segi saintifik. Gelombang minda tu beb! Bagus jugak kan orang dulu-dulu nih.. :)

Hurrmmm.. harap-harapnya, gelombang minda saya yang 'rindu' kat orang tu sampai la tanpa melalui kesesakan lalu lintas.. wuahhahahha.. :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Friday, 18 December 2009

Saidina Umar Al-Khattab : al-Faruq

Salah seorang dari kalangan sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang paling saya kagumi ialah Saidina Umar al-Khattab. Beliau merupakan khalifah dunia Islam yang kedua menggantikan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Berbeza dengan Abu Bakar yang bersifat lemah lembut, Umar merupakan seorang yang lantang dan berani, sebelum dan selepas keislaman beliau. Disebabkan kekaguman saya kepada insan ini, saya nak kongsi lah sikit tentang sikap peribadi Umar Al-Khattab. :)


Rendah Diri

Sifat beliau yang berani ini tidak sedikit pun menimbulkan bongkak dalam hatinya. Malah beliau antara sahabat Nabi yang merendah diri. Dari Ubaidullah bin Umar menceritakan;

Suatu hari para sahabat melihat Umar memikul tempat air di bahunya. Lalu mereka bertanya : "Wahai Amirul Mukminin ! Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini ?" Jawab Umar al-Khattab : "Saya merasakan bahawa diri saya telah takbur, lalu saya mengangkat air ini untuk menundukkannya."

Dalam kisah yang lain, Umar pada waktu malam, selalu dilihat menangisi dan meratapi kesalahan-kesalahan dan dosa kealpaan yang beliau lakukan di masa lampau sebelum dia Islam. Antara perkara yang pernah dilakukan olehnya, yang sangat dikesali ialah tindakannya menanam anak perempuannya hidup-hidup. Ini merupakan amalan biasa Arab Jahiliah yang memandang anak perempuan sebagai satu 'beban' atau perkara 'malang'. Dia pernah mengeluarkan kata-kata;

"Aku hanyalah seorang Umar. Jika tidak kerana Islam, tiadalah kemuliaanku. Andai semua manusia pergi ke syurga kecuali seorang, aku sangat bimbang orang itu ialah aku."

Ini menunjukkan betapa tawadhuk nya hati seorang Umar. Beliau dah sah-sah dijanjikan syurga. Tapi, masih lagi berfikir macam ni. Kita ini siapalah kalau nak dibandingkan dengan Umar? Entah-entah, kesilapan yang kita lakukan sepanjang hidup lebih besar atau lebih banyak dari kesilapan Umar menanam anak perempuannya tu. Tapi, kita masih lagi alpa, dan terus lupa pada kampung akhirat. Astaghfirullah.. :-/


Gelaran Al-Faruq

Gelaran ini bermaksud Pembeza antara yang Haq dan Batil diberikan berdasar kisah ini yang diceritakan oleh saidina Umar sewaktu ditanya tentang gelarannya itu;

"Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW : "Benar"

Aku berkata lagi : "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq !"

Islamnya Umar mendatangkan kekuatan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam yang pada ketika itu terpaksa beribadah secara bersembunyi dan dalam ketakutan. Umar Al-Khattab merupakan seorang yang berani serta disegani. Dikisahkan dari Riwayat At-Tabrani bahawa Nabi s.a.w pernah berdoa yang berbunyi;

"Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam."

Kedua-dua insan ini merupakan orang berpengaruh di kalangan kaum Quraisy, dan allah telah memilih Umar Al-Khattab. :)


Umar Yang Berani

Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. yang menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan;

Setelah saidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang anak panah tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaa'bah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Ka'abah menyaksikan kehadiran Umar.

Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya. Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan solat.

Selesai solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kuffar Quraisy. kata Umar: "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah."

Kata Umar lagi: "Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini."

Cabaran Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari Umar, mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar berlawan senjata.

Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki oleh puak-puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada kaum muslimin yang letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua mengambil peluang untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang gangguan.

Berikutan dari peristiwa itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut seruan hijrah. Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi s.a.w. yang tinggal di Makkah, kecuali Nabi s.a.w., Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Ali bin Abi Talib, selain itu orang-orang yang sakit, mereka yang tidak kenderaan dan keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan tahanan oleh pihak Quraisy, akibat tindakan mereka menyahut seruan Islam.

Dengan islamnya Umar jugak, umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di Baitullah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

Inilah yang dikatakan Muslim sejati. Berani memperjuangkan agama Allah, tanpa rasa gentar dengan ancaman-ancaman luaran. :)

Saya tertarik jugak untuk titipkan sekali satu hadis yang sangat menarik (bagi saya la.. ehehhehe) iaitu hadis riwayat At-Tirmidzi yang bermaksud;

Nabi bersabda yang maksudnya, "Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah tentu Umar orangnya."

Begitu Nabi s.a.w juga mengakui akan kehebatan Umar sehingga ke tahap itu. :)

Peribadi seperti merupakan anugerah Allah kepada Umar. Seperti pernah diriwayatkan oleh Umar bin Murrah bahawa seorang lelaki bertemu dengan Umar al-Khattab dan berkata : "Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami amat gentar melihatmu !" Umar menjawab : "Adakah saya berbuat sesuatu yang zalim ? " Jawab lelaki itu : "Tidak" Kata Umar lagi : "Kalau begitu, biarlah Allah menambah rasa takut dalam hatimu terhadapku."


:)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Menyeronokkan Tetapi Merosakkan

Sesungguhnya di dalam kehidupan kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyoronokkan. Sesungguhnya yang menyeronokkan itulah yang mendatangkan keburukan kepada diri kita. Di bawah ini adalah antara perkara-perkara yang sepatutnya kita hindari, fikirkan dan ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:

1. Jangan sengaja melewatkan solat kerana perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa alas kaki ( selipar ) kerana dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing, makruh kerana ianya membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh, makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat.

6. Jangan makan tanpa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan doa makan, nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar dari rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan,takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan begaul bebas berlebihan (terutamanya wanita) ditempat kerja kerana banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat kerana mati boleh datang bila-bila masa sahaja.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau kita memang bersalah kerana bermaafan sesama manusia adalah tuntutan agama.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana ia akan merosakkan silaturrahim.

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja yang kita lakukan. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah kerana dengan bersedekah itu dapat memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan oleh Allah s.w.t

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, kerana akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu makanan jin.

22. Jangan lupa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan salam ketika masuk ke dalam rumah kerana dikhuatiri jin dan syaitan akan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan sama sekali mempertikaikan hukum Islam kerana sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui segalanya.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan hambaNYA jua.

Wallahualam. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Fakta Menarik Tentang Manusia

1) Manusia yang mempunyai tahi lalat lebih banyak dipercayai hidup lebih lama berbanding manusia yang kurang tahi lalat. (wuahahhaha.. kelakar! datuk saripah aini hidup lama la ek??)

  1. Manusia yang pertama dijangkiti HIV ialah pada tahun 1930an.

  2. Wanita mengelipkan mata dua kali lebih berbanding lelaki.

  3. Manusia yang bijak dan intelligent mempunyai lebih molekul zink dan kuprum di dalam rambut mereka. (pergh.. sape yang rajin gi wat kajian ini??)

  4. Otot yang paling kuat pada seorang manusia ialah lidahnya. (hurmm.. betol la kata pepatah lidah lebih tajam dari pedang eh?)

  5. Tubuh kita menghasilkan dan membunuh 15 million sel darah merah dalam sesaat!

  6. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 gallon air liur sepanjang hayatnya.

  7. Ada seorang bayi lahir dalam setiap 7 saat. (wahhh!)

  8. Anda akan dapat mengesan seekor skunk (yg bau busuk tu) dengan hanya menghidu 0.000000000000071 ounce dari bau nya. (betapa sensitif nya hidung kita...)

  9. Kita bernafas lebih kurang 10 million kali setahun.

  10. Semakin sejuk suhu bilik tidur anda, lebih tinggi kebarangkalian anda untuk mendapat mimpi ngeri/ buruk.

  11. Cuba teka dalam 5 jari kita.. yang mana kukunya lebih cepat panjang/tumbuh? Jawapannya jari hantu / tengah. :)

  12. Jari yang paling sensitif ialah jari telunjuk.

  13. Nisbah berat otak dan berat badan manusia ialah 1/40 kilogram.

  14. Selepas makan terlalu banyak, pendengaran anda akan kurang daripada normal. (hehehe.. cam tak logik je kaitan makan ngan telinga..)

  15. Rambut wanita mempunyai diameter 1/2 dari diameter rambut lelaki. (adoii.. sape la yang pegi kira semua nih???)

  16. Tulang yang paling kuat pada tubuh seorang manusia ialah tulang dagunya.



:)

Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 17 December 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Memantapkan Ukhuwwah, Memperkasakan Ummah. :)

Kepada semua umat Islam, diucapkan salam maal hijrah. Semoga sama-sama kita menghayati erti hijrah yang sebenar-benarnya. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda;

"Tiada hijrah selepas ini (hijrah nabi dan para sahabat dari Makkah ke Madinah), kecuali jihad dan niat."

Maka, kalau diperhatikan sabda baginda Rasul ni, fahamla kita sekarang, Muslim zaman ni bukan lagi macam Muslim zaman Nabi, yang ditindas, dan sering berada dalam ketakutan kerana bilangan mereka yang sedikit. Malah, mereka dihalau dari tanah air sendiri sebab Nabi bawak agama yang bagi mereka suatu yang baru, dan perlu ditentang. Penentangan yang hebat ni menyebabkan Allah memerintahkan Nabi berhijrah, bukan kerana gentar atau takut, sebaliknya sebagai satu permulaan kepada kehidupan yang lebih baik.

Macam tu jugak kita pada zaman ni, Nabi dah cakap takkan ada hijrah lepas hijrah nabi dulu, so kita tak perlu risau yang umat Islam akan dihalau dari tanah air kita. Kita hidup aman damai kat Malaysia, tapi, kita perlu ingat pesanan Nabi bahawa masih ada hijrah yang perlu kita ingat selalu. Iaitulah hijrah dari segi jihad dan niat.

Hijrah Nabi dulu disebabkan penentangan demi penentangan yang diterima, keputusan untuk berhijrah juga suatu yang amat berat untuk diterima oleh Nabi dan para sahabat. Bayangkan, kita dipaksa keluar dari negara sendiri. Tempat lahir kita. Ini bukan suatu yang indah bagi mereka. Analoginya, begitu juga hijrah kita pada zaman ni. Bukan senang untuk kita melakukan perubahan dari kebiasaan kita. Nak-nak lagi sikap kita yang tak elok, nak berubah kepada yang lebih baik. Memang sukar. Memang payah.

Sebab itu lah Nabi sebut jihad dan niat. Berjihad bukan sekadar berperang, angkat senjata, tapi yang paling penting jihad melawan hawa nafsu. cakap senang la kan? Tapi nak buat nya, masyaAllah susah. Sebabnya nafsu nih bermacam-macam, nafsu makan, nafsu nak membazir, nafsu nak buang masa, nafsu malas, nafsu nak buat jahat dan maksiat, nafsu ehem2.. dan bermacam-macam nafsu lagi.. ehehhe.. :)

Dan seperti Nabi pernah bersabda; "Jihad yang terbesar ialah jihad melawan hawa nafsu." Di lain hadis, Nabi s.a.w menyatakan, "Hijrah yang terbesar ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah s.w.t." (Riwayat Muslim)

Dari segi niat, kita kena la perhati balik, muhasabah semula hati kita. Niatkan untuk berhijrah kepada seorang yang lebih baik. Kalau tahun 1430 hijrah kita banyak qada' solat (macam saya la.. subuh selalu gajah.. adess!), tahun 1431 hijrah nih kita berusaha la untuk kurangkan atau hapuskan terus sikap tak elok nih. Saya pon nak berusaha buang tabiat buruk nih, insyaAllah.. Niat tu penting. Nabi pernah cakap bahawa, segala-galanya bermula dari niat. Paling penting, kita kena muhasabah la balik diri dan iman kita.

Saidina Ali pernah menyatakan, iman manusia ni ada pasang surutnya. So, kenala selalu muhasabah diri. :)

Dalam Al-Quran, diceritakan;

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad), maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita." Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah at-Taubah : Ayat 40)

Sebagai pesanan untuk diri saya sendiri dan kenkawan Muslim semua, berhijrahlah. Walaupon sedikit. Jangan hanya sekadar mengucapkan dan menyambut kehadiran Muharram setiap tahun, tapi amalan dan sikap kita tak ada perubahan.

:)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 16 December 2009

Fatimah Az-Zahra : Puteri Kesayangan Rasulullah

Saya baru habis baca sebuah e-book berkaitan puteri Rasulullah s.a.w yang digelar Fatimah Az-Zahra, yakni Wanita yang Bercahaya. Disebabkan e-book tersebut yang saya dapat dari www.freebyte.com/free_ebooks/ ni dalam bahasa Inggeris, jadi saya akan ceritakan sedikit sebanyak kisah yang boleh dijadikan pengajaran buat wanita-wanita zaman sekarang yang ingin mencontohi keperibadian ulung puteri Rasul Allah ini.

Seperti yang kita semua tahu, Fatimah Az-Zahra ialah puteri Rasulullah yang sangat dikasihi dan disayangi baginda. Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali pada tahun ke 3 selepas Hijrah. Sebelum diijab kabulkan dengan Ali, sudah beberapa lamaran dari lelaki Arab untuk meminangnya ditolak oleh Rasulullah s.a.w dengan baik. sehingga pada suatu ketika, ada di kalangan lelaki arab ini yang menyedari bahawa Nabi belum bersedia menjodohkan puterinya lagi. Namun, ada setengah mereka yang menyedari bahawa Nabi sangat mengasihi Ali r.a yang pada ketika tu masih muda remaja lagi. Ali merupakan sepupu baginda s.a.w, anak kepada bapa saudara nabi, Abi Talib.

Maka, mereka mencadangkan Ali untuk pergi meminang Fatimah atas alasan Ali lebih dikasihi Nabi. Ali pada mulanya sangat segan, sebab ye laa dia pon bukan dari kalangan orang ternama, sedangkan ahli terkemuka Arab pada zaman tu pergi meminang Fatimah pon, nabi tolak. ini pulak seorang Ali, itu fikiran beliau. Namun, setelah banyak cadangan diterima, Ali pon bersetuju untuk mencuba meminang Fatimah. sape yang tak nak puteri Rasulullah kan? :)

Ali pon menemui Rasulullah dan menyatakan hasrat di hatinya. Tanpa disangka-sangka, Rasulullah setuju. Ali walaupon terkejut, berasa sangat la seronok. Tapi, terdetik jugak di hati kecil Ali bagaimana Rasulullah boleh setuju dengan penjodohan tersebut sedangkan Ali ni tak de apa-apa. Lalu persoalan ni Ali kemukakan pada Nabi.

Nabi menjawab bahawa jodoh Fatimah dan Ali telah Allah s.w.t tetapkan dari dalam syurga. Made in Heaven la kata omputih. Lagi pula, Ali dan Fatimah sama-sama dibesarkan oleh Nabi s.a.w sendiri. Maka di situlah wujudnya keserasian yang paling sempurna dan tepat antara mereka berdua.

Kehidupan mereka bahagia walaupon hidup dalam serba kekurangan. Ini yang membuatkan saya percaya, kebahagiaan sesebuah rumah tangga bukanlah disebabkan oleh wang ringgit. sebaliknya redha dari Allah yang menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. kebahagiaan mereka diserikan lagi dengan kelahiran Hasan dan Husain, cucu-cucu kesayangan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Aku ini seperti sebuah penimbang. Ali ialah kedua belah dacing di kiri dan kanan, Hasan dan Husain adalah pemegang dacing tersebut, dan Fatimah ialah penahan bagi penimbang itu. Jika tidak ada penahan, tidak lengkaplah penimbang tersebut."

Ada sebuah hadis yang menceritakan bahawa pada suatu hari Nabi pulang dari suatu tempat ke rumah Fatimah. sebaik berjumpa puterinya, Nabi berkata: "Wahai Fatimah, aku sangat letih, selimutkan aku."

Lalu Fatimah menyelimutkan bapanya yang tersayang. Seketika kemudian, anaknya Hasan datang dan bertanya: "Wahai ibu, aku terhidu haruman seperti haruman datuk. adakah datuk berada di sini?"

Fatimah menjawab; "Ya, datukmu Rasulullah berada di sini." Hasan berlalu ke arah Rasulullah dan menyapa baginda:

"Salam atas kamu wahai datuk. bolehkah aku berselimut bersama datuk?"

Nabi yang sememangnya menyayangi cucunya berkata; "Ya, ke marilah."

Tidak lama selepas itu, datang Hussain lalu menyapa; "wahai datuk, bolehkah aku berselimut bersama kamu?" Lalu Nabi menjawab; "Ya, marilah."

Apabila Ali pulang dari urusannya, dilihatnya Rasulullah sedang berehat bersama kedua orang anaknya, lalu dia berkata; "Wahai rasulullah, bolehkah aku berselimut bersama engkau?"

Lalu nabi menjawab; "Silakan wahai Ali."

Melihat ini, Fatimah juga meminta izin untuk bersama-sama berselimut dan berehat dengan bapanya.

Lalu Nabi bersabda, inilah Ahlul bait ku yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Bahagianya kehidupan seperti ini. :)

Berbalik kepada kisah Fatimah, puteri rasul ini merupakan seorang yang sederhana, lemah lembut, tenang, pendiam dan ceria. beliau juga dikenali dengan sifatnya yang sangat pemalu.

Pernah dikisahkan bahawa seorang lelaki buta datang untuk bertemu Rasulullah di rumah Fatimah, walaupon orang tu buta tapi Fatimah tetap dnegan purdahnya dan berselindung di sebalik tabir. setelah lelaki itu pulang, Nabi berkata;

"Wahai Fatimah, lelaki itu tidak dapat melihat (engkau), mengapa engkau masih bersembunyi?"

Lalu Fatimah menjawab; "Lelaki itu tidak dapat melihat, tetapi aku dapat melihatnya."

Pada suatu ketika yang lain, Nabi bertany para sahabat, siapa itu wanita? Lalu para sahabat menjawab, "purdah". Nabi bertanya lagi, bila masanya wanita itu dekat dengan Tuhannya?

Pada saat ini, Fatimah menjawab, "Bila wanita di dalam purdahnya."

Di satu saat lain, Nabi bertanya kepada Ali r.a sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya, "Apa kualiti terbaik seorang wanita?"

Ali terdiam. tak dapat jawab. lalu apabila sampai di rumah, Ali mengajukan soalan tersebut kepada Fatimah, dan Fatimah menjawab;

" Kualiti terbaik seorang wanita ialah tidak melihat orang lain, dan tidak dilihat oleh orang lain."

Ali memberi jawapan tersebut kepada Rasullullah, baginda menjawab; "Hai Ali. Ini jawapan yang benar. Sesungguhnya Fatimah ialah penghulu semua wanita di dunia."

Sifat malu Fatimah sangat menebal sehingga ke akhir hayat beliau.

Fatimah meninggal 6 bulan selepas kewafatan bapanya, Nabi Muhammad s.a.w. Sewaktu melihat jasad isterinya, Ali menangis sambil berkata;

"Wahai puteri Muhammad, kami tak menangisi kewafatan Rasul kerana adanya Fatimah di kalangan kami. Wahai fatimah, kepada siapa lagi hendak kami lepaskan rindu untuk wajah yang seiras nabi?"

Sewaktu ali menyelak kain yang menutupi wajah fatimah, terdapat sepucuk surat di sisi kepala Fatimah. Surat tersebut berbunyi:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Fatimah, puteri Rasulullah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu Rasul Allah. Aku percaya dengan tekad akan adanya Syurga dan Neraka, dan Hari Pembangkitan. allah menghidupkan yang mati.

Wahai Ali, aku, puteri Nabi Muhammad telah dijodohkan oleh Allah kepada engkau di dunia ini, dan juga di akhirat kelak. aku hanya memilih engkau dari sesiapa jua. Maka dengan itu, engkaulah yang mesti menjalankan pengebumianku dan dikebumikan pada waktu malam, dan jangan beritahu sesiapapun tentang itu. aku mengamanahkan ini kepada Tuhan dan selamat tinggal kepada zuriat keturunanku yang tidak akan pupus sehingga ke hari kiamat."

Ali menjalankan seperti yang diminta Fatimah seorang diri. sebelum mengebumikan jasad isterinya, dia berkata kepada bumi, "Wahai Bumi, aku mengamanahkan fatimah kepadamu. Dia ialah puteri Rasulullah."

Pada waktu itu, bumi mengeluarkan suara (dengan izin Allah s.w.t); "Wahai Ali, aku ini terlebih baik kepadanya berbanding engkau. Pulanglah, dan jangan bersedih."

Tiada siapa tahu di mana Ali menguburkan Fatimah, dan tidak akan ada siapa pun yang akan tahu sehingga ke hari kiamat. Subhanallah.

Menurut Hadis Bukhari dan Muslim, Ali tidak membenarkan Saidina Abu Bakar dan juga Umar ikut serta dalam pengebumian tersebut.

peristiwa itu menunjukkan betapa Fatimah sangat menjaga kehormatan dirinya walaupon setelah ketiadaan beliau. dia hanya mahu suaminya, Ali yang menguruskan pengebumiannya kerana rasa malu yang menebal.

Itulah peribadi seorang wanita Muslim yang dididik oleh Rasul. Fatimah, puteri Rasul yang mulia ni hidup bersama Ali selama 7 tahun 6 bulan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. ketika ditanya tentang Fatimah kepada Ali, Ali sangat sedih dan mengalirkan air mata. Katanya;

"Aku tiada rungutan apa-apa pun terhadap Fatimah sepanjang hayatnya bersamaku. Fatimah ialah wangian haruman bunga dari Syurga."

Kepada mereka yang bergelar wanita, marilah sama-sama mencontohi peribadi wanita mulia ini. kalau tak dapat semua, sikit pon okayla kan. yang penting kita berusaha untuk jadi lebih baik. ada pepatah yang menyebutkan;

"Kalau diri tak seperti Ali, jangan mengharap isteri seperti Fatimah."

so, sama-samala kita muhasabah diri kita. peribadi yang baik mencerminkan agama kita. semoga redha Allah sentiasa bersama kita, amin!

-------------
sumber: Mohammad Ali Al-Haj Salman, dalam bukunya yang bertajuk 'Fatima' terbitan tahun 1939.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook